Pages

Sunday, January 31, 2010

Im Engaged!!! No I Mean WE!!! Me,Jiji,Pa'an & Mimi



I got engaged just now!!!! Weeeee!!! Yes Im engaged!!!

Semuanya secara rushing. Tak plan apa-apa pun. Beli cincin pun tergesa-gesa. Ye lah kalau boleh biarlah cincin tu ekslusif dan nampak mahal walaupun harganya murah. Tapi tu lah everything is moving so fast.

Mula-mula plan nak jalan-jalan je. Lepas tu masa tengah temankan housemates beli brooches nampak pula cincin. I called dia. Cakap ada cincin cantik. Terus dia suggest jom lah beli terus. Aaaa excited sungguh masa tu.

But masa tu dia dengan kawan-kawan lain. Tengah membeli kat booth mana entah. Jadi puas lah tunggu punya tunggu punya tunggu. Sebab dia tak jelas kat mana Zafi duduk. Last-last si Jiji tanya. Puas juga lah asyik call je. Sebab asyik tak jumpa. Finally Zafi suruh mereka stay di situ biar Zafi cari. Habis cerita.

Bila dah sampai kat dia orang, nak tahu dia orang tengah buat apa? Pilih cincin juga!!! Auwww!!! Terus mereka suggestkan cincin itu lah cincin ini lah. But size untuk Zafi tak ada. Size untuk jari manis. Paling kecil sizenya 17. Tapi tu pun still besar untuk jari manis ni. Last-last dia cakap pakai kat jari tengah lah. I ikut je. Hehehe...

Lepas beli terus pakai. Dan....surprise!!! Kami BEREMPAT dah bertunang!! Hahahaha. ZAFI, JIJI, PA'AN & DIA. Dia yang dimaksudkan ialah MIMI. Mimi yang beria sangat nak beli cincin ni. Sebab our friendship's rings since we're in sem two dah hilang. Jadi sebagai ganti nak beli lah yang baru. Dulu hanya Zafi, Jiji dan Mimi je yang pakai friendship's rings tu. Kali ni kami masukkan Pa'an pula. Tapi design untuk Zafi and Mimi tak sama macam Jiji dan Pa'an.

Mereka berkenan rings tu jadi mereka beli lah sama design. While mine pula sama macam Mimi punya. Haih tak pasal-pasal kami berempat bertunang sesama sendiri. Oh family ku, anakanda mu ini sudah bergelar tunangan orang. Hahaha...Kenja betul.

Yang tolong bayarkan Pa'an. Tolong je. Tapi keluar duit sendiri-sendiri lah. Siapa lah nak copkan duit free-free untuk kami ni kan? Jadi guna duit sendiri lah. Heee :) Ha lepas bayar rings tu, Pa'an terus ajak snap pictures (Guna DSLR D3000 Pa'an tau. Jangan main-main). Auwww dan-dan tu juga depan orang kita orang bergambar. Bertunang depan booth pun jadi. Haih. Huh bila tengok pictures tu memang cantik lah. *Kalau lah memang betul Zafi bertunang dengan lelaki...* oooo ok-ok stop it Zafi. Stop it.

And malam tadi last Open Day kat Kolej Za'ba. Rings tu jugalah kami beli sebagai kenangan and hopefully our friendship will last forever.

* To Jiji, Mimi, & Pa'an I really had a good time last night with you girls. Keep the ring nicely.* *HUGS*

Ola Saya Sayang Kamu!

Hyeeeeeee!!!

Ha agak keriangan di situ ye. Bukan agak tapi memang pun. Kejap-kejap 'rama-rama' dalam diri ni tengah terbang bebas. Ehehe...Butterflies flies away...

I got something SURPRISE this evening. Nak tahu apa? His voice!!! He sent it through email. Ada dua files. 1 dia sebut 'OLA' and 1 more dia sebut 'SAYA SAYANG KAMU'!!!! ;) :) :D

Sumpah siapa tak gembira? Siapa yang tak suka kalau dapat hadiah tu? Walaupun hantar melalui email, tapi sangat bernilai pada Zafi.

Tapi yang dia sebut Saya Sayang Kamu tu macam pelat sikit la. Ada juga kedengaran slang. Nasib baik sebutan tu betul. And I keep playing it like thousand times.

SAYA SAYANG KAMU JUGA!!!

Shawlalalala




Finally selepas 2 malam berjaya juga beli barang yang diidam-idamkan. Apakah barang itu? Berapa harganya? Beli kat Paris ke? Jeng jeng jeng...

Kan dah beritahu kat kolej Zafi ni ada Hari Terbuka, jadi masa malam pertama lagi dah berkenan (chewah macam nak meminang pula guna perkataan 'berkenan'.ehehe) pada satu shawl ni. Actually dua shawl. Ala shawl yang macam Pashmina tu. Kain tebal ala-ala blanket. Hahaha. And satu lagi net shawl. Coraknya kotak-kotak. Unik kan?

Tadi dah rambang mata nak pilih yang mana satu. Toing toing toing. Kalau boleh nak cari colour coklat. Sebab kebetulan baju punjab Zafi baru siap. Colour coklat. Jadi nak matching lah dengan baju tu. Tapi tak ada pula colour coklat. Yang ada colours merah-putih-hitam, dan hitam-putih. Kalau beli merah-putih-hitam kena pakai baju yang colour tu je. Especially merah lah. Nak beli hitam-putih typical sangat. Bila tanya Sue dia cakap ambil hitam-putih la ok sikit.

Tapi bila ambil je net shawl tu entah macam mana ternampak net shawl yang colournya ala-ala coklat dan krim. Terus ambil coklat-krim tu. ;). Lagipun sesuai nak padankan dengan banyak colours. Yay! dah dapat apa yang dihajati selama 2 malam. (Bunyi macam lama sangat nak shawl tu. Heee) Ye lah kalau dah suka 2 malam pun rasa lama ouh.

Sebenarnya dari hari Khamis dah nak beli shawl tu. Tapi tangguh dulu. Lagi pula nak cakap kat parents dulu. Yes kalau nak beli apa-apa barang pun mesti minta pendapat mereka. Walaupun mereka akan cakap kalau suka belilah tapi nak juga cakap. Rasa macam tak sedap pula kalau tak bagitahu parents. Oh Daddy duit yang Daddy masukkan telah selamat anakanda gunakan. Hehehe. Tapi tak apa sebab bukan selalu pun keluarkan duit. (Mana taknya. Sekali keluar berapa. Tak banyak pun. Malas nak berulang ke ATM banyak kali.). Terima kasih 'bank ku'. Eh bukan-bukan, terima kasih Daddy ku. ;)

* So excited sebab tadi siang my Daddy told me that he and family will picking me up for CNY* Yay!!!! tak perlu balik sendiri.*

Saturday, January 30, 2010

Normal And Stable





Fuh korang pernah rasa tak berdebar kalau jari tu kena tembak? Yup kena tembak! Memang tak dapat nak gambarkan lah nervous masa tu. Tadi housemates ajak pergi check kesihatan. Sebab kat kolej kediaman ni ada buat Hari Terbuka. Jadi Zafi pun pergi je lah. Saja nak ikut. Sampai je sana, (bunyi macam jauh je sana tu padahal kat tingkat bawah sebelah blok kolej je) hehehe, mereka ajak check sekali dan derma darah. DERMA DARAH!!!! Ya Allah takut tu tak lah tapi cukup ke darah ni nak bagi kat orang lain? Lepas puas Ina dan Sue ajak barulah Zafi setuju. Tapi check kesihatan je ya. Bukan derma darah.

Mula-mula kena daftar dulu. Nak daftar pun dah nervous. Takut bukan sebab apa, bayangkan kalau masa check darah tu tiba-tiba nurse cakap awak ada sakit itu sakit ini? Oh Tuhan saya tak bersedia lagi untuk itu. Kalau boleh biarlah nurse tu jangan bagitahu kalau pun saya ada penyakit.

Masuk je bilik yang disediakan, kena timbang berat dan ukur tinggi dulu. Yes Alhamdulillah Body Mass Index @ BMI Zafi ideal. Boleh jadi model tak? Boleh jadi model tak? hahaha. Perasan nak jadi model. Tinggi pun tak berapa nak tinggi. Haih. Ok kira senang hati lah juga sebab bab timbang berat dan ukur tinggi dah settle and ideal lagi tu. *Clap clap clap*.

Lepas tu ambil tekanan darah pula. Since my parents ada Hypertension so probability nak kena dekat Zafi mungkin ada lah. Thank God sebab nurses yang check tu semuanya baik-baik dan friendly. Hilang juga rasa nervous kan. 1st bacaan tekanan darah tu agak tinggi. Then nurse tu tanya baru balik sukan ke? Mungkin terkejut dengan bacaan tekanan darah tu. Lagi pula masa tu Zafi pakai baju futsal. Zafi cakap tak lah. Nervous je nak check ni. Nurse tu cakap ok kita ambil bacaan lagi sekali. Hah bila bacaan kedua ni barulah stabil dan normal bacaan tekanan darah. Haih saja je nak buat suspen. Lagi pula lately Zafi quite depressed dengan assigments and so many things happened. Mungkin you guys dapat agak kan? Ok cerita lain dah tu.

Urmmm apa ye lepas tu? Ha masa tunggu turn nak check kandungan lemak pula ada nurse panggil sebab nak tengok kandungan gula dalam darah ni. Wah pucat lah masa tu. Tapi nurse tu tanya lah nak check atau tak? Kalau tak dia tak kan tembak jari Zafi. And memikirkan dah ada sejarah in my family, jadi rela kan je lah jari ni ditembak. Nurse tu cakap bacaan gula dalam darah normal. Tapi kena hati-hati lah. Kena kurangkan yang manis-manis. Tapi senyuman kena manis sentiasa okkay. Ehehehe promote pula.

Last sekali, ambil bacaan lemak dalam badan dan organ dalaman. Nak tahu resultnya apa? Cepat teka dulu. Teka teka teka....Ok masa dah habis. Resultnya normal and stable la. :). Tapi yang pasti alat untuk check kandungan lemak tu sangat canggih. Ye lah since Zafi ni bukan jenis orang yang ulang-alik ke hospital jadi tak tahu lah peralatan berkaitan hal-hal macam tu kan.

Oppss cerita tak habis lagi. Entah macam mana tiba-tiba jari yang kena tembak ni keluar darah lagi. Haih kenapa ni? Tapi tak pe Zafi ambil kapas and letak semula kat jari ni. Lepas tu ok lah. :) Banyak lagi nak cerita ni tapi Jiji dan Paan nak datang rumah kejap lagi. Jadi lepas ni lah Zafi upload pics ya. Tapi sikit je la. Ok peeps bubbye. Mari kita solat jom! ;)

Amora said (2) :

Pagi semua.

Mesti semua ni dah dapat agak kan apalah Zafi nak cerita pagi ni. Asyik-asyik cerita yang macam heart-broken. Kalau nak baca silakan kalau tak nak tak apa. Its ok for me. Macam biasalah kalau bangun dah siap mandi apa semua perkara wajib adalah on facebook. And saja-saja je main Ask Amora. Guess what? The description tu macam sangat kena dan tepat sekali kena atas muka ni. Haih. Ni result Ask Amora yang Zafi dapat :

Amora said:
''Fifi Zafirah dear, the romance you deserve won't happen if you let desperation get the best of you. Be patient.''

Im quite depressed right now. Sama macam Amora cakap kan. Tapi tak lah sampai memakan diri. Cuma agak terganggu juga lah. Ok like Amora advices me, I'll try 2 be patient. Insya Allah. Semoga hati ini tabah. Cheers peeps!

Friday, January 29, 2010

Dont Mixed Up Chicken And Fish In The Same Plate

Semalam my lil sis messaged me. We talked about everything including the 'terhiris''s thing too. As I told you adik sangat matured dari umurnya. Cerita punya cerita kat adik, dia pun bagi cadangan next time tulislah macam ni ' I suka makan ikan. Tapi sakit bila tercekik tulang ikan. (Ouchhhh pedaskan ayat adik ni?). I suka makan ayam tapi jadi tak best bila makan dengan ikan. (Ha terkedukan?) Ambil kau.

Boleh ke orang makan ayam dan ikan sekali gus? Tak rasa tamak ke? Pada Zafi ambil salah satu dah cukup. Lepas tu makanlah dengan lauk lain. Sayur ke. Apa-apalah. Kalau tak, bila makan ayam dan ikan mesti rasa muak. Mungkin Zafi je kot rasa muak. Orang lain tak tahulah pula. Kalau makan ikan takut pula tercekik sebab tulangnye yang keras. Kalau makan ayam terlalu kerap nanti banyak lemak pula. Habis tu macam mana?

What ever it is, still, I cant accept if people mixed up fish and chicken in the same plate. For me its a big no no good ok peeps. :). So morning everybody. Im going to start my day with cheers n smiles. You too people have to do it.

Terhiris II

Pernah tak rasa sakit hati tiba-tiba? Tapi macam mana boleh tiba-tiba sakit hatikan? Mesti ada sebab? Haih entah la. Susah untuk ditafsirkan. Kenapa mesti ada 'halangan' itu? Ingatkan dah tak wujud. Tapi ada lagi.

Tiba-tiba aku jadi keliru.Permainan apa ni? Siapa yang mulakan dulu? Kenapa mesti jadi macam ni? Tak tahu nak salahkan siapa. Tapi yang pasti hatiku terhiris. Bila aku dah tekad nak move on dia datang secara tiba-tiba. Tapi arghhh banyak betul tapinya.

Susah sangat ke lupakan 'halangan' itu? Padahal 'halangan' itu bukan siapa-siapa. Kan dah explain siapa 'halangan' itu pada dia. Paling aku ingat dia cakap 'please dont go so far. I'll make you stay'. Aku faham dan percaya dia tak kan cakap kosong. Tapi seberapa banyak kepercayaan tu aku boleh simpan? Lambat-laun aku sendiri pun tak tahu aku betah untuk bertahan atau tak.

Aku tak nak hati aku terluka. Aku tak nak siapa-siapa pun terluka. But Im very sure somebody's going to get hurt. Aku harap aku bukanlah orang yang terluka itu.

* Masa type entry ni aku sedang dengar lagu SEPARUH JIWAKU PERGI, HUJAN PUN MENANGIS, & BELAJAR LAH UNTUK CINTA - ANANG HERMANSYAH *

Thursday, January 28, 2010

Terhiris

Hati ini tenanglah,
Hati ini sabarlah,
Hati ini damailah,
Walaupun hati ini terhiris.

Aduh dah tak tahu apa patut aku lakukan,
Apa patut aku buat,
Apa patut aku katakan.

Sukar,
Susah,
Payah,
Perit,
Segalanya bercampur-baur.

Aku keliru.

Wednesday, January 27, 2010

Relax Your Body, Free Up Your Mind And Soul









Morning peeps!!!

Pagi tadi sepatutnya kena pergi library untuk discussion tapi cancel pula sebab one of my friend ada hal. Tak pelah I can find the informations by browsing the internet right? Masa tengah cari maklumat, terus lah baca surat khabar. Senang tak payah pergi beli. Online je baca paper tu. Jimat pun jimat kan.

Masa tengah baca paper, nampak lah artikel pasal my saudara punya hotels and resorts. Namanya Suria Resorts & Hotels International. Mommy selalu juga cerita pasal Pak Khalil (the owner) punya resort dan hotel ni. Ok I have to admit that me myself dont know who is Pak Khalil. Mungkin pernah jumpa tapi biasalah young generations like me ni kalau jumpa saudara-mara segan. Salam-salam macam tu je. Lepas tu duduk diam. Rugi tau sebenarnya. Sebab kalau sekarang kita tak kenal dengan golongan pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik kita, bagaimana pula kita nak kenal dengan anak-anak mereka? *Ok Zafi from now on you have to be friendly and talk with all your relatives. Buang rasa malu dan segan tu.* ;)

Lagi satu mereka ni selalu sibuk, jadi kena tunggu macam raya ke, atau bila ada kenduri kahwin baru boleh jumpa. Tapi tu pun kalau nasib baik. Sebab macam mana kalau masa bertandang tu berselisih waktu? Urmmm tak jumpa pula kan?

Kadang-kadang selalu juga bayangkan kan best kalau ada perjumpaan besar-besaran dengan kaum keluarga dan saudara-mara ni. Lepas tu setiap keluarga pakai baju tema. Dari jauh oh yang pakai tema oren keluarga ni. Yang pakai tema ungu keluarga ni. ;) Tapi tu lah ingat senang nak organize reunion macam ni? Tapi satu hari nanti nak juga ada reunion dengan all my relatives. Lagi best kalau buat kat hotel or resort Pak Khalil kan? Auwwwww

Ok-ok ni I dah serta kan sekali links kalau nak tahu pasal resorts dan hotels Pak Khalil. Feel free to try the hotels and resorts ya!

~ 3 gambar yang pertama di London.
~ Gambar 4 dan 5 di Cherating.
~ Gambar 6-8 di Terengganu.
* Gambar hotel di Johor Bharu cannot be read* Sorry :)


http://www.suriaresorts.com/
http://www.suriaresorts.com/suria-cherating/
http://www.suriaresorts.com/merang-suria/
http://www.suriaresorts.com/suria-city-hotel/
http://www.theroyalcambridge.com/

Tuesday, January 26, 2010

Kupu-Kupu


Biarkan 'kupu-kupu' ini terbang bahagia dalam hatiku,
Jiwaku,
Kerana hadirnya bagaikan satu rahmat,
Membawa seribu kebahagiaan.

Biar apa yang terjadi aku tetap kukuh berdiri untuk dia,
Mengapa mesti aku berpaling?
Terlalu sukar untuk mencari insan seperti dia.

'Kupu-kupu' jangan pernah terbang jauh membawa diri dari aku,
Kerana tanpamu aku hilang arah.

Warna-warna yang membaluti sayapmu,
Umpama membawa warna-warni dalam hidupku juga.

*Tuhan aku sayang dia*

Mencuba

Keliru,
Kusut,
Entah, aku tidak punya jawapan yang pasti untuk itu.

Macam berangkai-rangkai pula,
Mula-mula seorang,
Sekarang dah jadi 4 orang.

Kenapa?
Nak tahu sangat apa yang aku buat?
Buat itu buat ini?
Dengan apa dan siapa?

Jujur aku tidak punya masa nak layan siapa yang aku tak kenal,
Akhirnya gelaran 'sombong', 'cocky', itu juga lah yang aku dapat.

Tapi bak kata orang,
Kalau orang berbuat baik pada kita,
Tak kan nak balas tuba pula.

Tapi yang pasti,
Mereka yang tidak aku kenali itu,
Mengenali aku.

Mencuba yang terbaik untuk semua orang,
Supaya tiada siapa-siapa yang terasa.

Monday, January 25, 2010

Am I A Yemeni?

Ok sepatutnya sekarang ada kelas. Tapi since the lect is not here jadi class pun batal lah. Oh siapa tak suka class batal??? Hehehe. Sebenarnya bukan nak cerita pasal tu. Pagi tadi saja suka-suka ambil quiz, bukan quiz untuk dapat pointer ya, tapi quiz dalam facebook. Quiz tu namanya What Type Of Arab Are You?

Here is the result. :)

Fifi Zafirah got Yemeni!.
You see beauty in everything! You love music, art and literature and are creative in whatever you do. Your friends know you as sensitive, artistic and loyal. You are never happier than when surrounded by family and close friends. The natural world is your favourite place to be, walking or hiking in forests and fields.

Ye ke? Some of the result is quite true. Contohnya kalau bab music. Im so into music. Sehari tak dengar music macam tak sah pula. Sensitive pun betul juga. Kalau sekali I noticed pada sesuatu perkara, I akan ingat terus. Loyal. Once I fall in love I would stick to that person. :). I also love my family. No thing in this world can replace them. Furthermore, Im a family-oriented person.

Sunday, January 24, 2010

Anugerah + Heaven





Gembira,
Bahagia,
Ceria.

Thanks Allah...

Kenapa suka ni?
Sebab suka lah. Hehehe...
Feel so blessed.

Gurau-gurau merajuk,
Lepas tu pujuk-pujuk,
Ahhh mengada-ngada kan?

Tapi tak pe lah.
Ini ANUGERAH.
Bagi Zafi lah.

When the feeling comes, no ones can stop it,
So let the feeling grow up, and blooming.

Feels like HEAVEN!!!

Never Knew I Needed You

Now Im listening to Ne Yo's song. Entitled Never Knew I Needed You. Auwww the title is so-so like menyesal. But is it true? Ok lets we take a look around. Ok tipu tak kan look around, look at the lyric lah. Kat mana lyric tu? Tak payah susah-susah cari. Ni dah letak sekali lyric lagu tu.

(ooh) for the way you changed my plans
for being the perfect distraction
for the way you took the idea that i have
of everything that i wanted to have
and made me see there was something missing (oh yeah)
for the ending of my first begin
(ooh yeah yeah)(ooh yeah yeah)
and for the rare and unexpected friend
(ooh yeah yeah)(ooh yeah yeah)
for the way you're something that i never choose
but at the same time something i don't wanna lose
and never wanna be without ever again (oh oh)

you're the best thing i never knew i needed
so when you were here i had no idea
you're the best thing i never knew i needed
so now it's so clear i need you here always

my accidental happily (ever after) (oh oh oh)
the way you slime and how you comfort me (with your laughter)
i must admit you were not a part of my book
but now if you open it up and take a look
you're the beginning and the end of every chapter (oh oh)

you're the best thing i never knew i needed (oh)
so when you were here i had no idea
you're the best thing i never knew i needed (that i needed)
so now it's so clear i need you here always

who'd knew that i'd be here (who'd knew that i'd be here oh oh)
so unexpectedly (so unexpectedly oh oh)
undeniablely happy (hey)
said with you right here, right here next to me (oh)

girl you're the..
you're the best thing i never knew i needed (said i needed oh oh)
so when you were here i had no idea
you're the best thing i never knew i needed (needed oh)
so now it's so clear i need you here always
baby baby
now it's so clear i need you here always


See the lyric is so-so arghhh meaningful. So appreciate the person or the people who are always with you. No matter in hard times or in your happier times. Because without them, you cant feel both, hard and happier times. So cheers!!!

Home Sweet Home ( Erkkk Not So Home )


Like I promised in the previous post, these are the pictures of my house. Not mine actually. It belongs to the Uni. This apartment got 3 bedrooms, 2 bathrooms and 1 toilet. Room no.1 is big, which is belong to me. Hehehe duduk bilik besar lah. So people are you ready for the show??? I cant hear you *buat gaya macam Spongebob*. Ready? So here we goooo!!!! Oh yeah!!!

What An Exhausted Sunday!

Phewww!!! What an exhausted Sunday today. Pagi-pagi lagi dah bangun, ececeh macam lah selama ni tak pernah bangun pagi. Sebab pagi ni ada gotong-royong *bunyi sangat klasik kan*, haih part ni yang malas ni.Hehehe. Cakap jam 7:30 pagi mula gotong-royong. Tapi akhirnya mula jam 8:40 pagi wey. Lambat sejam lebih. Rugi waktu tidur. :P. Oh tapi lagi sekali bukannya terus gotong-royong, kena jogging dulu!! JOGGING???!!! Whats that? Sejenis meja ke? Oh bukan-bukan ye. Ia adalah sejenis senaman yang boleh buat saya lenguh. Ye lah sebab memang jenis tak bersukan. Ok mengaku saja lah.

Kena jogging dalam 2 pusingan. Hadoii letih dan mengah. Tapi ok juga sebab badan pun dah naik jadi kena keep fit semula. Jogging pun dah letih bayangkan nak sambung gotong-royong nanti? Oh tak payah bayangkan, sebab benda tu dah terjadi pun.Heeee...After jogging, kita makan dan minum dulu lah. Nak tau makan apa? NASI LEMAK DAUN PISANG!!!! Ingat senang ke nak cari Nasi Lemak Daun Pisang tu zaman sekarang? Susah wey. Jadi apa lagi makan lah kan. Tapi sebungkus je. Mana boleh banyak-banyak tadi kan cakap nak keep fit.Weee...

Lepas makan, baru lah gerak balik rumah sebab kena gotong-royong bersihkan rumah. Huh nasib baik bersihkan rumah. Jadi boleh lah bersenang-lenang terus lepas tu. Oppsss tapi tak semudah tu. Sebab selepas tu Mr.Felo akan datang check rumah. Since the fellow is a man, jadi mestilah kena tunjuk kan yang duduk kat situ anak-anak dara. So tak reti-reti nak kemas dan bersihkan rumah sampai cantik dan bersih? Oh ya sebelum ni rumah kami memang sentiasa cantik, kemas, dan bersih okkay.

Lepas siap bersih apa semua, kami pun tertunggu-tunggu la kedatagan Mr.Felo. Dalam hati berdebar-debar. Phuhh minta-mintalah dia bagi komen yang positif. Tak menang pun tak pe lah. Janji positif. My housemate pun turut sama tolong check rumah. Jadi dalam diam-diam dia mesej, and bagitau lah apa kena simpan. Mr.Felo check kat mana. Termasuk BILIK TIDUR sekali tau! Huh apa lagi cepat-cepat lah berlari pergi bilik nak tengok ok ke tak. And bila Mr.Felo datang, Alhamdulillah komennya tak lah negatif. *Tepuk tepuk tepuk*. Memang memenatkan lah walaupun tak sampai setengah hari lagi.

Bila habis je nervous Mr.Felo datang, tiba-tiba teringin pula rasanya nak makan ais krim. Paddle Pop Paddle Pop Super Duper Yummy!!!! Nak-nak panas terik, huh memang best la makan Paddle Pop tu. Aaaaa sedapnya. And belikan lah sekali untuk housemates semua. Eh tak semua, dalam 3 orang. Lagipun masing-masing penat, jadi bagi lah makan Paddle Pop. Rezeki kongsi sama-sama. Lepas makan, rasa apa ye? Mestilah rasa mengantuk. Haish kena tidur semula ni. Ok got to go. See ya.

* Pictures rumah akan diupload pada post akan datang. So wait ya *

Saturday, January 23, 2010

I Like...

Ok fine! Argghh I just dont know + dont have any idea why is he, hired (if the word is suitable) someone? Mula-mula tak guna nama sebenar. And macam biasa lah mesti lah rasa something wrong je kan. Ye la sebab tak ada mutual friends. Tapi biar je la. (Tu lah Zafi selalu buat tak tahu je walaupun dah dapat instinct). Masa si penge'add ni request dah boleh agak siapa orang nya. Walaupun guna nama teenstar lagi. Sebab dia pernah tanya pasal gift and I pun bagilah pendapat kalau teen mesti suka teenstar ni kan? Apa motif dia?

Aduhhh tak tau nak fikir apa dan macam mana lagi? Tak kan dia hantar orang-orang ni dan laporkan apa-apa kat dia? Oh saya sangat sayang dia. No need to talk more. Cukup dengan act je. Haih tadi masa tengok facebook yang guna nama teenstar tu dah pakai nama sebenar. Tett!!! Like I thought. Entah la nak buat apa. Tapi memang dalam facebook tu tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Status pun tak letak. Sama ada single, engaged, married or widowed. Tengok sebab loyal kan.

Oh ni dia tiba-tiba YM. Dah lama kami tak berYM. Selalu message je. Dalam 5 bulan juga lah tak YM. Wooo 5 bulan. Nasib baik selalu message. Hilang rindu. Awww...Ok la mau YM sama dia. See ya.. :)

The Memoirs



Tiba-tiba teringat zaman sekolah masa form 4 and form 5. Dulu sekolah teknik. Konon lah kan ambil Kejuruteraan Awam. Tapi last-last ambil pendidikan pula. Tak pelah dah rezeki macam tu kan. Kalau tu yang terbaik kenapa mesti tolak. Masa tu jadi Kak Long. Dan 'adik-beradik' lain mak lain ayah pula LINA, HAJAR, dan WAN JU. Dia orang ni tinggi kot dari Zafi walaupun jadi Kak Long. Haih nak juga tinggi macam dia orang. Macam mana boleh dapat nama Kak Long? Sebab masa sekolah dulu ada program mentor-mentee. Dan dalam 10 orang tu entah macam mana Zafi juga lah yang paling awal lahir. Ecece 'paling awal' tak nak mengaku paling tua la tu.Hehehe.

Lina ni jadi my sleeping partner. Oppsss jangan fikir bukan-bukan ok. Sebelum tidur dia selalu baca doa tidur dan selawat apa semua lah. Bagus budak ni. * :P *. Tapi masalahnya, lepas tu mesti ajak bersembang.hahaha. Adoii mata masa tu dah la mengantuk. Ajak pula bersembang. Zafi yang dengar ni 'ye ye' je la. Kesian dia. Lina ni boleh tahan dengan perangai Zafi. Kalau tiba-tiba datang mood tak baik Zafi, dia cool je. Hah ingat Zafi ni selalu dalam mood baik ke? Bila ada masa yang tak kena tu memang habis lah semua orang. *Uishhh agak dahsyat*. :P

Macam tu juga kalau Zafi ada masalah, dia still akan tolong. Walaupun sekadar bermesej. Dan yang bagusnya dia akan bagi ayat-ayat (bukan ayat-ayat cinta okkay) untuk tenangkan hati. Pernah ada sekali tu call dia, nangis-nangis (Zafi lah yang nangis, bukan dia), masa tu suara dia macam risau. Ha lagi satu kalau orang lain dengar mesti ingat dia marah Zafi. Tapi tak lah. Memang dia jenis suara lantang. Dulu selalu juga dia datang tidur rumah Zafi, tapi since dia dah pindah ni dah lama dia tak datang rumah. *Wey bila nak tidur rumah aku?* Kalau dia bersembang dengan Mommy, memang tak ingat dunia lah. Banyak sangat yang dibualkan. Zafi pun tak tau apa yang dia orang bualkan. Okkay fine, anggap lah I tak ada kat situ.hehehe. Sekarang dia belajar dekat MIMET UNIKL. Ha yang ini masih lagi ada kaitan dengan engineering. Tapi dalam bidang berbeza la. Bukan Civil, Electrical, or Mechy Engineering tu.

*NORALINA ABD.LATIF nanti sila datang ke rumah saya ok kalau cuti*Lepas tu marilah kita sama-sama hang out* :)

Hajar pun sama juga. Ingat lagi masa nak SPM kita orang boleh melepak rumah warden dan tengok movie sama-sama. Sampai jam 2AM! Berlagak macam tak exam. Apa lagi masa jawab paper English For Science And Tech. tu memang kosong dan berlenggang je la. Tapi result A ok. Hajar pun selalu juga datang rumah. Kadang-kadang tu secara mengejut. Benci tau. Kalau masa tu Kak Long tak ada dekat rumah, dah tak boleh jumpa. Datang tak nak cakap. Paling terharu Hajar dan Amir sanggup datang dengan scooter,awww romantik, datang rumah. Sebab masa tu ada kenduri. Balik pula malam. Risau pun ye juga. Ye lah anak dara orang. Nasib baik Amir pandai jaga. Kalau tak memang nak kena sembur la Amir tu.ehehe.

Hajar pun sama banyak cakap macam Lina. Kalau datang rumah pun asyik bersembang dengan my emak saudara a.k.a Ibu. Tengok Zafi juga yang terpinggir. Haih kawan-kawan Zafi sudah jadi kawan-kawan Mommy dan Ibu pula. But it's ok as long as they know with whom I be friends with right? Orang cakap muka dia orang ni sama. Zafi tengok tak pun. Ye lah agaknya sebab dah selalu jumpa kan. Jadi ok je la. Dua-dua ni berkulit cerah. Okkay Zafi je gelap. :P

Hajar pun ambil engineering juga. Civil. Dulu belajar dekat Kuantan but now she's pursuing her study in Sabah. Jadi orang Sabah bha. ;). Nanti boleh design rumah untuk Kak Long. But with no payment ok? Ambil kesempatan ambil kesempatan.hehehe.

Ok last sekali Wan. Dia je lain jurusan dengan kami masa sekolah teknik dulu. Kami ambil Civil dia pula ambil Electrical. Macam mana boleh kenal? Ha masa tu dia tengah lagu then Zafi yang memang obsess dengar music ni pun saja lah datang dekat dengan dia. Masa tu Wan tengah baring-baring atas katil. Wan ajak dengar sekali lagu tu. Dan dengan muka yang agak tak malu * saja kecilkan tulisan sebab malu* hehehe Zafi pun dengar sekali. Then dari situ lah kami baik. Eventhough dalam familynya Wan ni bongsu tapi dia always act like she's the sister. Kadang-kadang dia layan Zafi macam Zafi ni adik pula. *Kak Long sangat bahagia*

Pernah sekali tu, tengah rushing then Wan tanya Kak Long nak pakai baju apa? Lepas tu terus dia iron baju untuk Zafi.
*touching* Thanks so much for that Wan. Kalau cuti Wan sanggup datang rumah Zafi then kami sama-sama keluar hang out. Biasanya kalau Wan dah nak balik, mesti Mommy dan Daddy suruh stay lagi 2-3 hari lagi. See how nice she is. Sampaikan ada request lagi dari my parents jangan bagi Wan balik. :). Now she's studying in Sabah. Sama macam Hajar. Tapi Wan dekat UMS. Oh dia tak ambil Electrical. Tak ada kaitan dengan Engineering. Zafi dan Wan je tak ambil Engineering macam Lina dan Hajar.

Hajar dan Wan kalau kami hang out mesti akan belanja. Awww siapa tak suka dibelanja angkat tangkat? Ha tengok semua tak angkat tangan. Dia orang dah tau Kak Long mereka ni suka
CHOCOLATE CAKE FUDGE!!!! Mereka ni sangat lah ambil berat kat Kak Long mereka ni. Allah terima kasih kerana 'hadiah' ini.

*THANKS TO ALL OF YOU. NO ONE CAN REPLACE ALL OF YOU. THANKS FOR ALL THE MOMENTS THAT WE SHARED, THE JOY, THE LAUGHS, THE TEARS, AND...argghhh I cant list it.* Please be my bestmaids ok? :). Tapi tak tahu lah bila.* *HUGS*

Thursday, January 21, 2010

Numb

You just have to be patient your time is coming. The right person for you is just around the corner. Maybe you dont realize it at this very moment but you will realize it soon enough. Maybe even sooner than you think.

Remember this post? Tonight is the night. All the 'REASON' that I needed is fully answered. Answered by him! He messaged me. Speechless. Numb. Shuhkran Ya Kareem. :). Semoga kegembiraan ini berpanjangan. Ameen Ya Rabbal Alameen...

Lets Spread The Quotes!!!

Do you people like quotes? Tak kisah la quotes apa pun. Either love quotes, life quotes, family quotes, dan macam-macam lagi la kan? Bila baca quotes rasa bagi semangat kat kita kan? I like to Google quotes. Ayat-ayat dari quotes tu sangat bernas dan kadang-kala bila fikir dalam-dalam mesti akan terfikir macam ni 'kenapalah tak terfikir macam tu' kan? Atau Zafi seorang je yang baru tahu?

Here, I want to share with all of you some love quotes. And also the link. http://www.wisdomquotes.com/cat_love.html. So check it out ya!


Amy Bloom:

Love at first sight is easy to understand; it's when two people have been looking at each other for a lifetime that it becomes a miracle.

Amy Tan:

I am like a falling star who has finally found her place next to another in a lovely constellation, where we will sparkle in the heavens forever.

Anais Nin:

Love never dies a natural death. It dies because we don't know how to replenish its source. It dies of blindness and errors and betrayals. It dies of illness and wounds; it dies of weariness, of witherings, of tarnishings.

Ann Landers:

If you have love in your life it can make up for a great many things you lack. If you don't have it, no matter what else there is, it's not enough.

Anne Morrow Lindbergh:

Him that I love, I wish to be free -- even from me.

Antoine de Saint-Exupery:

Love does not consist of gazing at each other, but in looking together in the same direction.

Arthur Rubinstein:

Love life and life will love you back. Love people and they will love you back.

Barbara De Angelis:

Love is a choice you make from moment to moment.

Barbara De Angelis:

Love and kindness are never wasted. They always make a difference. They bless the one who receives them, and they bless you, the giver.

Charles Augustin Sainte-Beuve

Tell me who admires and loves you,
And I will tell you who you are.

S.T.A.L.K.E.R.


Stalkers. What do people know about this word? Some might take it from positive side, while some might take it from negative side. Dari sudut positif mungkin boleh tafsirkan orang yang stalk tu suka kat seseorang. Lebih kurang macam admirer la. Tapi kalau negatif pula? Mesti lah boleh buat orang lain tak selesa. Eh ada pengalaman ke di 'stalk'?..hehehe..

Entah la kalau boleh dikira sebagai stalk. Sebab banyak sangat perkara yang mengelirukan berlaku. Hurmm contoh mutual friends yang sama. Memang lah boleh jadi dia yang add dulu. Tapi macam mana kalau masa Zafi add atau approve request tu Zafi tengok tak de pun nama dia. Then suddenly when someone approved my request or approved by me tiba-tiba ada dia juga? Usually Zafi akan tengok friends's list. Tapi tak semua la. Kalau kawan mereka dalam 100 atau 200 lebih tu boleh lagi lah Zafi tengok. Nanti orang ingat tak de kerja pula nak tengok seorang-seorang friends's list.

Lepas tu pula lagi musykil kalau tiba-tiba ada yang add tanpa mutual friends. Dari mana mereka tahu. Could be search by name. Tapi mesti lah banyak kan. Entah nama Zafi tempat ke berapa pun tak tau. Tapi nak tanya kat si penge'add' tu malas pula. But no one knows what will happen in the future. Entah macam mana ada sekali tu terfikir nak tengok albums si penge'add' ni. Sebab Zafi ni malas sikit nak tengok profile orang. Masa tengok albums tu la terperasan ada muka-muka yang dikenali. Tettt!!!! Automatically I knew everything. I can guess everything. Allah shows me all answers that I need.

No need someone to explain it. Because there's no one knows the whole situation. It's so complicated. It's enough for me to see it by my eyes. Sometimes action is more worth than speak. From the direction of my heart and my instinct, I found out all the rebus that I always wondering. What should I do? Nothing I guess. Because I think, nothing will change. But who may know what will we face in the future right?. We might not know may be it's a sign of something good that The Almighty wants to give to us. I just leave it to The Almighty to do what is the best and perfect for me. Everything happened for a reason. And I believe I will find the reason one day. I wish I will get the good, the perfect, and not to forget, the best 'REASON'.

Wednesday, January 20, 2010

Dont Be Shy



Hari ni tak ada kelas. Dalam seminggu tu hanya cuti hari Rabu dan Ahad je.(Habis nak cuti berapa lama Zafi?4 hari boleh? ;) ). Ingat nak duduk rumah je, stay at home like a good girl do, oh ok ok fokus fokusss, asyik nak menyanyi je.Hehehe. Tapi suara I tak sedap ok. I admit it. Tapi housemate ajak pergi library. Mula-mula tak nak pergi, tapi bila fikir assignment tak siap lagi dan bahan pun tak ada (ha jangan ikut contoh ni. Malas nak buat assignment. MALAS), jadi pergi lah juga library. Sampai di library cari lah buku yang perlu. Tak kan cari barang tersembunyi pula kan? Bila dah dapat buku tu housemate ajak pergi tengok Speakers Corner. Urmmmm bunyi macam menarik.

So kami pun pergi lah berdua. Speakers Corner ni siapa-siapa yang nak bercakap dekat podium tu dipersilakan. Tak kisah la topik apa asalkan tak menyentuh hal sensitiviti mana-mana pihak. Sempat juga lah tengok dalam 7 atau 8 orang yang bercakap tadi. Dalam ramai-ramai tu ada seorang je mahasiswi yang bercakap. Tapi tak tau lah kalau ada lagi, kan I balik awal. Alasan kan. Bila tengok mereka ni bercakap, terfikir juga apa perasaan mereka bila berucap. Kalau masa presentation dalam kelas pun I agak nervous, bayangkan pula nak bercakap kt corner tu (kejap-kejap nak bayangkan.hahahaha lawak ok.). Tapi setiap perkara yang dibuat kena ada keberanian. Paling penting komunikasi. Macam Speakers Corner tu lah. Selain dapat memberi hujah, kemahiran berkomunikasi pun dapat kita tajamkan lagi (ececeh pandai cakap kat orang) . Sebab komunikasi sangat penting tak kira apa profesion kita. Ye lah kalau kita berurusan dengan orang lain mesti lah kena bercakap kan? Kalau tak nanti komunikasi tu akan jadi komunikasi sehala je lah. Tak pun satu pihak je yang menang. Kalau dua-dua pihak pandai berkomunikasi hasilnya dua-dua kan dapat manfaat atau win-win situation.

Jadi, kepada diriku ini yakin lah bila nak buat presentation tu. Walaupun bila presentation tak tengok teks tapi gugup tu tetap ada. Kalau tengok teks, rasa macam terikat dengan teks tu je. Nak tambah-tambah isi pun tak boleh. Paling kurang pun hanya ingat atau kalau takut lupa buat 'point-point' penting je. Masa tu baru lah hurai dengan panjang lebar berdasarkan 'point' tersebut. Lama-lama bila dah terbiasa semuanya akan ok. Everything's going to be alright. So people, oh ya and myself too, don't be afraid to talk in the public. Learn from the experiences. Experience is the best teacher. So start talking in front of your mirror now! :)

Its A Baby Girl!!!


Semalam Daddy call macam biasa lah. Eh tapi tu pun selepas 3 kali missed call. Sebab lepas makan pergi exercise jalan-jalan dulu. Ye lah nanti naik pula berat badan. Memang dah naik pun badan kau Zafi. :). We talked about balik CNY ke tak, MV apa yang best (kalau bab muzik kami memang best) :) , dan banyak lagi lah. Lepas tu berbual dengan Mommy pula. The best part's 'Kimi dapat adik'!!! Ah masa tu rasa macam teruja yang huh memang tak boleh nak bayangkan lah.

Mommy / Me

Kimi dah dapat adik.
Ye ke? Ahhhh seronoknya. Boy or girl? Jam berapa baby lahir? Dah ada nama ke belum?
Girl. 12:05 tengah malam 19/1/2010. Belum bagi nama lagi.
Dah pergi tengok baby ke?
Belum.
Kalau pergi tengok baby nanti snap pics banyak-banyak. Lepas tu MMS la.
Yela yela.

Urmmm tak sabar nak tengok baby. Macam manalah rupa baby tu. Mesti comel. Baby tunggu kakak balik Raya Cina nanti ya. Sayang baby!


Tuesday, January 19, 2010

Amora said :

Amora said:
"Fifi Zafirah dear, your admirer is very much aware of you. You'll feel excitement and butterflies in your tummy. Try to be brave and accept the surprises coming soon."

Whos that guy? Ada-ada je kan Zafi ni. Macam lah betul apa Amora ni cakap. Eh tapi kalau betul jadi macam mana? Ha kan best tu.hehehe :). Mari lah kita pergi ke kelas Dr.Talib eh bukan-bukan! mari lah kita tunggu dan lihat siapakah orang itu. Cant wait! Ok lah nak siap-siap pergi kelas Dr.Talib ni. See ya! Cepat siap Zafi!!!! Ok! Im ready!

Ikan Is Always Hurting Me


Last week throat luka. Nak tau sebab apa? Terkena tulang ikan! Oh memang sakitlah. Rasa sangat perit dan kalau bangun tidur je rasa macam...entah la susah nak gambarkan. Like Im dying on that time. Masa tu makan tengah hari dekat kafe. Setiap hari Zafi makan ayam. :) Tapi bosanlah asyik makan ayam je kan? Jadi nak tukarlah selera makan ikan pula. Walau dah tau ikan tu leceh. Sebab banyak tulang. Tapi dah tak ada pilihan masa tu jadi ambil lah ikan. Masa tengah makan tu lah terkena tulang ikan. Sakit tekak dan sakit hati pun ada juga. Eh macam mana boleh tiba-tiba je sakit hatikan? Ikan ni memang suka sakitkan hati orang ke? Tapi ikan mana lah pandai sakitkan hati orang kan? Sebab adalah cerita di sebaliknya tu. :)

Tak tahu lah apa yang best sangat pasal ikan ni. Selalu lah buat hal. Nak cerita pun tak tahu dari mana nak mula. Come on lah. Just a friend je boleh la. Sebab orang yang ikan suka tu dah cakap macam tu kan. Kenapa lah nak susah-susahkan diri (dia rasa tak susah sebab dah suka kan?) mesej orang tu? Think about another woman's feeling. Coz what goes around comes around. Ni siap buat poems apa lagi. Haih be matured la girl. Kira agak sopan la tu kan sebab guna girl. Kalau word lain? Fikir-fikir kan.

My two sisters always trying to keep ikan's secret from me. Sebab mereka tahu tak nak buat hati kakak mereka ni terluka. Kalau terluka tekak sebab terkena tulang ikan tak pe boleh sembuh tapi kalau terasa hati? It takes time to heal. Nak kawan boleh tapi mesti lah ada batasannya. Dont over the border. Kalau boleh spesifik kan lagi boleh tak gantikan 'border' tu dengan 'another woman's feeling'?. Alang-alang dah cakap biar lah terang dan jelas kan?

Bila sudah dewasa ni belajar lah hormati (bukan belajar tapi sepatutnya dah amalkan) orang lain. Bila dimaksudkan orang lain tu mesti lah dari segala segi. Maksudnya maruahnya, hatinya, perasaanya, dan banyak lagi. So people try not to hurt other people's feeling ya? :)

Sunday, January 17, 2010

When Will You Meet The Right Person For You?

Ok ok let me tell you. I took this quizze just for fun. When im reading it, I think its kinda funny but at the same time it could be true right?! Im wondering who's that guy? ;) What if suddenly there's a guy proposes me? What am going to do? Never mind just take it as a quizze guys! I believe I will find the right person in the future. :) So cheers people! Oh yeah almost forgot, this is my result. So you do the math ok?

You just have to be patient your time is coming. The right person for you is just around the corner. Maybe you dont realize it at this very moment but you will realize it soon enough. Maybe even sooner than you think.

Little Diva


Bangun dari tidur sebentar tadi Zafi tiba-tiba teringat kat adik bongsu. Namanya Nurizyan Zawanah. Zafi ingat lagi masa Mommy lahirkan adik Daddy akan buat names list. Lepas itu bagi peluang pada Zafi pilih nama untuk adik. Masa tu Zafi Darjah 3. Kiranya masih terlalu muda untuk memilih nama ni. Huh tapi siapa tak banggakan? Yang Zafi ingat Daddy ada senaraikan juga nama Nur Shafika Zawanah. Tapi Zafi tak suka nama tu. Tak tau kenapa. Dan punyalah teruja nak pilih nama adik Zafi sanggup bawa names list tu pergi kelas agama pada sebelah petang. Tujuannya nak mintak pendapat kawan-kawan. Mengejutkan sebab kawan-kawan Zafi suka dengan nama Nur Shafika Zawanah. Tapi last sekali mestilah pilih nama Nurizyan Zawanah kan? Sebab tu adik Zafi. Heh kalau macam tu baik tak payah minta pendapat kawan-kawan Zafi oi.hehehe.

Sekarang adik Zafi tu dah 13 tahun umurnya. Tapi kalau secara genapnya bila bulan Jun nantilah. Sebab dia lahir bulan tu. Orang cakap muka Wana macam muka Zafi. Auww betul ke? Masa adik kecil-kecil dulu dia sangat putih. Mungkin sebab yang sambut adik dulu, seorang doktor lelaki berketurunan Cina. Balik je sekolah Zafi duduk kat adik. Walaupun masa tu adik tidur Zafi akan baring sebelah dia. Heh boleh buat calon ni! Ishhh apa lah Zafi ni :) . Macam-macam nama yang Zafi bagi kat dia sebab dia sangat tembam dan comel masa tu. Masa sekarang dia makin cantik. Hehehe puji adik sendiri pula. Antara nama yang Zafi bagi kat dia adalah anggur, tembikai, sebab masa tu pipinya sangat bulat dan urmm.... macam buah-buahan tu lah!

Walaupun kami berbeza umur 9 tahun tapi pemikiran adik sangat matang. Kalau dia bersama kawan-kawan Zafi dia boleh get along. Zafi sendiri tak tau. Bila kawan Zafi cerita baru Zafi perasan. Mereka cakap adik ni bicaranya tidak seperti kanak-kanak seusianya. Yelah kalau tidak tak kan lah adik Zafi ni siap boleh minta tolong cikgu kelasnya sendiri hantarkan dia balik sebab nak ikut Daddy pergi meeting kat Fraser's Hill! Pula tu adik pergi bermalam di sana. Masa Daddy meeting dia akan bermain kat swimming pool bersama dengan anak kepada kawan-kawan Daddy yang ikut sama.

Adik ni sangat manja. Kalau dia pergi camping Daddy sanggup pergi jenguk dia. Huh jeles-jeles. Alah tapi Zafi pun ikut juga pergi tengok adik.hehehe. Daddy sanggup drive selama dua jam nak pergi tengok adik. Itu baru jauh. Kalau adik camping kat sekolah pula, setiap malam Daddy pergi tengok. Siap bawa makanan lagi. Lepas tu suruh kongsi sama kawan-kawan lagi. Tapi kalau Daddy ada kursus dan tak dapat tengok adik Daddy pesan kat Mommy pergi tengok adik. Jangan lupa bawa makanan. Paling penting bawa ayam goreng! hahaha.

Bila adik dapat 4A dalam UPSR Daddy dah cakap tak kan hantar adik kat mana-mana SBP. Sekolah je kat sekolah harian biasa. Eh bukan masa UPSR tapi sebelum UPSR lagi Daddy dah cakap macam tu. Adik pun sama dia tak nak sekolah asrama. Katanya nanti dia tak dapat tidur petang (heh ikut perangai Zafi ni :) ), makan kena ikut jadual dan macam-macam lagilah. Zafi pula cakap kat Daddy kenapa tak nak hantar adik kat MGSS. Tapi bila mengenangkan MGSS tu agak jauh dari rumah, bukan agak, tapi memang jauh pun maka adik pun sekolah dekat dengan rumah je. Tapi ambil aliran Arab lah. :P :D. Pakai tudung labuh la dik! hehehe.

Peluang

Orang cakap peluang tak datang berkali-kali, tapi betul ke? Bagaimana kalau kita tak tahu yang hadir atau muncul di depan kita itu peluang? Lantas kita hanya membiarkannya berlalu pergi? Mungkin pada masa itu kita masih tercari-cari adakah itu peluang yang kita cari, betulkah keputusan kita apabila telah mendapat peluang itu? Jika kita memiliki peluang itu tidak mustahil bahawa hasilnya tidak seperti yang kita dambakan. Kerana pastinya kita mengharapkan peluang itu adalah sesuatu yang terbaik buat kita. Namun kadang-kadang peluang itu juga bisa berubah menjadi sebaliknya.

Tapi peluang juga ada tikanya hadir pada masa dan keadaan yang tidak tepat. Pada masa dan keadaan yang sudah berubah. Sedangkan kita terlalu mengharapkan peluang itu datang kepada kita. Menyesalkah kita jika membiarkan peluang itu berlalu pergi? Adakah kita menyedari peluang itu hanya setelah kita kehilangannya? Tapi bagaimana kalau kita tidak pernah kehilangannya? Kita hanya tidak punya keberanian untuk merebutnya. Peluang itu masih di situ. Menanti kita mengambilnya. Sedangkan kita masih terkeliru apa harus dilakukan. Patut merebut peluang itu atau ...? Arghhh...Keliru...

*nak tidur tapi otak masih tegar berfikir-fikir*sambil mendengar lagu Already Gone-Kelly Clarkson*

10 Thing I Hate About You

This is the poem I like since I was 10! When I 1st watched the film Im fall in love with late Heath Ledger. He's so hot. Try to understand the meaning of the poem ya! :)

I hate the way you talk to me,
and the way you cut your hair.
I hate the way you drive my car,
I hate it when you stare.
I hate your big dumb combat boots
and the way you read my mind.
I hate you so much it makes me sick,
it even makes me rhyme.
I hate the way youre always right,
I hate it when you lie.
I hate it when you make me laugh,
even worse when you make me cry.
I hate it when youre not around,
and the fact that you didnt call.
But mostly I hate the way I dont hate you,
not even close
not even a little bit
not even at all.

Saturday, January 16, 2010

Bila Hati Ini...

Tuhan patutkah aku lepaskannya pergi?
Tuhan tegarkah aku untuk relakannya pergi?
Tuhan bisakah aku kukuh berdiri setelah dia pergi?

Aku terkadang keliru dengan semua ini,
Aku terkadang keliru dengan keputusan ini,
Aku terkadang hampir putus asa dengan semua ini.

Sungguh aku tidak mampu untuk terus bertahan,
Aku cuba buka hati ini,
Tapi sebenarnya dalam ingatan ini masih tegar ada dia,
Andainya aku berpaling dari dia,
Aku takut kesempatan untuk aku bersamanya masih ada.
Ah kenapa masih aku terlalu yakin bahawa dia akan kembali untukku?

Andainya aku tahu akan setiap persoalan perasaan ini,
Andainya aku tahu hati ini milik siapa,
Andainya aku tahu kalau benar dia yang tercipta untukku,
Andainya aku tahu segalanya.

* semasa curahan hati ini dinukilkan, aku sedang mendengar lagu Isabella nyanyian ST12 *

Friday, January 15, 2010

28 Days = 4 Weeks = 1 Month Has Gone So Fast

Hari ini genap 28 hari atau 4 minggu atau secara tepatnya sebulan selepas hari penting dia. SEBULAN. Its not a short time. Zafi harap dia dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sebab dia cakap kalau dia sudah pulih @ nerves system dia ok, dia akan mesej Zafi. Mungkin dia perlukan masa untuk sembuh. Bila setiap hari Jumaat, Zafi akan ingatkan dia untuk potong kuku. Every Friday. Urmmm I miss the moment. Tapi sudah 4 kali Jumaat juga Zafi tidak dapat mesej dia untuk potong kuku. Im still waiting. Just give him some time and hopefully he's doing good.

Ways to Say "I Love You"

Defining what love is has been the work of poets and philosophers throughout time, but it's our job too. It is something we all know when we feel it, but words simply are not adequate enough to define it. Love is so many things, a feeling, an intention and a thank you. It is compassionate, it is generous, it is funny, it is serious, it breaks our hearts and yet it heals all things. Love is expressed in a trillion ways, it is found in a smile, blowing a kiss, a wink, a song, a poem, a word or even a batch of chocolate chip cookies. There is so much to say about love, but the heart of the matter is, we all want to be loved and we all want to love.


Today and every day, remember that there are so many ways to say, "I love you." Be a mentor. Teach someone to read. Sit a while with someone who is lonely. Volunteer. Serve food at a shelter. Make art with kids. Compliment someone. Listen to what someone has to say. Visit a friend who is sick. Wave to the women sitting in the window at a nursing home. Tell someone you are thinking about them. Be a role model. Work to build a house with Habitat for Humanity. Lend a hand at the local fire hall. Use your money generously. Walk for what you believe in — peace, breast cancer research and life. Comfort someone when they are sad. Walk your neighbor's dog. Participate in a food drive. Bake or buy something from a bake sale. Donate the clothes you do not wear from your closet, and you will have loved with all of your heart.

When I've Been Seduced By...

Wah tajuk macam gempar saja kan? Bukan apa pun sebenarnya. Betul. Oklah oklah kalau hendak tahu juga ceritanya macam ini...

Jiji : salam..fifi..
Zafi : wasalam.why ji?something bothered you? ( dalam hati agak cemas la.tiba-tiba saja jiji 'menerpa' dalam YM Zafi...ececeh..ok Zafi,sila sambung perbualan anda..)
Jiji : hari tu kau ada tanya macam mana nak buat blog kan..kau dah buat ke?
Zafi : belum...
Jiji : aku malam tadi saja-saja duduk godek-godek blog.aku dah buat blog. ( dapat dirasakan perasaan bangga Jiji di situ.hehehe..). Kau buat lah juga wey.
Zafi : alah tak tau nak tulis apa lah... (padahal dah terfikir pun mahu tulis apa.ceh..)
Jiji : buatlah wey.
Zafi : kau ni nak menggoda aku ke?
Jiji : hehehe.

Lepas fikir agak lama, tak lah lama mana pun, Zafi pun tergoda..auwww :) dan terbuka lah hati ( macam hendak pergi Mekah la pula ) untuk membuat blog ini. Sambil diajar oleh Jiji secara online. ONLINE ye. Sebab Jiji duduk di seberang sana. Chewah! Jadi inilah hasilnya. Terima kasih cinta, eh eh bukan-bukan, maksud Zafi, terima kasih Jiji atas sokongan, dorongan, dan tunjuk ajar mu ini. Sob sob sob. * Terharu *