Pages

Sunday, January 24, 2010

What An Exhausted Sunday!

Phewww!!! What an exhausted Sunday today. Pagi-pagi lagi dah bangun, ececeh macam lah selama ni tak pernah bangun pagi. Sebab pagi ni ada gotong-royong *bunyi sangat klasik kan*, haih part ni yang malas ni.Hehehe. Cakap jam 7:30 pagi mula gotong-royong. Tapi akhirnya mula jam 8:40 pagi wey. Lambat sejam lebih. Rugi waktu tidur. :P. Oh tapi lagi sekali bukannya terus gotong-royong, kena jogging dulu!! JOGGING???!!! Whats that? Sejenis meja ke? Oh bukan-bukan ye. Ia adalah sejenis senaman yang boleh buat saya lenguh. Ye lah sebab memang jenis tak bersukan. Ok mengaku saja lah.

Kena jogging dalam 2 pusingan. Hadoii letih dan mengah. Tapi ok juga sebab badan pun dah naik jadi kena keep fit semula. Jogging pun dah letih bayangkan nak sambung gotong-royong nanti? Oh tak payah bayangkan, sebab benda tu dah terjadi pun.Heeee...After jogging, kita makan dan minum dulu lah. Nak tau makan apa? NASI LEMAK DAUN PISANG!!!! Ingat senang ke nak cari Nasi Lemak Daun Pisang tu zaman sekarang? Susah wey. Jadi apa lagi makan lah kan. Tapi sebungkus je. Mana boleh banyak-banyak tadi kan cakap nak keep fit.Weee...

Lepas makan, baru lah gerak balik rumah sebab kena gotong-royong bersihkan rumah. Huh nasib baik bersihkan rumah. Jadi boleh lah bersenang-lenang terus lepas tu. Oppsss tapi tak semudah tu. Sebab selepas tu Mr.Felo akan datang check rumah. Since the fellow is a man, jadi mestilah kena tunjuk kan yang duduk kat situ anak-anak dara. So tak reti-reti nak kemas dan bersihkan rumah sampai cantik dan bersih? Oh ya sebelum ni rumah kami memang sentiasa cantik, kemas, dan bersih okkay.

Lepas siap bersih apa semua, kami pun tertunggu-tunggu la kedatagan Mr.Felo. Dalam hati berdebar-debar. Phuhh minta-mintalah dia bagi komen yang positif. Tak menang pun tak pe lah. Janji positif. My housemate pun turut sama tolong check rumah. Jadi dalam diam-diam dia mesej, and bagitau lah apa kena simpan. Mr.Felo check kat mana. Termasuk BILIK TIDUR sekali tau! Huh apa lagi cepat-cepat lah berlari pergi bilik nak tengok ok ke tak. And bila Mr.Felo datang, Alhamdulillah komennya tak lah negatif. *Tepuk tepuk tepuk*. Memang memenatkan lah walaupun tak sampai setengah hari lagi.

Bila habis je nervous Mr.Felo datang, tiba-tiba teringin pula rasanya nak makan ais krim. Paddle Pop Paddle Pop Super Duper Yummy!!!! Nak-nak panas terik, huh memang best la makan Paddle Pop tu. Aaaaa sedapnya. And belikan lah sekali untuk housemates semua. Eh tak semua, dalam 3 orang. Lagipun masing-masing penat, jadi bagi lah makan Paddle Pop. Rezeki kongsi sama-sama. Lepas makan, rasa apa ye? Mestilah rasa mengantuk. Haish kena tidur semula ni. Ok got to go. See ya.

* Pictures rumah akan diupload pada post akan datang. So wait ya *

No comments:

Post a Comment