Pages

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Marvelous March


~ TI' AMORE ~

~ 1 APRIL 2011 ~

~ HYE APRIL! ~

~ GOOD BYE MARCH :( ~

~ THANK YOU MARCH FOR BEING SO GREAT TO ME ~

~ ME AND MY SAYANG ARE SHARING SAME MONTH OF BIRTHDAY :) ~

~ OUR LOVE IS GETTING STRONGER AND BLOOMING :"> ~

~ JIJI'S BIRTHDAY IS ALSO IN THIS MONTH ~

~ BUT, MY SISTERS'S PETS, DIED ALSO IN THIS MONTH :( ~

~ THERE WERE SO MANY INTERESTING THINGS HAPPENED TO ME IN MARCH ~

~ I STILL REMEMBER, LAST YEAR, MARCH WAS A SAD AND DEVASTATED MONTH FOR ME ~

~ GOT HURTED AND FRUSTATED ~

~ I CURSED ON 'THAT THING' ~

~ I MAD. I CAN'T HOLD MY ANGER ON 'IT' ~

~ JIJI, FARAH, LINA WERE THE PERSON I LOOKED UP TO HEAR MY SAD STORIES ~

~ THANK YOU GIRLS FOR WILLING TO HEAR IT :') ~

~ MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU ~

~ PLEASE ALWAYS BE MY BEST FRIENDS AND BE MY EARS :D ~

~ BUT, IT WAS LAST YEAR ~

~ THIS YEAR, THIS MONTH TO BE EXACT, I LIVE HAPPILY ON 'IT' ~

~ I FEEL SO HONORED TO BE LOVED BY HIM :) :') ~

~ I HOPE ALLAH WILL GIVE ME CHANCE TO LOVE HIM AND TO LIVE WITH HIM. INSHA ALLAH :D :') ~

~ MY FAMILY, ABAH ESPECIALLY, IS OK WITH MY SAYANG :D :P ~

~ JUST PRAY THE BEST FOR US :) ~

~ ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH :') ~


Wednesday, February 9, 2011

Tiba-tiba Lak Jadi Pemurah

Salaam... Macam mana ye nak mulakan entry kali ni. Dah lama tak mencoret di sini :D . Hurrmmm okay let us roll it baybehh!!! Hari ni dan semalam saya tiba-tiba menjadi pemurah. Sangat pemurah ye. Eh tak tak, bukan pemurah bagi duit ke apa. Pemurah yang saya maksudkan, saya dah ceritakan kat one of my friends about me and him :) . Ni sebab kat class Ekonomi Pembangunan la ni. Masa tu entah macam mana, Ayu tanya saya who's my BF. Terdiam ko sekejap. Saya tanyalah Ayu, kenapa dia yakin sangat yang saya IAR. Then she told me that she always 'stalking' my FB. Hahahaha. Ayu selalu tengok wall post yang dipostkan oleh adik saya. Then Ayu cakap, Habibi Habibi la. I tried to avoid Ayu's questions. But she keep pushing me to answer it. Slowly, I answered the questions, BUT, in a diplomacy way ;) . Saya cakap kat dia, masa dia tanya what's going on between me and him, memang betul masa tu kami hanya close friends. Tak lama lepas tu, barulah saya and him IAR :) .


Saya bagi je tau Ayu yang halangan mesti ada. Contohnya from my Mom. Well, sebab jauhkan. Sedikit sebanyak buat Emak rasa risau. Then kawan saya tu cakap, laaa ingatkan saya and him dah lama jadi. Hahahahaha. Yelah, sebab dari zaman FS till Tagged kita orang selalu berkomen. Jadi dia syak la something between us. There you go! Maksudnya, Ayu pun selalu lah godek-godek page FS, Tagged and FB saya. Tettttt!!!! Sama macam sorang lagi kawan saya tu! Haih! Ingatkan takde siapalah yang nak ambil tau pasal peribadi saya :D .


Then, Ayu tanya lagi :
Dah berapa tahun kenal?
Saya :
Urmmm 2 tahun and 2 bulan.
Ayu :
Woooww! Lamanya! Kenapa tak dari dulu lagi?

Jawapan yang saya boleh bagi :

Sebab masa tu terfikir gak, eh boleh ke tak. Boleh ke tak.
Ayu :
Urmmm yelah, sebab jauhkan.

Yeah! Banyak kena fikir. I asked her to not to tell to anybody. Because I don't want 'noisy-noisy' things speaking about it. Ya know what I mean ayte? Suddenly, Ayu wished me; 'Good Luck in your relationship ya' . I was like :O . And I said, 'Doakan yang terbaik buat kami' :) . Once again I feel really touched with all those wishes and Doas for me and him :') . Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik pada perhubungan saya and Dia. Ianya seperti satu semangat and dorongan untuk saya to stand with this kind of relationship :) . Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kalian yang sentiasa mendoakan kebahagian saya dan my Sayang :) .

Saturday, January 15, 2011

1 Tahun Sudah Berlalu

Ya Allah! Ok ok sebelum tu nak cakap HAPPY 1st BIRTHDAY TO MY BLOG!!!!! Sekejap je masa berlalu. Dah setahun rupanya blog aku ni. Tiba-tiba teringat birthday blog after Isya' :) . Dalam tempoh setahun, banyak yang telah saya luahkan di blog ni. Semuanya merupakan luahan sendiri. Tapi saya ni tak pandai and tak tahu cara nak meluahkan secara mendalam apa yang saya rasa. Sebab tu kebanyakan post saya diwakili, oleh quotes, pictures, lagu-lagu, wisdoms, etc.

Blog ni saya buat untuk diri sendiri suka-suka je. Link blog pun saya tak publishkan kat FB. Sebab saya tak nak privasi saya diketahui. Kalau diketahui secara tak sengaja it's ok. Maksud diketahui secara tak sengaja tu, macam saya sendiri tak kenal pun siapa yang melawat/ visitors yang datang kat blog ni. Kira macam random search. And popp! Jumpa blog saya. Haaa macam tu lah maksud saya :) .

Banyak benda suka and tak berapa nak suka berlaku sepanjang setahun ni. Dan ada sesetengahnya saya share dengan kamu semua. If perasan, posts terdahulu dalam blog ni banyak menyatakan kekecewaan saya. Kesedihan saya. Siapa yang tau, taulah. But as days passed by, saya tried to move on and be positive. Ramai kawan-kawan yang sentiasa bersama and support saya when I was in hard times. Jiji, Farah, Fifi, Lina, Fatiha. Thanks so much guys for always listening to my stories. Thanks for lending me your ears. Thanks for making me believe in myself. Thanks for always support me. I owed all of you guys so much. Allah sila lindungi mereka :) . I hope all of you still beside me whenever I need you. Either in thin and thick times. And lately, most of the posts were about my happiness. Wahhhh asal happy terus speaking kau Nurul! Hahaha... :P . I hope happiness never leaves me and all.

Friday, November 26, 2010

Blur

Yesterday.

My Housemate : Zafi, kau dengan siapa sekarang ni?

ME : Hurmmm (keberatan nak jawab) .

My Housemate : Orang jauh ke?

ME : Aaa lebih kurang lah. Aku and mak aku selalu gak bincang pasal ni. Entah la. Just go with the flow.

My Housemate : Pernah jumpa ke?

ME : Urmmm tak lah. Sebab dia balik pun kejap je. Jadi belum berkesempatan lagi.

* Then terus saya tukar topic. Nanti makin banyak lak soalan tak senang duduk ditanya. Why lately ramai nak korek cerita pasal saya? * -.-


Today.

Jiji : Happy je ni.

Mimah : Muka bahagia. Tulis kat FB apa? ' Saya sayang SH saya ' . Hahaha

ME : Ya Allah budak niii!!!! (gagap jap nak cover apa!) . Mimah confirm jawab exam kang aku tersengih-sengih ingat kau cakap pasal ni.

After exam. Mimah cakap lagi hal ni.

Mimah : Wahhh sekarang dah banyak love la kat FB.

ME : Mana ada! Tiga je pun.

Mimah : Dah pandai jiwang-jiwang sekarang!

Ann : Waaahhhh Zafi! Senyap-senyap. Selamat menikmatinya! Aku doakan kau bahagia la ye.

ME : (Senyum. Blur nak cakap apa. Apsal blur tak habis-habis ni?) =________=

* Ann, terima kasih atas Doa tu. Semoga ianya menjadi kenyataan. Ameen. *

Friday, November 19, 2010

The Girlfriends 2















After 4 months, me and my girlfriends met up again!!!! This time we brought along the bodyguards. Hehehehe...But hey, just friends. Plus, they are taken okay! Thanks so much to Rahmat for the movie tickets. 7 tickets ya'all!!! And thanks so much to Farah too, for Pizza Hut! Wheeeww best gilaaa!!! Sebab saya tak keluarkan not even a cent pun pergi sana. Serious! Hanya beli top up je! Sebab nak bermesej dengan my sayang la! Ngee~

Mula-mula sampai dalam 11AM terus pergi Telok Cempedak for picnic! Photofreak kejap ditambah dengan bidikan Halifa yang terlebih artistik tu, then we headed to East Coast Mall. Tengok movie. Tajuknya Unstoppable! Memang terbaik la. Semalam ok premierenya! Ohhh ya, Chris Pine is damn hottt!!! Ha masa nak queue beli ticket, Rahmat lak tak ada, then Fifi called him. Dia boleh lak cakap, cepat sikit datang GSC ni. Duit mana?! Duit!! Hahahaha mintak duit yang penting! Rahmat nak tengok or tak movie tu lain cerita lah. :D

After that, pergi solat apa semua, and went to Pizza Hut. Dapat satu regular pizza! Sebab staff situ tersalah bagi pizza. Syukur Alhamdulillah! Rezeki kami! Around 6:45PM, kami pergi ke terminal, sebab Farah nak jumpa her bf for the veru first time! Well, this is all about FB people!

Ok sekarang saya dah mula teringatkan my sayang. Malas la nak type panjang-panjang. Lagipun nak packing stuffs. Kejap lagi mau balik Klang. Arrghhh Selasa ni final. Tapi satu habuk pun tak study lagi. =___________________________=. Layan je la those pictures ok! Tata.

Friday, October 8, 2010

Andrenaline

Semalam sementara tunggu nak buat presentation. Borak-borak with my friends pasal Dr.Angkasawan yang nak nikah tu. Then she asked me, Kau Zafi bila nak nikah? And my answer was, kalau ada orang ajak nikah, apa salahnya. Dah berkenan kan. Nikah je la. The she was like, woahhhh macam da ada calon niii!!!! And here my andrenaline rush non-stop..

Ayu : Eh boyfriend kau tu anak mat salleh tu kan? Siapa ye namanya? Haaa A***n!
ME : (pandang terkejut) Haaaaa kau ni mana tau namanyea?
Ayu : Alah dalam FS dulu bukan ke kau orang selalu berbalas komen and photo komen?
ME : Wehhh tu dah lama la. Setahun lebih punya cerita. Sekarang FS and FB dia pun aku tak ada.
Ayu : Eleh ye la tu. Habis tu tak kan lak tulis kat FB 'my love belongs to you?'

My roomate yang pernah tau pasal cerita ni terkejut and cakap; Ehhhh jadi ke Zafi? Tahniah!

Allah masa tu rasa sesak nafas and kena bagi jawapan yang diplomasi. Yelah tak kan nak cakap putus hubungan, sedangkan kami masih berhubungan kan? Jadi jawapan yang selamat saya cakap ialah, kalau dah memang ada jodoh kita orang, Insha Allah! ;)

Sunday, October 3, 2010

Kembara Ilmu

OCTOBER :)

Pejam celik pejam celik, dah bulan Oktober. Urmmm sebenarnya banyak jugak benda-benda best yang bakal berlaku dalam bulan ni. Tapi benda best yang happy la ye. Contohnya my daddy's birthday, my bro's engagement day, and OUR 'friendship' yang dah masuk tahun kedua. Pheewwww time is flying so fast. 2 tahun beb!

Urmmm semalam pergi KL. Konon-konon nak cari bahan untuk Perlembagaan Malaysia. So, saya and 3 kawan pergilah ke KL. Awal kami siap. Jam 7:55AM kami dah naik train. Sebab nak pergi ke library UKM. Senang, train dari TM-UKM. 2 jam perjalanan kami pun sampai lah. Then before masuk library Tun Sri Lanangnya tu, kami snap gambar bagai la ni. Ayu pulak call kawannya tak dapat-dapat. Janji nak tolong kami. Then I called my friend. Dia cakap, register je nama kat receiptionist. Kami pun cari lah mana tempat nya. Tak jumpa. One of my friend, try tanya kat students yang memang tengah penuh kat lobby library tu. Nak tau dia orang cakap apa? SABTU MINGGU PERTAMA LIBRARY NI TUTUP!!! YA ALLAH!! Ada jugak ye library macam ni. Library kat UPSI ni tak pernah pun tutup. Kecuali cuti umum. Grrr... Penat jalan jauh-jauh tau.

The we decided to go to National Library. Naik lagi train. Oh ya, kami semalam beli tiket train pergi-balik. Jadi bebas la nak naik train berapa kali and bila-bila masa je. Tapi untuk semalam je la tiket tu valid. Naik semula train dari UKM-KL Sentral. From KL Sentral kami tunjuk kan tiket tu kat guard yang duduk kat tepi-tepi scanner tu. Tau dia orang cakap apa? Huh bukan boleh percaya sangat budak-budak ni. Aku dah kerja 10 tahun. Entah ye entah tidak. HELLO! KALAU KAU DAH KERJA 10 TAHUN, TAK KAN TAK NAIK-NAIK PANGKAT? PRESTASI TAK BAGUS KE?? TAK MESRA PELANGGAN BETUL. KALAU ADA PETI KOMEN TU DAH LAMA AKU KOMEN KAU. BIAR KENA BUANG KERJA. SENANG. TAK PAYAH SUSAH-SUSAH NAK CAKAP BERAPA LAMA KAU KERJA SITU. PFFFTT =___________=. Kalau tak percaya kami beli tiket pergi-balik, call la kaunter komuter kat KTM.

Lastly, ada guard yang agaknya budak baru habis sekolah kot, lepaskan kami. Jadi, dari KL Sentral, we headed to Titiwangsa and naik bus Rapid KL bernombor, siap bagi nombor lagi ni, 114. Dah naik bus tu, drivernya pulak stop kan kami kat Balai Seni Lukis Negara. Agaknya dia confuse kot antara Library Negara and BSL Negara tu. Apa lagi, menapak la kami dalam 1KM lebih nak ke NL tu. Ha lupa nak cakap, dari UKM nak ke NL tu kami dah bazirkan masa 4 jam. Ye lah naik itu, naik ini, jalan kaki lagi, segala macam mak nenek lagi.

Cari-cari buku kat NL, tak jumpa. Tanya semua kawan-kawan, kami pun sepakat nak pergi cari kat bookstroes yang ada kat Jalan TAR. Ye Jalan TAR. Ingat banyak kedai-kedai baju je ke? Kedai buku pun ada lah. Dalam satu kedai tu kita orang jumpa yang berkaitan dengan tajuk. Tapi contoh kes. Bukan huraian tajuk besar kes kita orang. Dah la 4 pages. Kalau nak beli RM40 satu buku. Owner bookstore lak pandang macam lah kita orang ni tak ada duit nak beli. Kita orang buat-buat tak tau je. And siap baca lagi 4 pages tu. Hahahaaha. Tak apa lah. Dah dapat bayangan and huraian sikit-sikit jadilah.

Pukul berapa eh balik? Lupa pulak. Ha tapi after keluar dari bookstores, we went to KFC. Makan sikit then from Bandaraya naik komuter terus ke TM. Senang kan? Dalam 9:30PM sampai rumah. Oh yes! Semalam my ishq mesti lah message. Tapi lambat dalam 3 jam. Selalu macam tu. Hari ni sambung lagi. Weeee ;)

Tuesday, April 6, 2010

Art???


They are so hottttt!!! SALUTE!!!
We won this award.
My cra-zee and hot friends.

Hurmmm I dont know what to do since, I dont go to class. So I made up my mind to share with all of you these yummy pictures. Please take these meals. :)

Saturday, January 23, 2010

The Memoirs



Tiba-tiba teringat zaman sekolah masa form 4 and form 5. Dulu sekolah teknik. Konon lah kan ambil Kejuruteraan Awam. Tapi last-last ambil pendidikan pula. Tak pelah dah rezeki macam tu kan. Kalau tu yang terbaik kenapa mesti tolak. Masa tu jadi Kak Long. Dan 'adik-beradik' lain mak lain ayah pula LINA, HAJAR, dan WAN JU. Dia orang ni tinggi kot dari Zafi walaupun jadi Kak Long. Haih nak juga tinggi macam dia orang. Macam mana boleh dapat nama Kak Long? Sebab masa sekolah dulu ada program mentor-mentee. Dan dalam 10 orang tu entah macam mana Zafi juga lah yang paling awal lahir. Ecece 'paling awal' tak nak mengaku paling tua la tu.Hehehe.

Lina ni jadi my sleeping partner. Oppsss jangan fikir bukan-bukan ok. Sebelum tidur dia selalu baca doa tidur dan selawat apa semua lah. Bagus budak ni. * :P *. Tapi masalahnya, lepas tu mesti ajak bersembang.hahaha. Adoii mata masa tu dah la mengantuk. Ajak pula bersembang. Zafi yang dengar ni 'ye ye' je la. Kesian dia. Lina ni boleh tahan dengan perangai Zafi. Kalau tiba-tiba datang mood tak baik Zafi, dia cool je. Hah ingat Zafi ni selalu dalam mood baik ke? Bila ada masa yang tak kena tu memang habis lah semua orang. *Uishhh agak dahsyat*. :P

Macam tu juga kalau Zafi ada masalah, dia still akan tolong. Walaupun sekadar bermesej. Dan yang bagusnya dia akan bagi ayat-ayat (bukan ayat-ayat cinta okkay) untuk tenangkan hati. Pernah ada sekali tu call dia, nangis-nangis (Zafi lah yang nangis, bukan dia), masa tu suara dia macam risau. Ha lagi satu kalau orang lain dengar mesti ingat dia marah Zafi. Tapi tak lah. Memang dia jenis suara lantang. Dulu selalu juga dia datang tidur rumah Zafi, tapi since dia dah pindah ni dah lama dia tak datang rumah. *Wey bila nak tidur rumah aku?* Kalau dia bersembang dengan Mommy, memang tak ingat dunia lah. Banyak sangat yang dibualkan. Zafi pun tak tau apa yang dia orang bualkan. Okkay fine, anggap lah I tak ada kat situ.hehehe. Sekarang dia belajar dekat MIMET UNIKL. Ha yang ini masih lagi ada kaitan dengan engineering. Tapi dalam bidang berbeza la. Bukan Civil, Electrical, or Mechy Engineering tu.

*NORALINA ABD.LATIF nanti sila datang ke rumah saya ok kalau cuti*Lepas tu marilah kita sama-sama hang out* :)

Hajar pun sama juga. Ingat lagi masa nak SPM kita orang boleh melepak rumah warden dan tengok movie sama-sama. Sampai jam 2AM! Berlagak macam tak exam. Apa lagi masa jawab paper English For Science And Tech. tu memang kosong dan berlenggang je la. Tapi result A ok. Hajar pun selalu juga datang rumah. Kadang-kadang tu secara mengejut. Benci tau. Kalau masa tu Kak Long tak ada dekat rumah, dah tak boleh jumpa. Datang tak nak cakap. Paling terharu Hajar dan Amir sanggup datang dengan scooter,awww romantik, datang rumah. Sebab masa tu ada kenduri. Balik pula malam. Risau pun ye juga. Ye lah anak dara orang. Nasib baik Amir pandai jaga. Kalau tak memang nak kena sembur la Amir tu.ehehe.

Hajar pun sama banyak cakap macam Lina. Kalau datang rumah pun asyik bersembang dengan my emak saudara a.k.a Ibu. Tengok Zafi juga yang terpinggir. Haih kawan-kawan Zafi sudah jadi kawan-kawan Mommy dan Ibu pula. But it's ok as long as they know with whom I be friends with right? Orang cakap muka dia orang ni sama. Zafi tengok tak pun. Ye lah agaknya sebab dah selalu jumpa kan. Jadi ok je la. Dua-dua ni berkulit cerah. Okkay Zafi je gelap. :P

Hajar pun ambil engineering juga. Civil. Dulu belajar dekat Kuantan but now she's pursuing her study in Sabah. Jadi orang Sabah bha. ;). Nanti boleh design rumah untuk Kak Long. But with no payment ok? Ambil kesempatan ambil kesempatan.hehehe.

Ok last sekali Wan. Dia je lain jurusan dengan kami masa sekolah teknik dulu. Kami ambil Civil dia pula ambil Electrical. Macam mana boleh kenal? Ha masa tu dia tengah lagu then Zafi yang memang obsess dengar music ni pun saja lah datang dekat dengan dia. Masa tu Wan tengah baring-baring atas katil. Wan ajak dengar sekali lagu tu. Dan dengan muka yang agak tak malu * saja kecilkan tulisan sebab malu* hehehe Zafi pun dengar sekali. Then dari situ lah kami baik. Eventhough dalam familynya Wan ni bongsu tapi dia always act like she's the sister. Kadang-kadang dia layan Zafi macam Zafi ni adik pula. *Kak Long sangat bahagia*

Pernah sekali tu, tengah rushing then Wan tanya Kak Long nak pakai baju apa? Lepas tu terus dia iron baju untuk Zafi.
*touching* Thanks so much for that Wan. Kalau cuti Wan sanggup datang rumah Zafi then kami sama-sama keluar hang out. Biasanya kalau Wan dah nak balik, mesti Mommy dan Daddy suruh stay lagi 2-3 hari lagi. See how nice she is. Sampaikan ada request lagi dari my parents jangan bagi Wan balik. :). Now she's studying in Sabah. Sama macam Hajar. Tapi Wan dekat UMS. Oh dia tak ambil Electrical. Tak ada kaitan dengan Engineering. Zafi dan Wan je tak ambil Engineering macam Lina dan Hajar.

Hajar dan Wan kalau kami hang out mesti akan belanja. Awww siapa tak suka dibelanja angkat tangkat? Ha tengok semua tak angkat tangan. Dia orang dah tau Kak Long mereka ni suka
CHOCOLATE CAKE FUDGE!!!! Mereka ni sangat lah ambil berat kat Kak Long mereka ni. Allah terima kasih kerana 'hadiah' ini.

*THANKS TO ALL OF YOU. NO ONE CAN REPLACE ALL OF YOU. THANKS FOR ALL THE MOMENTS THAT WE SHARED, THE JOY, THE LAUGHS, THE TEARS, AND...argghhh I cant list it.* Please be my bestmaids ok? :). Tapi tak tahu lah bila.* *HUGS*

Friday, January 15, 2010

When I've Been Seduced By...

Wah tajuk macam gempar saja kan? Bukan apa pun sebenarnya. Betul. Oklah oklah kalau hendak tahu juga ceritanya macam ini...

Jiji : salam..fifi..
Zafi : wasalam.why ji?something bothered you? ( dalam hati agak cemas la.tiba-tiba saja jiji 'menerpa' dalam YM Zafi...ececeh..ok Zafi,sila sambung perbualan anda..)
Jiji : hari tu kau ada tanya macam mana nak buat blog kan..kau dah buat ke?
Zafi : belum...
Jiji : aku malam tadi saja-saja duduk godek-godek blog.aku dah buat blog. ( dapat dirasakan perasaan bangga Jiji di situ.hehehe..). Kau buat lah juga wey.
Zafi : alah tak tau nak tulis apa lah... (padahal dah terfikir pun mahu tulis apa.ceh..)
Jiji : buatlah wey.
Zafi : kau ni nak menggoda aku ke?
Jiji : hehehe.

Lepas fikir agak lama, tak lah lama mana pun, Zafi pun tergoda..auwww :) dan terbuka lah hati ( macam hendak pergi Mekah la pula ) untuk membuat blog ini. Sambil diajar oleh Jiji secara online. ONLINE ye. Sebab Jiji duduk di seberang sana. Chewah! Jadi inilah hasilnya. Terima kasih cinta, eh eh bukan-bukan, maksud Zafi, terima kasih Jiji atas sokongan, dorongan, dan tunjuk ajar mu ini. Sob sob sob. * Terharu *