Pages

Showing posts with label Festive. Show all posts
Showing posts with label Festive. Show all posts

Friday, April 22, 2011

Cinta Itu Pada Hati

CINTA itu seolah-olah mempunyai kuasa sakti. Lahirnya kehidupan insan dikatakan segalanya atas dasar cinta. Namun, cinta itu terkadang sangat rumit untuk diramal dan memang benar apabila falsafah menyebut, cinta itu buta.

Tatkala ghairah cinta sudah menyelinap dalam sukma, para pencinta sanggup berkorban jiwa dan raga. Jika dirayu untuk melastik bintang sekali pun, ia akan diredah tanpa keluh kesah. Betapa hebatnya kuasa cinta sehinggakan perbezaan darjat waima keturunan, protokol atau harta pun bukan penghalang untuk mendirikan istana bahagia.

Lihat saja riwayat cinta yang diulit antara pasangan yang berbeza martabat, antara putera raja dan wanita biasa. Ada yang kecundang di pertengahan jalan. Namun, tidak kurang pula legenda cinta mereka diingati berzaman lamanya.

Cinta antara dua darjat yang bertunas antara Raja Abdullah II dengan Rania Al Abdullah merupakan antara cinta teragung untuk diteladani. Rania sendiri barangkali tidak menyangka kehadirannya di sebuah majlis keraian pada tahun 1993 telah mengubah rentak hidupnya.

Hanya membalas senyuman seorang lelaki yang asyik memerhatikan gelagatnya yang canggung di celah-celah para aristokrat lain, telah menjadikannya seorang permaisuri di sebuah negara di Jordan.

Raja Abdullah telah menyunting Rania menjadi suri hidupnya hanya selepas 10 bulan mengenali hati budi masing-masing.

“Hidup ini penuh keajaiban dan bunga-bunga cinta telah menjadikan hidup saya semakin bermakna,” kata Rania yang kini berusia 41 tahun.

Permaisuri yang dikategorikan antara yang paling intelektual di dunia itu sangat disayangi rakyat jelatanya. Baginda juga sudah pun melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang permaisuri dengan melahirkan empat pewaris.

Daripada seorang pegawai pemasaran untuk syarikat perbankan Citibank dan Apple Inc, Rania mewakili angan-angan dan fantasi kebanyakan gadis yang sentiasa mengimpikan untuk dilamar oleh seorang putera raja.

Pesona wartawan janda

Cerita Rania berlainan dengan kisah cinta seorang wartawan penyiaran yang terkenal di Sepanyol. Letizia Ortiz Rocasolano, 39, menjangkakan hidupnya akan merana apabila bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang guru. Sangkaannya itu ternyata meleset.

Kemunculan Letizia yang membaca berita ekonomi bagi Spanish TV, telah menambat hati Putera Felipe yang merupakan pewaris takhta Austurians.

Apabila cinta sudah bertaut, Felipe sanggup melakukan apa saja termasuk menghubungi pemilik stesen berkenaan untuk mengatur pertemuan dengan wartawan itu. Letizia tergamam ketika bertentang mata dengan seorang putera kesayangan Sepanyol dalam satu majlis makan malam khas yang diaturkan untuknya.


RAJA HUSSEIN dari Jordan yang mengahwini rakyat biasa, Elizabeth Najeeb Halaby atau Puteri Noor.


Walau tampil bersahaja, pesona janda tersebut telah mencairkan hati putera berkenaan. Status wartawan penyiaran mewujudkan kebimbangan kepada institusi beraja di sana tetapi, bukan di hati Putera Felipe.

Ternyata, pengumuman pertunangan pasangan itu pada tahun 2003 mengejutkan dunia. Letizia dilaporkan diselubungi dengan pelbagai kontroversi.

Namun, Putera Felipe tidak mempedulikan segala tohmahan. Tanggal 22 Mei 2004, Letizia mengucapkan selamat tinggal kepada kariernya. Mereka disatukan dalam sebuah majlis gilang gemilang di Madrid. Kini, mereka dikurniakan dua puteri.

Terpaut dengan atlet

Bagi rakyat Monaco, adalah menjadi satu kehampaan apabila putera mereka, Putera Albert memilih rakyat biasa menjadi bakal permaisuri. Barangkali takdir sudah tertulis, Putera Albert tidak berupaya mencurahkan kasih dan sayangnya pada gadis yang sedarah dengannya.

Kelibat Charlene Wittstock yang merupakan perenang kelahiran Bulawayo, Zimbabwe, dalam keadaan tidak terurus dalam satu majlis sosial telah menawan hati Putera Albert.

“Saya memang buta tentang fesyen, saya masih ingat lagi, saya telah meminjam gaun berwarna hijau daripada seorang rakan. Kemudian saya warnakan kuku saya dengan warna merah, saya seperti pokok krismas ketika bertemu dengan seorang putera idaman ramai,” tutur Charlene, 33, ketika ditemu bual oleh wartawan.

Kemunculan sebegitu dipandang sebelah mata oleh sebilangan hadirin. Namun, pada mata Putera Albert, Charlene sungguh menawan.

Sungguh tidak disangka, kenyataan yang terpacul daripada mulut jaguh sukan renang itu tadi tidak semena-mena membuatkan rakyat Monaco jatuh cinta pada kerendahan hatinya.

Menyamar sebagai orang biasa

“Hidup saya bukan satu kisah dongeng, hidup saya sangat nyata.” Demikian kata Puteri Mary yang merupakan Puteri Mahkota Denmark yang menjadi inspirasi gadis-gadis yang cintakan fesyen.

Puteri Mary atau nama asalnya Mary Elizabeth Donaldson, 39, telah melalui momen-momen indah ketika berkenalan dengan Putera Frederik.

Seawal perkenalan mereka di sebuah bar di Sydney, pewaris empayar Denmark menyamar sebagai orang biasa. Putera itu hanya memperkenalkan dirinya sebagai Fred sahaja.

Putera Frederik dikatakan cuba menguji kesetiaan pegawai pemasaran itu. Sememangnya, cinta wanita kelahiran Scotland dan kemudian bermigrasi di Australia itu memang tegar.

Meskipun Mary seorang gadis biasa, sikapnya yang penuh santun sangat disenangi. Kesungguhannya mempelajari bahasa Denmark mengharukan rakyat negara itu. Mary yang dilabelkan sebagai individu yang berpengaruh dalam dunia fesyen dan sering dikaitkan dengan Puteri Diana Spencer kini sudah melahirkan dua puteri dan dua putera.

Cinta yang tewas

Sebelum Perang Dunia Pertama, cinta seorang putera perlu dicurahkan kepada seorang puteri saja. Namun, sejurus selepas era itu, putera-putera raja terus meroboh tembok peraturan itu.


GRACE KELLY meninggalkan gemerlap bintangnya di Hollywood untuk menjadi permaisuri Putera Rainer III di Monaco.


Ada yang bahagia, tidak kurang juga yang menderita. Paling teruk, ia terpalit dengan kematian.

Sophie Chotek misalnya, adalah legenda cinta malang zaman dulu kala. Wanita itu dikatakan tidak cukup baik kepada Archduke Franz Ferdinand, putera dari Austria-Hungary.

Walaupun telah melahirkan tiga cahaya mata, Sophie dilayan dengan begitu buruk. Walaupun menyandang gelaran Duchess of Hohenburg, beliau dihalang menjalani kehidupan seperti penghuni istana.

Pada alaf baru ini pula, laluan percintaan Puteri Diana dikatakan yang paling getir. Meskipun beliau dalam kalangan anak bangsawan, Diana dikatakan tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan kehidupan diraja. Beliau melalui detik sukar apabila suaminya, Putera Charles dikhabarkan mempunyai hubungan sulit dengan Camilla Parker Bowles.

Kehancuran jiwa Diana sudah tidak dapat dibendung dan akhirnya pasangan itu bercerai pada Ogos 1996. Setahun kemudian, wanita yang dilabelkan antara wanita teranggun di dunia itu mati dalam nahas kemalangan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan keluarga Charles.

Pada 29 April ini, anak sulung kesayangan Diana, Putera Williams mengulangi sejarah yang pernah diciptakan ibu bapanya. Williams memilih melangsungkan perkahwinan bukan dengan wanita berdarah kerabat. Beliau akan bersatu hati dengan anak seorang usahawan, Kate Middleton. Tidak seperti mendiang ibunya, Kate disayangi pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II.

Namun, ramalan astrologi terhadap kehidupan selepas perkahwinan mempelai itu agak menakutkan. Antaranya ialah Kate dikatakan sukar mendapatkan anak. Putera William pula dijangka akan mengalami satu kemalangan ngeri. Ramalan yang paling kritikal adalah pasangan itu akan bercerai semasa berumur 40-an. Persoalannya adakah ia akan benar-benar berlaku?

Namun, ramai menganggap kuasa cinta antara Kate dan William dapat mengatasi segala-galanya.


~ Cinta itu tidak kenal pangkat, harta, dan keturunan. Cinta itu terletak pada HATI. ~

~ Paling mengkagumkan saya, kisah cinta Raja Hussein dan anaknya Raja Abdullah yang jatuh cinta pada gadis biasa, namun tetap bahagia hingga akhirnya :) . ~

~ I'll take it as a motivation for me :) . ~


* Kredit to KOSMO! *

Friday, March 18, 2011

Saturday, January 15, 2011

1 Tahun Sudah Berlalu

Ya Allah! Ok ok sebelum tu nak cakap HAPPY 1st BIRTHDAY TO MY BLOG!!!!! Sekejap je masa berlalu. Dah setahun rupanya blog aku ni. Tiba-tiba teringat birthday blog after Isya' :) . Dalam tempoh setahun, banyak yang telah saya luahkan di blog ni. Semuanya merupakan luahan sendiri. Tapi saya ni tak pandai and tak tahu cara nak meluahkan secara mendalam apa yang saya rasa. Sebab tu kebanyakan post saya diwakili, oleh quotes, pictures, lagu-lagu, wisdoms, etc.

Blog ni saya buat untuk diri sendiri suka-suka je. Link blog pun saya tak publishkan kat FB. Sebab saya tak nak privasi saya diketahui. Kalau diketahui secara tak sengaja it's ok. Maksud diketahui secara tak sengaja tu, macam saya sendiri tak kenal pun siapa yang melawat/ visitors yang datang kat blog ni. Kira macam random search. And popp! Jumpa blog saya. Haaa macam tu lah maksud saya :) .

Banyak benda suka and tak berapa nak suka berlaku sepanjang setahun ni. Dan ada sesetengahnya saya share dengan kamu semua. If perasan, posts terdahulu dalam blog ni banyak menyatakan kekecewaan saya. Kesedihan saya. Siapa yang tau, taulah. But as days passed by, saya tried to move on and be positive. Ramai kawan-kawan yang sentiasa bersama and support saya when I was in hard times. Jiji, Farah, Fifi, Lina, Fatiha. Thanks so much guys for always listening to my stories. Thanks for lending me your ears. Thanks for making me believe in myself. Thanks for always support me. I owed all of you guys so much. Allah sila lindungi mereka :) . I hope all of you still beside me whenever I need you. Either in thin and thick times. And lately, most of the posts were about my happiness. Wahhhh asal happy terus speaking kau Nurul! Hahaha... :P . I hope happiness never leaves me and all.

Wednesday, November 17, 2010

Sacrifice




Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

  • Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
  • Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

    Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
  • Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

    Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)
  • Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

    Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".

Saturday, September 18, 2010

1-3

It's has been a week I don't blogging. Macam-macam jadi. But for sure, semuanya yang best-best. Beraya dengan dia paling best. Tapi since dia just cuti 1 week je, kami tak dapat berjumpa. Ye la mana taknya, selama 3 hari berturut-turut dia pergi melawat his relatives. 7Sept dia ke, Ipoh, 8Sept ke Terengganu, and then he went back to his mom's village in Melaka until 2nd of Eid. 3rd raya pulak dia dah balik to his place. But that's okay, we managed to celebrate the festive with our own ways. ;)

1st raya, saya pakai baju kurung Riau warna merah dari kain songket, while dia pula baju melayu warna ungu. His favourite color :). Then 2nd day of raya, I asked him to wear his blue baju melayu. And he did it!!!! I like it! Eventhough we are far away, but we still wore same color of baju raya. :). Haa haa lepas tu kan, saya cakap la, perghhhh mesti smart and hot pakai baju melayu and songkok tu. Dah macam nak nikah. Hahahaha. He replied, I'm looking siapa-siapa yang pakai baju color biru jugak. As my bride. Me! Me! Hahaha. So what are you waiting for? Come sit with me. Dah lenguh tangan bersalam dengan tetamu ni. Bhahaha kenja nok dua-dua ni di pagi raya ke-2. Then raya ke-2 tu kan hari Sabtu, so ada lah cerita Mohabbatein kat TV2 ( tak pasal-pasal TV2 dapat promo free from me :P ), kita orang pun tengok sama-sama. Tapi lain-lain tempat la. Me kat Pahang, while him pulak di Melaka. Dah namanya suka cerita Hindustan, nak tunggu dia reply my messages, huh bukan main lama. Nasib, masa tu saya pergi beraya kat rumah saudara, boleh jugak layan perut sambil tengok cerita tu. Pulak tu sempat dia text, Bohot Piyar Kartihu. Mana lah saya tau maksudnya kan? Jadi tanya lah Abah. Abah cakap, maksudnya I Love You So Much! Haaaaa ambil kau. Mestilah Abah dapat tangkap dengan siapa lah anak daranya yang seorang ni bermesej kan. Tapi buat-buat tak tau je. Faham-faham sendiri la ;)

Urmmm raya ketiga, dia kena balik 'tempat' dia. Sedih ouh. Since flight dia malam, jadi dapatlah mesej before he's boarding. Paling mengujakan, ( eceh ayat nak sedap je,hehehe ), dia cakap dia tak nak tukar baju. Nak balik 'sana' dengan baju melayu color coklat keemasan tu sekali.

Sepanjang seminggu dia balik Malaysia, hampir setiap hari jugak lah kita orang asyik bermesej. Dari pagi sampai tengah malam, then sambung esok paginya pulak. Want to know why? Sebab bila dia balik ke seberang laut, perbezaan waktu tu sangat jauh ouh. Almost 8 hours. Ha jadi kena lah pandai-pandai agak waktu bila boleh mesej and tak boleh kan. He told me, walapun cutinya sekejap, hanya 1 week, tapi sangat bermakna. Tak tanya la pulak bermakna yang macam mana. Lagi pun, dah setahun dia tak balik Malaysia. Mungkin bermakna sebab dia dapat jumpa his relatives kan.

Urmmm apa lagi ye? Mata dah mengantuk. Lain kali lah cerita lagi. Cheers!