Tiba-tiba teringat zaman sekolah masa form 4 and form 5. Dulu sekolah teknik. Konon lah kan ambil Kejuruteraan Awam. Tapi last-last ambil pendidikan pula. Tak pelah dah rezeki macam tu kan. Kalau tu yang terbaik kenapa mesti tolak. Masa tu jadi Kak Long. Dan 'adik-beradik' lain mak lain ayah pula LINA, HAJAR, dan WAN JU. Dia orang ni tinggi kot dari Zafi walaupun jadi Kak Long. Haih nak juga tinggi macam dia orang. Macam mana boleh dapat nama Kak Long? Sebab masa sekolah dulu ada program mentor-mentee. Dan dalam 10 orang tu entah macam mana Zafi juga lah yang paling awal lahir. Ecece 'paling awal' tak nak mengaku paling tua la tu.Hehehe.
Lina ni jadi my sleeping partner. Oppsss jangan fikir bukan-bukan ok. Sebelum tidur dia selalu baca doa tidur dan selawat apa semua lah. Bagus budak ni. * :P *. Tapi masalahnya, lepas tu mesti ajak bersembang.hahaha. Adoii mata masa tu dah la mengantuk. Ajak pula bersembang. Zafi yang dengar ni 'ye ye' je la. Kesian dia. Lina ni boleh tahan dengan perangai Zafi. Kalau tiba-tiba datang mood tak baik Zafi, dia cool je. Hah ingat Zafi ni selalu dalam mood baik ke? Bila ada masa yang tak kena tu memang habis lah semua orang. *Uishhh agak dahsyat*. :P
Macam tu juga kalau Zafi ada masalah, dia still akan tolong. Walaupun sekadar bermesej. Dan yang bagusnya dia akan bagi ayat-ayat (bukan ayat-ayat cinta okkay) untuk tenangkan hati. Pernah ada sekali tu call dia, nangis-nangis (Zafi lah yang nangis, bukan dia), masa tu suara dia macam risau. Ha lagi satu kalau orang lain dengar mesti ingat dia marah Zafi. Tapi tak lah. Memang dia jenis suara lantang. Dulu selalu juga dia datang tidur rumah Zafi, tapi since dia dah pindah ni dah lama dia tak datang rumah. *Wey bila nak tidur rumah aku?* Kalau dia bersembang dengan Mommy, memang tak ingat dunia lah. Banyak sangat yang dibualkan. Zafi pun tak tau apa yang dia orang bualkan. Okkay fine, anggap lah I tak ada kat situ.hehehe. Sekarang dia belajar dekat MIMET UNIKL. Ha yang ini masih lagi ada kaitan dengan engineering. Tapi dalam bidang berbeza la. Bukan Civil, Electrical, or Mechy Engineering tu.
*NORALINA ABD.LATIF nanti sila datang ke rumah saya ok kalau cuti*Lepas tu marilah kita sama-sama hang out* :)
Hajar pun sama juga. Ingat lagi masa nak SPM kita orang boleh melepak rumah warden dan tengok movie sama-sama. Sampai jam 2AM! Berlagak macam tak exam. Apa lagi masa jawab paper English For Science And Tech. tu memang kosong dan berlenggang je la. Tapi result A ok. Hajar pun selalu juga datang rumah. Kadang-kadang tu secara mengejut. Benci tau. Kalau masa tu Kak Long tak ada dekat rumah, dah tak boleh jumpa. Datang tak nak cakap. Paling terharu Hajar dan Amir sanggup datang dengan scooter,awww romantik, datang rumah. Sebab masa tu ada kenduri. Balik pula malam. Risau pun ye juga. Ye lah anak dara orang. Nasib baik Amir pandai jaga. Kalau tak memang nak kena sembur la Amir tu.ehehe.
Hajar pun sama banyak cakap macam Lina. Kalau datang rumah pun asyik bersembang dengan my emak saudara a.k.a Ibu. Tengok Zafi juga yang terpinggir. Haih kawan-kawan Zafi sudah jadi kawan-kawan Mommy dan Ibu pula. But it's ok as long as they know with whom I be friends with right? Orang cakap muka dia orang ni sama. Zafi tengok tak pun. Ye lah agaknya sebab dah selalu jumpa kan. Jadi ok je la. Dua-dua ni berkulit cerah. Okkay Zafi je gelap. :P
Hajar pun ambil engineering juga. Civil. Dulu belajar dekat Kuantan but now she's pursuing her study in Sabah. Jadi orang Sabah bha. ;). Nanti boleh design rumah untuk Kak Long. But with no payment ok? Ambil kesempatan ambil kesempatan.hehehe.
Ok last sekali Wan. Dia je lain jurusan dengan kami masa sekolah teknik dulu. Kami ambil Civil dia pula ambil Electrical. Macam mana boleh kenal? Ha masa tu dia tengah lagu then Zafi yang memang obsess dengar music ni pun saja lah datang dekat dengan dia. Masa tu Wan tengah baring-baring atas katil. Wan ajak dengar sekali lagu tu. Dan dengan muka yang agak tak malu * saja kecilkan tulisan sebab malu* hehehe Zafi pun dengar sekali. Then dari situ lah kami baik. Eventhough dalam familynya Wan ni bongsu tapi dia always act like she's the sister. Kadang-kadang dia layan Zafi macam Zafi ni adik pula. *Kak Long sangat bahagia*
Pernah sekali tu, tengah rushing then Wan tanya Kak Long nak pakai baju apa? Lepas tu terus dia iron baju untuk Zafi. *touching* Thanks so much for that Wan. Kalau cuti Wan sanggup datang rumah Zafi then kami sama-sama keluar hang out. Biasanya kalau Wan dah nak balik, mesti Mommy dan Daddy suruh stay lagi 2-3 hari lagi. See how nice she is. Sampaikan ada request lagi dari my parents jangan bagi Wan balik. :). Now she's studying in Sabah. Sama macam Hajar. Tapi Wan dekat UMS. Oh dia tak ambil Electrical. Tak ada kaitan dengan Engineering. Zafi dan Wan je tak ambil Engineering macam Lina dan Hajar.
Hajar dan Wan kalau kami hang out mesti akan belanja. Awww siapa tak suka dibelanja angkat tangkat? Ha tengok semua tak angkat tangan. Dia orang dah tau Kak Long mereka ni suka CHOCOLATE CAKE FUDGE!!!! Mereka ni sangat lah ambil berat kat Kak Long mereka ni. Allah terima kasih kerana 'hadiah' ini.
*THANKS TO ALL OF YOU. NO ONE CAN REPLACE ALL OF YOU. THANKS FOR ALL THE MOMENTS THAT WE SHARED, THE JOY, THE LAUGHS, THE TEARS, AND...argghhh I cant list it.* Please be my bestmaids ok? :). Tapi tak tahu lah bila.* *HUGS*
No comments:
Post a Comment