Pages

Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Farah Betul!

Farah, kau betul. Kadang-kadang dia tak sensitif. Selalu diam tiba-tiba. At least cakapla sebabnya. Aku yang dalam class pun boleh curi-curi reply message dia, ni dia tak kan bila nak charge hand phone pun sampai kena stop texting. 3 hours later baru lah sambung message. Tak kan dalam masa 5 minit pertama charge tu, tak boleh cakap, 'kejap-kejap, tengah charge HP. Later sambung'. If cakap macam tu, aku boleh lah faham and consider. Then dia bila tengok his favorite programs or whatsoever, pun akan diam tiba-tiba jugak. Bila dah habis programs tu baru akan balas message aku. Ouhhh memang geram lah =___= . Aku pun boleh buat macam tu jugak. Coz aku tengok JOZAN kat You-Tube tapi still boleh je balas message dia dengan cepat. Kau agak la kan Farah, kalau aku buat macam tu kat dia, apa yang dia akan rasa? Terasa hati? Kecik hati? Jauh hati?

If dia nak terasa hati and kecik hati kenapa lak kan? Masa dia buat macam tu kat aku dia ada consider tak feeling aku? Aku tak nak la create small problems ni. Tapi if asyik pendam je, makan dalam jugak la kan. Boleh sakit dada ni tahan perasaan yang bergelodak. Bila teringat je benda ni, mesti akan rasa 'terasa' yang amat. Kadang-kadang sakit kat dalam ni memang la tak nampak, tapi nak pulih tu, takes time :( . Nite everyone! Off to bed~

Friday, March 11, 2011

Meraban

SEMALAM ELOK-ELOK MOOD OKAY, TIBA-TIBA JADI SEBALIKNYA LAK.

MASUK BILIK BAGI SALAM, TAPI TAK JAWAB PUN.

AGAKNYA JAWAB DALAM HATI.

APA SALAHNYA 'SUARAKAN' ALAIKUMSALAM TU.

LEBIH BAIK BAGI SALAM BILA MASUK BILIK YANG MEMANG TAK DE ORANG.

HATI PUN TAK SAKIT.

HARI NI BALIK KLANG.

KENA BALIK SORANG-SORANG.

ADUHHH NERVOUS LA KENA SURVIVE NI.

YE LA DAH LA DENGAN MACAM ORANG LUARNYA. *TAKUT-TAKUT*

LAGI SEKALI, ASSIGNMENTS YANG MENGGUNUNG NI AKU K.I.V KAN.

WAKE UP ZAFIII!!!

-.-


Saturday, March 5, 2011

Terasa Lagi

Hati ni mudah sangat nak terasa. Dulu tak macam ni pun. Tak suka la. Asal lambat sikit, mula nak merajuk. Kadang-kadang tu, sampai meremang bulu roma sebab tahan perasaan tak nak bagi nangis. Kenapa susah sangat nak faham? Dulu aku boleh je pujuk hati sendiri, but now? Saja tak nak faham. Tapi dia tu. Pentingkan sangat dengan kerja waunya tu. Entah siapa yang nak sangat dia buat wau. Fikir la sikit, macam lah dia tu tak de kerja lain nak dibuat. Wau wau ni. Apa ni? Then ajak itu la, ini la. Lepas tu bila aku ada, kena tunggu lagi sementara dia buat kerja. If macam tu, baik tak payah ajak aku teman. Hati pun tak sakit.


Then, buat-buat tak tau je apa yang aku rasa. Tak kan nak kena cakap jugak tu semua? Nak je aku, once, buat-buat tak ambil tau pasal dia. Tapi...., hati ni tak kuat. Lepas tu mesti akan rasa bersalah. I shouldn't do that, I shouldn't do this. Bila aku lihat balik beza yang lepas, banyak sangat perbezaannya. Aku dulu seorang yang keras, bak kata Farah, antara batu and aku, batu tu lembut lagi, but now, aku jadi macam, hurmm ye lah. Selalu mengalah dengan dia. Sebab aku fikir, aku malas nak panjang-panjangkan cerita and malas buat masalah. Nanti lagi susah. Aku selalu la fikir what if la what if la. Banyak sangat negatifnya aku fikir. Tapi aku rasa elok jugak before aku nak merajuk aku fikir dulu, sebab antara emosional and rasional, mana yang akan bawak untung? Aku tak nak la jadi macam sesetengah perhubungan yang perempuannya selalu la ikut kata hati. That's so not me okay. Itu lah aku. Terasa hati macam mana pun, aku akan cover dari orang lain.



Tuesday, March 1, 2011

Welcoming March ;)

~ Baru perasan 14th February 2011 yang lepas, hari special kami dah 100 hari la ;) ~

~ But we are not celebrated the V Day and that 100 days thingy ;) ~

Sunday, February 27, 2011

Malas 2

~ I REACTIVATED MY FB ACCOUNT AFTER 3 DAYS ~

~ JUST CAME BACK FROM MY HOMETOWN ~

~ THESIS IS NOT IN A GOOD PROGRESS :I ~

~ YA RABB, PLEASE GIVE STRENGTH ~

~ I MISS HIM :( ~

~ NITE PEEPS ~

Wednesday, February 9, 2011

Si Merah Merah





Yes, saya memang takde kerja. Jadi upload je mana pics yang rasa best. Kalau kamu, kamu, and kamu rasa macam tak best, sila move to another entry :D . Masihhh!

Saturday, January 29, 2011

7777


Snap semalam.
Tak ada kerja.
Tengok nombor cantik, snap aje lah :P

Wednesday, January 19, 2011

7337



Nice numbers!
Lepas ni nak tengok nombor 7388 lak.
Hehehe.
Adalah sebabnya ;) .

Sunday, January 9, 2011

HT





Just Perfect!
~HANA TAJIMA~
I really adore her style. Nak pakai shawl macam tu. Tapi muka ni bulat sangat la! -.-

Wednesday, January 5, 2011

Aku Memang Tak Suka

Seriously I don't feel comfort when people ask me that question. Tak penting la benda tu. If penting sangat, ada je yang kurang dari korang dapat apply. Yes sometimes it help you. But hey come on la, setiap orang ada peluang kan. Jadi gunakan peluang and skill yang ada. Praktis kan apa yang ada dalam diri. Tak payah la tanya beria sangat. Sebab aku ni tak suka amik tau hal orang. Jadi if aku tak tanya korang, jangan la tanya soalan yang sama kat aku. Sebab bagi aku if orang tanya aku, aku rasa tak selesa then bayangkan if aku lak tanya dorang. Anggap je dorang akan rasa tak selesa jugak. Easy said, put yourself in my shoes and I'll do the same. Senang kan? Cuba jadi untuk jangan pedulikan orang bila tiba bab-bab macam tu. If korang nak sangat tanya, make sure la orang yang ditanya tu memang excited sakan akan menjawabnya jugak. Sama macam penanya. Baru ada geng. Sorang excited nak menanya sorang lagi excited nak menjawab. Ha berlawan la korang. Dalam case aku, aku malas la nak cakap banyak. If tau, tau lah. if tak, sudahhh!!! Bukan semua orang sama kan. Jadi korang cari lah yang satu habit dengan korang. LANTAK!

Tuesday, January 4, 2011

Semua Tanya

Tengok sepupu transfer pictures dia bertunang from my pendrive to her PC. Then nampak la symbol Skype. Adik saya cakap, " Ha kak, Jiela ada skype. Skype la dengan dia (Jiela) ". Saya balas, " Akak kan kurang ber-skype ni. Just on YM je. Tu pun sekadar on, tapi tak chatting sangat pun ". Then Jiela terus tanya, " Habis nak chat dengan boyfriend macam mana? " . Amekaw! Terus tercengang saya kat situ. Diam tak berkata-kata. Then Jiela cakap lagi, " Ye la mana tau kalo-kalo boyfriend duduk oversea ke " . Dalam hati, haih apsal macam tembak kena tepat je Jiela ni. Hahaha. Nak cakap she's in my FB friend's list tak pulak. Sebab saya ni if boleh, IF boleh la kan, tak nak la sepupu sepapat kaum kerabat tau aktiviti saya dalam FB. Hahaha. Bukan aktiviti tak elok tu. Ishhhh apa la fikir bukan-bukan. Maksud saya, aktiviti yang macam perasaan tak puas hati saya ke. Dengan kawan-kawan ke. Haaa banyak lagi la. Hehehe.

Then bila balik UPSI, housemates tanya dah bertunang ke? Haih bertunang pulak dahhh!!! Siapa buat cerita ni? Dia orang tanya sebab saya bawak bunga telur balik. Memang lah saya bawak bunga telur balik kat rumah 307 Kolej Za'ba UPSI ni, tapi tu bunga telur sempena pertunangan sepupu saya. Si Jiela tu la. =__________________________= . Doa kan je lah saya and my Sayang berjodohan antara satu sama lain. Ha masa tu, jangan tak datang lak majlis bertunang and pernikahan and persandingan saya sudah. Hahahaha kenja nokkk!!!!

Tuesday, December 28, 2010

Bila 2 Hari Tak Ber-entry

Haiyahhh!!! Dah genap dua hari tak berblog. If hari ni tak post apa-apa genap 3 hari. Nak tau apa yang saya buat sepanjang 2 hari ni. Hari Ahad (26th Dec 2010) yang lepas pergi outing, cuci-cuci kaki, eh bukan-bukan, cuci mata dengan Farah. Kami berdua je tuu!!! Usually akan ada 'mak tiri' and 'adik tiri', siapa lagi kalau bukan Fifi and Aida. Tapi since Fifi dah start semester baru and Aida lak kat kampungnya, jadi saya and Far keluar berdua je la. Paling tak percaya, kami main redah je semua jalan kat Kuantan tu. Ye la biasa-biasa if keluar tau masuk kereta terus tidur. Haaa ni amik kau! Kena perah otak betul nak ingat jalan and alert dengan papan tanda. Hahaha but we really had enjoy it. Masa sampai tu pergi East Coast Mall, terus tuju ke GSC. Tengok cerita yang best-best sikit. Tengok-tengok lists, eh Ngangkung ada lagi lahhh!!!! Terus bergegas ke kaunter nak beli. Padahal waktu tayangannya lagi sejam. Huh dalam tempoh sejam tu, pergilah Kak Farah Corner untuk melantak. Sounds weird? Actually it stands for KFC people!!!! Hahahaa! Tapi yang buat angin sekejap, punyalah lama beratur. Padahal kaunter bukak sampai 4! Haih. Makan pun dalam keadaan tergesa-gesa and macam nak tercekik. Agaknya orang sekeliling kami tengok pun, Ya Allah! Apahal dua orang perempuan makan gelojoh sangat?! Lantak lah! Pulak tu kami sempat lagi berjoyah and gelak sampai satu KFC tu dengar. Padahal baru makan berdua. Cuba kalau kami berempat or berlima? Kan ke nampak sangat tak senonohnya budak-budak zaman sekarang ni. Hehehe :P

Lepas je makan, terus naik ke level 3. Huh wayang tak start lagi. Kami lambat masuk panggung 6 minit je. It should be 1:20PM. Bila tengok cerita Ngangkung tu macam biasa lah, gelak tak sedar diri. Orang dalam panggung dah habis gelak, saya tak habis lagi. Terlebih energy! Dalam 3:00PM, keluar GSC, pergi solat apa semua and window shopping. Mula-mula nak beli kasut warna grey, tapi asal nak beli kasut mesti tak ada size. Pffttt. Jadi aktiviti window shoppinglah. Far ni sabar je ikut mana saya pergi. Last-last kami keluar ECM, and pergi Taman Teruntum! Woahhh dah 16 tahun tak pergi ke tempat tu. Masa tadika beb! Sah-sahla tak tau langsung kat mana tempat tu. Far cakap dekat dengan TC. Ok mission sekarang kena ingat jalan ke TC. Dalam blur-blur tu, kami sampai jugak ye! Far, your dream is fulfilled! Proud to me! Hehehe. Fuhhh ramai gak orang kat tempat ni. Ingatkan dah tak dapat sambutan mini zoo ni. Ngehehe. Siap bawak family and ada food court lagi. Kami pun apa lagi, berposing bagai la. Tapi sebab outing berdua, jadi nak snap bagai pun payah. Last-last, saya snap Far, Far snap saya dalam satu masa. Macam refleksi tu. Orang lalu-lalang pun pelik tengok. Laaa nak pelik kenapa kan? Kami bukan 'songsang' pun. Muahahaha. Hello, kami ni ala-ala Mak Datin yang keluar bila weekends, while husbands masing-masing kerja la. HAHAHAHA! KENJA NOKKK!!!!

Auuww cakap pasal ni, actually my Sayang pun outing jugak. Tapi dia bawak sekali la 2 orang anak saudaranya tu. Tak apa tak apa, coming soon kami keluar beramai-ramai lak. Hikhikhik. Dah sejam lebih kat mini zoo, kami pun gerak balik. Masa tu dah pukul 6 lebih jugak la. On the way balik, my Sayang texted me, ajak YM. OhMySayang! Saya tak sampai rumah lagi lah. Jadi can't YM. He's just ok. Sampai Maran dah Isyak, tapi tak terus balik rumah. Far belanja makan. Arghhh best betul! Tak sangka even though keluar berdua, kami berjoyah non-stop. Ehhh tapi bukan berjoyah pasal orang lain, tapi pasal kami berdua and our partners ayy ;) . Lepas makan, Far hantar balik. Then menonong je masuk kereta. Weyhh Far kemain ko ni! Tak nak salam apa dah. Far pun balas, aku sedih ni. Lepas ni aku drive sorang-sorang la. Tak de dah kawan dok sebelah aku. Alalala sedih pulak mendengarnya. Next time kita outing lagi babe! Can't wait!

Ha tu baru cerita pasal saya and Far. Semalam lak, lagi sekali pergi Beserah @ Kuantan. Tapi kali ni pulak sebab my cuzzy ada buat kenduri naik rumah. Seronok jugak la. Yang datangnya jiran-jiran and our relatives je. Letihhh!! Eceh macam la saya yang drive. Hehehehe. Sampai rumah dari Kuantan jam 12 midnight. Balik tu message-message dengan Far kejap, on FB, then tidur. Tidur lak nak dekat pukul 2:00AM. Tidur dengan baju kurung sekali. Malas nak mandi-mandi tengah malam. Basuh kaki and ZzZzZz. Pictures? No need la ya. Sebab nothing interesting pun. Huh panjangnya entry kali ni. Lenguh tangan dah ni. Ok la ciao! :D


Friday, December 24, 2010

Nak Beli Ibu Kunci Pun Sempat Berlawak

Location : Kedai Hardware
Time : Around 1:00 PM

Tengah hari tadi, Emak ajak saya temankan pergi kedai. Sebab nak beli ibu kunci. Then dah beli tu borak-boraklah dengan tokey kedai tu. Which is a Chinese woman. Tapi sangat fasih berbahasa and tak ada slang Cina pun kalau dia berbahasa ok.


Aunty : Anak awak lagi berapa lama belajar?

Emak : Setahun setengah lagi. Lepas tu mengajar. Mintak kat tempat Abah je la senang. Jimat sikit.

Aunty : Ishhh mana ada jimat. Dia ada duit sendiri kerja lah jauh sikit. Mintak lah kat Kuala Lumpur ke. Dapat abang yang baik-baik.

ME : ( Masa ni rasa nak gelak sakan. Hik hik hik. )

Emak kepada Aunty : Haaa dapat abang yang handsome-handsome.

ME : ( Tersenyum-senyum ).

Emak : Ishhh dia ni? Huh kat U tu berapa ribu lelaki tak ada pun yang berkenan.

Manalah tak ada yang berkenan Mak. Sebab U saya tu kan kurang lelaki. Then dalam kuantiti yang sikit tu mesti kena pilih yang berkualiti. Jadi tak nak berebut-rebut, saya pilih orang jauh je la. Boleh? Hehehehe ;) :D :P

Thursday, December 23, 2010

Kagum







I am very impressed with her beauty. I read about her in newspapers before. But I started to admire her beauty when she starred in Love Aaj Kal. I am very much impressed with her natural beauty. Real Indian beauty.


* Try regardless of how many word of 'beauty' I mentioned. Admire really huh? ;) *

Kabur-Kabur

Geram. Geram dengan diri sendiri. Alahai semalam kenapa la rasa malas nak YM. Padahal my Sayang dah ajak dah on YM. Bila dia cakap on, ingatkan on untuk message. Lagi lak, dia tengah get ready untuk outstation. So I bet mestilah dia tak on YM. Rupa-rupanya dia dah lama tunggu kat situ. Patutlah after message tu dia tak reply, maybe dia ingat saya akan reach him on YM. -.-

Misunderstanding. Tu lah kadang-kadang selalu sangat pakai cord itu cord ini. Bila datang time blur, semua cord lupa. Heeee. Geram. Geram. Geram. Agaknya semalam jadi blur sebab, tengah sedap-sedap tidur, lidah rasa perit and sakit. Lidah luka sebab apa tak tau. Almost seminggu jugak la pedih ni. Haaa ni mesti sebab hari-hari guna Listerine ni. Acid kan. Kumur lak hari-hari. Mengakis la jawabnya. Elok je terjaga dari tidur, sebab lidah buat hal, his message pun sampai. Mana tak blur. Huh Nurul Nurul. Cubalah alert sikit next time.

Nasib baik semalam before dia berangkat sempat jugak hantar message. If tak, memang complete la 2 days tak contact with each other. Hari ni cepat lah berlalu, so that saya and him dapat jumpa. Tapi bila dah esok, which is 24th December, maknanya lusa, 25th December, result akan keluar. Lagi nervous. Urmmm hopefully pointer tak turun. Tu satu hal, tajuk tesis tak fikir lagiiiii!!! Wake up Nurul!!!! Next week je ko nak balik U. Boleh lak buat-buat macam dah grad. Ko ni nak buat tesis apa nanti? Haih! =___________________________=

Friday, December 17, 2010

Wednesday, December 15, 2010

Love Allah and Definitely HE Will Love Us Back

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

Auwww!!!



Ahhh the word in this note made me melting :P :P :P . Wish I am that lucky lady ;) .

Tuesday, December 14, 2010

Merepek Lagi

Menguji lagi. Dah empat hari tak ber-YM dengan dia. Hari Ahad tu sebab, saya makan besar with family. As always makan ikan bakar. Then semalam pulak, dia pergi Damascus. Jumpa saudara-mara. And today..... coverage kat sana tak memuaskan lak. Pfffttt.

Esok tak tau la dapat online lagi ke tak. Because, Abah plan nak bawak kami tengok wayang. Hahaha. Abah siap booking ticket secara online lagi. Lagi hebat dari saya. If saya, dah pergi kat tempat kaunter tu baru tertengok-tengok movie apa yang best. Janji waktu siarannya tak lewat petang. Actually tayangan midnight pun bolehh!!! Heeee :D. Abah book ticket cerita Narnia. Unfortunately, I'm not into that movie. Kalau boleh nak tengok cerita Ngangkung ke, Hantu Kak/Mak Limah ke, haaaa yang kelako-kelako tu. Boleh saya gelak sampai sepuluh harakat! Gahahaha. Ok memang confirm Abah da book kan tickets nak tengok Narnia. Halllaaa kena teman la jugak walau tak berapa nak. =___________=

Esok nak pakai baju color putih, berbunga-bunga merah. Wowww hot ye. Brown skinny pants. Red bag and white-black polka dots shoes. Agak-agak ada orang nak mintak sign tak? Verangannn tak habis-habis kau ni Nurulll!!!! Ok banyak merepek. Esok-esok sambung lagi. Tata! :D