Pages

Tuesday, December 28, 2010

Bila 2 Hari Tak Ber-entry

Haiyahhh!!! Dah genap dua hari tak berblog. If hari ni tak post apa-apa genap 3 hari. Nak tau apa yang saya buat sepanjang 2 hari ni. Hari Ahad (26th Dec 2010) yang lepas pergi outing, cuci-cuci kaki, eh bukan-bukan, cuci mata dengan Farah. Kami berdua je tuu!!! Usually akan ada 'mak tiri' and 'adik tiri', siapa lagi kalau bukan Fifi and Aida. Tapi since Fifi dah start semester baru and Aida lak kat kampungnya, jadi saya and Far keluar berdua je la. Paling tak percaya, kami main redah je semua jalan kat Kuantan tu. Ye la biasa-biasa if keluar tau masuk kereta terus tidur. Haaa ni amik kau! Kena perah otak betul nak ingat jalan and alert dengan papan tanda. Hahaha but we really had enjoy it. Masa sampai tu pergi East Coast Mall, terus tuju ke GSC. Tengok cerita yang best-best sikit. Tengok-tengok lists, eh Ngangkung ada lagi lahhh!!!! Terus bergegas ke kaunter nak beli. Padahal waktu tayangannya lagi sejam. Huh dalam tempoh sejam tu, pergilah Kak Farah Corner untuk melantak. Sounds weird? Actually it stands for KFC people!!!! Hahahaa! Tapi yang buat angin sekejap, punyalah lama beratur. Padahal kaunter bukak sampai 4! Haih. Makan pun dalam keadaan tergesa-gesa and macam nak tercekik. Agaknya orang sekeliling kami tengok pun, Ya Allah! Apahal dua orang perempuan makan gelojoh sangat?! Lantak lah! Pulak tu kami sempat lagi berjoyah and gelak sampai satu KFC tu dengar. Padahal baru makan berdua. Cuba kalau kami berempat or berlima? Kan ke nampak sangat tak senonohnya budak-budak zaman sekarang ni. Hehehe :P

Lepas je makan, terus naik ke level 3. Huh wayang tak start lagi. Kami lambat masuk panggung 6 minit je. It should be 1:20PM. Bila tengok cerita Ngangkung tu macam biasa lah, gelak tak sedar diri. Orang dalam panggung dah habis gelak, saya tak habis lagi. Terlebih energy! Dalam 3:00PM, keluar GSC, pergi solat apa semua and window shopping. Mula-mula nak beli kasut warna grey, tapi asal nak beli kasut mesti tak ada size. Pffttt. Jadi aktiviti window shoppinglah. Far ni sabar je ikut mana saya pergi. Last-last kami keluar ECM, and pergi Taman Teruntum! Woahhh dah 16 tahun tak pergi ke tempat tu. Masa tadika beb! Sah-sahla tak tau langsung kat mana tempat tu. Far cakap dekat dengan TC. Ok mission sekarang kena ingat jalan ke TC. Dalam blur-blur tu, kami sampai jugak ye! Far, your dream is fulfilled! Proud to me! Hehehe. Fuhhh ramai gak orang kat tempat ni. Ingatkan dah tak dapat sambutan mini zoo ni. Ngehehe. Siap bawak family and ada food court lagi. Kami pun apa lagi, berposing bagai la. Tapi sebab outing berdua, jadi nak snap bagai pun payah. Last-last, saya snap Far, Far snap saya dalam satu masa. Macam refleksi tu. Orang lalu-lalang pun pelik tengok. Laaa nak pelik kenapa kan? Kami bukan 'songsang' pun. Muahahaha. Hello, kami ni ala-ala Mak Datin yang keluar bila weekends, while husbands masing-masing kerja la. HAHAHAHA! KENJA NOKKK!!!!

Auuww cakap pasal ni, actually my Sayang pun outing jugak. Tapi dia bawak sekali la 2 orang anak saudaranya tu. Tak apa tak apa, coming soon kami keluar beramai-ramai lak. Hikhikhik. Dah sejam lebih kat mini zoo, kami pun gerak balik. Masa tu dah pukul 6 lebih jugak la. On the way balik, my Sayang texted me, ajak YM. OhMySayang! Saya tak sampai rumah lagi lah. Jadi can't YM. He's just ok. Sampai Maran dah Isyak, tapi tak terus balik rumah. Far belanja makan. Arghhh best betul! Tak sangka even though keluar berdua, kami berjoyah non-stop. Ehhh tapi bukan berjoyah pasal orang lain, tapi pasal kami berdua and our partners ayy ;) . Lepas makan, Far hantar balik. Then menonong je masuk kereta. Weyhh Far kemain ko ni! Tak nak salam apa dah. Far pun balas, aku sedih ni. Lepas ni aku drive sorang-sorang la. Tak de dah kawan dok sebelah aku. Alalala sedih pulak mendengarnya. Next time kita outing lagi babe! Can't wait!

Ha tu baru cerita pasal saya and Far. Semalam lak, lagi sekali pergi Beserah @ Kuantan. Tapi kali ni pulak sebab my cuzzy ada buat kenduri naik rumah. Seronok jugak la. Yang datangnya jiran-jiran and our relatives je. Letihhh!! Eceh macam la saya yang drive. Hehehehe. Sampai rumah dari Kuantan jam 12 midnight. Balik tu message-message dengan Far kejap, on FB, then tidur. Tidur lak nak dekat pukul 2:00AM. Tidur dengan baju kurung sekali. Malas nak mandi-mandi tengah malam. Basuh kaki and ZzZzZz. Pictures? No need la ya. Sebab nothing interesting pun. Huh panjangnya entry kali ni. Lenguh tangan dah ni. Ok la ciao! :D


No comments:

Post a Comment