Kadang-kadang aku terkeliru mana satu harus ku pilih.
Aku memberi kau peluang tanpa kau sedar.
Kerana aku mahu kau sendiri mengerti dan membawa arah ini harus dituju kemana.
Percayalah tiap kali aku ingin bertanya akan hal itu, hati ini akan bergelodak.
Tuhan saja yang tahu bagaimana aku berperang dengan perasaan ini.
Hati ini.
Aku kasihan kan kau.
Tapi bagaimana dengan aku?
Lewat hari ini, ketika kau balik ke sini, diam-diam aku ingin 'melihat' kau.
Namun, hampa.
Kerana kau tidak memunculkan diri.
Aku fikir kau terlalu sibuk.
Cuti mu itu bukan untuk kita.
Bukan untuk perasaan ini.
Dan bukan untuk hati ini.
Cutimu sekadar untuk berada 'dekat' denganku.
Tapi keberanian mu itu terlihat 'jauh' dari yang aku bayangkan.
Yang aku impikan.
Yang aku harapkan.
Maaf andai aku telah membuatkan kau runsing.
Aku tidak berniat.
Tapi aku juga punya hak untuk bersuara akan hal ini.
Hati ini, aku mohon moga-moga masih lagi untuk kau.
Masih lagi milik kau.
Tidak berbelah bahagi.
Takkan ada ruang untuk orang lain.
Asal saja kau 'kuatkan' hati kau untuk aku dan untuk 'kita'.
* Crying. *
No comments:
Post a Comment