APAKAH ciri-ciri calon suami terbaik yang boleh membahagiakan diri wanita? Status diri, latar belakang pekerjaan atau paras rupa mungkin dijadikan kriteria utama sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman bujang.
Mengulas pemilihan calon suami terbaik kepada wanita, Pakar kaunseling Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Amat, berkata Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dalam surah Ar-Rijal di mana meletakkan empat syarat untuk lelaki andai mahu mencari calon isteri.
“Empat asas itu ialah keturunan, harta, wajah serta agamanya. Lantas Nabi SAW berkata, pilihlah agamanya kerana dengan keturunan ia boleh memisahkan kita daripada kebebasan, manakala kalau hartanya tidak kekal mana andai berlaku malapetaka.
“Apabila kita memilih paras rupa pula, apakah kita akan kekal menyayanginya apabila sudah beransur tua. Lantas, pilihlah agama kerana itu akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat,” katanya menterjemah hadis yang berkait rapat soal mencari jodoh pilihan.
Norazman berkata, biarpun hadis itu secara langsung ditujukan kepada lelaki yang ingin mencari jodoh, pada masa yang sama ia turut menjurus kepada penanda aras wanita dalam memilih calon suami yang berteraskan iman dan takwa.
Dalam mencari calon suami yang mampu memberi kebahagiaan hakiki serta memberi sinar kebahagiaan hidup bersama, seseorang wanita juga sepatutnya menilai diri sendiri, selain bersedia untuk menerima kekurangan insan bergelar lelaki.
“Sebagai manusia biasa, kita tidak bolehlah meletakkan sasaran hingga 100 peratus kriteria untuk calon suami idaman. Ini kerana tidak ada yang sempurna.
“Sebaiknya, jika dapat 50 peratus daripada ciri-ciri idaman sudah memadai asalkan ia boleh membahagiakan di kemudian hari,” katanya sambil menyarankan perlu ada persiapan diri yang mencukupi sebelum memulakan hidup berdua.
INFO: Calon suami baik
No comments:
Post a Comment