Pages

Friday, March 11, 2011

Haih Makin Tak Sabar! ;)

INFO: Rahsia 'Suami Mithali'

  • Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang.

  • Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil itu, otak suami kenalah memproses maklumat yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

  • Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias si isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

  • Jika mempunyai anak, sama-samalah menjaga anak. Ada suami, isteri sedang makan, disuruhnya basuh kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam Maharaja.

  • Jangan sesekali duduk tersandar depan TV atau goyang kaki sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

  • Jika suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Sedih hati isteri!

  • Jika hendak mengajak rakan bertandang ke rumah, beritahu isteri terlebih dulu. Jika boleh, sehari dua sebelum itu. Bolehlah dia mengemas rumah cantik-cantik dan menyediakan makanan yang enak. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak berselerak dan isteri cuma masak mi segera.

  • Jangan sekali-kali menyakat isteri mengenai saiz badannya yang semakin 'sihat' atau melidi. Cermin diri sendiri dulu!

  • Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu, kenapa boleh kawal kentut?


    Rahsia Rumah Tangga Bahagia

  • Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti melakukan kerja rumah bersama, makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

  • Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

  • Jaga mulut dan badan supaya tidak berbau bagi memastikan suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

  • Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

  • Tukar gaya penampilan untuk mengelakkan pasangan berasa jemu.

  • Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

  • Jika ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis ketika bercinta dan berbulan madu.

  • Suami perlu sentiasa kenang jasa dan susah payah isteri mengandung serta melahirkan anak.

  • Suami atau isteri jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

  • Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

  • Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

  • Jika ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

  • Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas; isteri bulan - cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

  • Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

  • Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya, sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
  • No comments:

    Post a Comment