Pages

Sunday, January 17, 2010

Peluang

Orang cakap peluang tak datang berkali-kali, tapi betul ke? Bagaimana kalau kita tak tahu yang hadir atau muncul di depan kita itu peluang? Lantas kita hanya membiarkannya berlalu pergi? Mungkin pada masa itu kita masih tercari-cari adakah itu peluang yang kita cari, betulkah keputusan kita apabila telah mendapat peluang itu? Jika kita memiliki peluang itu tidak mustahil bahawa hasilnya tidak seperti yang kita dambakan. Kerana pastinya kita mengharapkan peluang itu adalah sesuatu yang terbaik buat kita. Namun kadang-kadang peluang itu juga bisa berubah menjadi sebaliknya.

Tapi peluang juga ada tikanya hadir pada masa dan keadaan yang tidak tepat. Pada masa dan keadaan yang sudah berubah. Sedangkan kita terlalu mengharapkan peluang itu datang kepada kita. Menyesalkah kita jika membiarkan peluang itu berlalu pergi? Adakah kita menyedari peluang itu hanya setelah kita kehilangannya? Tapi bagaimana kalau kita tidak pernah kehilangannya? Kita hanya tidak punya keberanian untuk merebutnya. Peluang itu masih di situ. Menanti kita mengambilnya. Sedangkan kita masih terkeliru apa harus dilakukan. Patut merebut peluang itu atau ...? Arghhh...Keliru...

*nak tidur tapi otak masih tegar berfikir-fikir*sambil mendengar lagu Already Gone-Kelly Clarkson*

No comments:

Post a Comment