Pages

Wednesday, March 31, 2010

Our Celebration



Birthday girl ;)
Tu dia sikit punya banyak kami makan
Why it looks like Im bending myself? :P

Last Saturday me and my friends ; Suria, Surieanie, Zannah, and Ana, went out and had girl talk. We didnt plan to go out but, its ad hoc. Then I asked my friends why dont we buy cake and celebrate our birthday even its pretty late? And hell yeah, they agreed. So these are some pictures of us. Enjoy it!!!

Tuesday, March 30, 2010

ADB Stands for ???

I cant wait to go back home.
Because there's something waiting for me.
But at the same time it makes me quite scared.
Want to know why?

Daddy / Me : Through message : In Gender's Class

Tadi nampak another black car. Macam abang punya. Nombor plat ADB ****.
What do you up to? Want to buy it?
Hehehe saja nak collect black car. Hihihi. Your Mom suruh tengok tadi.
Haishhh kan baru je belikan untuk abang?
Yup. Tadi tengok macam ok juga.

Then my brother messaged me. Call me now. I just replied 'in class'.

Balik dari class terus call abang Zafi. Like I thought ni mesti ada kaitan dengan message Daddy ni. Abang cakap dia ikut je. Sebab Mommy cakap nak belikan untuk Zafi. Erkkk Im clueless. But Daddy didn't tell me that.

After class petang tadi Daddy called and told me that he and Mom already made a deal. Whewww after a month abang got his own 'black' and this month my parents got me another one. Mommy told me if I dont want it, then it will belong to Daddy. Its ok. Sebab Zafi jauh, nanti tak ada siapa pula nak guna. Let Daddy uses it.

Sunday, March 28, 2010

ME

Love was a former owner, but quiet is renting our house
It seizes my lips from speaking, but forms a sarcastic smile
Suspense now raised one of your eyebrowes
You ask me if there's someone else
I replied yes, hell yeah
You asked me if it's another man, I say no
You laughed and say is it a woman, I say yes
Surprisingly you asked me for honey's name

And her name is me,
And she loves me more than you'll ever know
And I finally see that loving you and loving me
Just don't seem to work at all
So patiently, she's waiting on me to tell you
That she needs love
And to choose between you two, boy you know
If I have to choose, I choose me

And she told me to tell you to never to hurt me again
Cuz if you haven't heard she's a bad chick
Even though I haven't been, no
Yet and still you try and test me by raisin' an angry hand
Put it down, put it down

I'm leavin don't try and stop me, (no)
I'm late and she is waiting, (yes)
My love for me is too much so I can't stay

And her name is me,
And she loves me more than you'll ever know
And I finally see that loving you and loving me
Just don't seem to work at all
So patiently, she's waiting on me to tell you
That she needs love
And to choose between you two, boy you know
If I have to choose, I choose

Cuz she's actually formin' a threesome
And I'm happy that I can join them, and
Their names are me, myself and I

And her name is me,
And she loves me more than you'll ever know
And I finally see that loving you and loving me
Just don't seem to work at all
So patiently, she's waiting on me to tell you
That she needs love
Gotta choose between you two, and you know if I had to choose
I'd choose me, me, I gotta go with me.

*Tamia - Me*

Saturday, March 27, 2010

Happy Birthday : You Are Always With Me

Entry kali ni istimewa sikit. Sebab khas untuk seseorang yang selalu ada bila Zafi memerlukannya. When Im in devastated, she always be there with me. Dia orang pertama yang tahu kisah Zafi dari mula sampai lah yang terjadi baru-baru ni.

Thanks ALLAH for giving me this opportunity to meet with this person. I dont know how we become friends. But one thing for sure, we become friends by chance. Then we started to share everything together. She knew 'our stories' and I knew hers.

When I got no where to go, I will run and look for her. With her, I told her everything. I cried with her. From the physical, you will never know that she has such a BIG HEART. Because she is small. Cute.

I hope one day she will meet THE RIGHT PERSON. Kalau siapa-siapa yang sakitkan dia, dua kali sakit I buat kat orang tu. Dah dapat yang macam ni punya baik, nak juga cari lain. Dont be silly man.

Kalau dia sakit ke pening ke, dia still akan layan Zafi merepek. Merepek tu maksudnya bila Zafi dalam masalah. Dia akan dengar and bagi sokongan. Menyusahkan betul lah Zafi ni.

Kepada NORAZIAH ARBIN terima kasih kerana sentiasa ada dengan aku sama ada dalam waktu gembira dan waktu sedih ku. Terima kasih kerana pinjamkan telinga untuk mendengar masalah aku. Terima kasih JIJI.

Friday, March 26, 2010

Kepada Mereka Aku Luahkan Segalanya 2

Farah Azreen. Ni seorang lagi kawan yang tahu pasal Zafi. Hari Khamis semua telah diluahkan pada Farah. Bukan main terkejut lagi dia. Zafi dapat dengar dia mengeluh dan tertanya-tanya kenapa 'dia' sanggup buat Zafi macam ni. Zafi tanya juga apa salah Zafi. Tapi Farah cakap bukan salah Zafi. Dia pun buntu juga.

Farah tertanya-tanya kenapa dengan dia tu. Apa masalah dia. Senang betul lupakan pasal semua ni. Zafi cakap mungkin ada kaitan dengan kesan 'big mission' nya tu. Sebab dulu kan dia pernah cakap dia rindukan dirinya yang dulu. Before and after his 'big mission', he totally changed. Ye lah sebab 'big mission'nya tu ada kaitan dengan nerves system. Mungkin terganggu di situ.

Semua Zafi cerita kat Farah. And as I thought, she so shocked when I told her about the girl. Dia cakap ermmm pilih #@#%$%& juga. Dia pelik kenapa dalam tak sampai 3 bulan dia boleh suka kat girl tu. Sedangkan Zafi dah kenal dia dalam setahun 5 bulan. Its not a short time. Me serious. Farah tanya lagi, cantik sangat ke girl tu, Zafi cakap biasa je. Tak berani nak cakap lebih, sebab takut benda tu kena pada Zafi pula.

Farah cakap most probably dia pilih the girl sebab #$^%&, and the second one sebab dia takut ditolak. Girl tu pernah luahkan perasaan pada dia, tapi dia just anggap girl tu as friend. But, tak sampai satu minggu everything changed. Pelik kan? Dulu pernah tolak girl tu. Tiba-tiba lain pula jadinya. Sebab #$%^&* ke? Most probably.

Sebelum ni, dia masih lagi teringat kat his former. Then mungkin dia takut kalau dia luahkan pada sebarang girl, dia akan ditolak. Farah cakap tak gentle langsung. Harap muka je handsome tapi nak cakap pun takut. Tak kan sebab girl tu 'propose' dia, dia terus terima? Zafi tak tahu. Im confused.

Noralina. Semalam pula, Lina called. Lina dengar semuanya. Lina pun pelik dengan 'dia' ni. Lina sependapat dengan Zafi, mungkin ni sedikit sebanyak ada kaitan dengan 'big mssion' tu. Dia macam dah lupa masa lalunya. Lepas tu pasal sunyi. Sebab lately, kami jarang berhubung. Nak berhubung macam mana, dia dah la guna dua nombor, tapi pakai satu handphone. Mana nak tahu bila masa dia guna nombor tu atau nombor ni. Kalau Zafi mula message pun, kadang-kadang dapat, kadang-kadang not delivered. Tak buka nombor lah tu.

And sebab dia pernah cakap tak ada FB, jadi tak kan nak juga pergi add dia. Walaupun Zafi tahu dia ada FB. Lagi lah kurang komunikasi antara kami. Mungkin masa tu, that (*&^%$ selalu berhubung dengan dia. Jadi dia rasa dekat. OH COME ON, THAT *&^%%$ NEVER KNEW THAT YOU ARE ALMOST LOST HOPE IN LIFE. 50-50. BEFORE YOUR BIG MISSION, WHO WERE ALWAYS BESIDES YOU? GIVE YOU SUPPORT? GIVE YOU HOPE? TRIED TO MAKE YOU HAPPY AND BELIEVE THAT YOU'LL BE ALRIGHT?

Bukan nak mengungkit, tapi tu kenyataan. Deal with it. Girl tu TAK PERNAH tahu yang 'dia' pernah harungi saat-saat getir dalam hidup. Aku yang terasanya. Sampai nak tidur pun tak lena. Semua serba tak kena. Tapi sebab family aku cuba untuk berpura-pura untuk senyum. Berlagak macam ok. Padahal risau sebab masa tu tak dapat berita lagi pasal dia. Dia tahu ke? Tak, dia tak tahu pun.

Apa yang aku buat selama ini, dia tak pernah perasan. Dia tak pernah 'rasa'. Tapi bila girl tu luahkan isi hatinya pada dia, dia cakap girl tu pandai treat dia. I just dont understand what is the fuss all about. Can you imagine, 1 year and 5 months, I have close my heart for other men because of him. Its not a short time. I have let go many men because of him. Dia tak perasan itu. Dia 'tak nampak' cara aku TREAT dia.

Mana salahnya aku? Komunikasi? Maybe. Tapi dah dia cakap dia tak ada FB, jadi Zafi buat-buat tak tahu je lah. Jadi dah kurang satu komunikasi kat situ. YM? Dia jarang online. Agaknya kalau online pun, dia akan invisible. Hanya bergantung pada message je. Tapi tu pun jarang juga. Sebab kadang-kadang dia akan aktifkan nombor lain. Ada ketikanya kalau Zafi message, not delivered lah. Tak pun, tiba-tiba dia tak balas. Is it my fault?

Ya ALLAH semoga suatu hari nanti, dia akan sedar dan mengakui kesilapannya padaku. Semoga hatinya kembali padaku. Ameen Ya Rabbal Alameen.

*Ketika enrty ini dihasilkan, lagu Geisha - Jika Cinta Dia sedang dimainkan*

Thursday, March 25, 2010

Book Fair

I went to International Book Fair yesterday. Went there with Su. Best. Besar and banyak sangat booths kat situ. Ada lah juga beli 3 buah buku. Tajuknya Mr.Perfect, and the others two about Islam.

Pergi sana ada pula kisah kelakar nya. There's a salesperson boleh tegur pipi Zafi ni. Dia cakap bila senyum bulat macam telur, lepas tu sibuk bilang tahi lalat. Siap tanya lagi, selalu cakap benda baik ke tak? Zafi jawab dua-dua. Kalau benda baik macam tipu pula kan. Tapi bila datang saat geram tu, terlepas juga cakap. Ha lagi satu tegur pasal bulu tangan ni pula. Come on lah weyh. Masa tu Zafi pakai long-sleeves tapi bukan lah baik sangat sampai nak pakai hand-socks. Dah genetik macam tu. So deal with it.

Then came a woman, she said, I have a problem. And yes. Betul masa tu Zafi memang ada problem. Alah pasal kisah sebelum ni lah. Tapi Zafi macam terkejut lah, sebab dia tengok Zafi then terus boleh teka pasal keadaan Zafi. Boleh bayang tak orang tu tak kenal kita, tapi tiba-tiba boleh teka dengan tepat kondisi ini. Almost crying. :P

Lepas tu, minta diri nak pergi tengok booths yang lain pula. Dalam 3PM kami keluar dari PWTC tu. Rasa berat hati nak tinggalkan PWTC, sebab seronok ada dalam tu. Kalau bawa adik-adik lagi best.

Dalam 4PM pergi Masjid Jamek, untuk solat Zohor dan Asar. Ha lepas tu apa lagi, merealisasikan impian Su. Pergi cuci mata lah. Tengok apa yang ada dijual kat Jalan Masjid Jamek tu. Tak lah banyak sangat kedainya. Barang-barangnya pula hampir sama saja. Shawls, handbags, brooches, and so on. Its common thing. Tak beli apa-apa pun. Nothing interesting.

530PM bertolak pulang. Sampai Tanjong Malim, pergi makan kat Pizza Hut. Teringin lah. Sudah lama tak makan kat Pizza Hut.

Kepada Mereka Aku Luahkan Segalanya

- Akak, I tengok hati akak dah keras macam batu dah sekarang ni. Tapi I faham perasaan akak, dia telah mainkan perasaan akak. Akak nak saya terus mendoakan dia atau tak?

* Yup. Memang pun macam batu. Kawan akak pun cakap macam tu. Its really hurt. Sakit. Adik doakan kan je semoga ALLAH tabahkan and kuatkan hati akak dalam keadaan sekarang. And buat dia pula, semoga satu hari nanti, dia sedar kesilapan yang telah dia lakukan pada akak. Semoga dia datang and mengakui kesilapannya walau dengan apa cara pun. Dia menangis ke apa ke. Tak kisah.

- Akak, I pun dah makin benci kat dia. Masa nak type word 'adik' pun rasa macam nak muntah. Sebab dia bukan abang I, cukuplah Abang Ain seorang jadi abang.

* Jangan adik. Buat macam biasa je. Jangan nampak kan sangat kedinginan tu. Kalau dia message nanti, buat macam biasa. Dan dia memang bukan abang kita, Abang Ain lah abang kita.

Messages between me and my youngerst sister. See how matured she is.

- Ishhh luku juga kepala dia ni. How dare dia buat macam tu. Siasat dulu wey.

* Aku tak tahu lah Ji. Nak siasat? Everything is clear. Memang betul pun. :(

- Dia ni mainkan perasaan kau pula. Berkata-kata bukan main lagi. Tapi sebaliknya pula. Tak tahu lah dia ni. Aku rasa kau dah memang banyak sangat makan hati dengan dia ni. Tapi dia... haih geram eden.

* Tu lah. Aku pun confuse. Aku ingat lagi message yang dia sent dalam Arabic tu. Memang pun banyak makan hati. Susah and sakit. Thanks Ji sebab turut terasa apa yang aku rasa. Aku ni menyusahkan kau pula.

- Huh macam mana dia orang boleh kenal. Cepat sangat declarenya. Walhal kau dah lama kenal dia dulu. Erm $%^&*( juga yang dia nak. Yelah, lelaki suka sakitkan hati girls. Sesetengahnya lah. Bukan semua. Ni yang aku malas ni.

* Aku tak tahu lah macam mana dia orang boleh kenal. Dalam FB lah. Rasanya dia orang beru kenal dalam 3 bulan. Mungkin sebab #@#$%%^ tu kot.

- Kalau ikut aku, tak payah wish birthday dia. Tandanya macam merajuk lah. Nanti dia mesti tertanya-tanya. Kalau aku lah. Tapi jangan lah ikut cakap aku. Ikut kata hati kau.

* Tapi dulu dia wish birthday aku. Nanti cakap tak balas pula. ( Orang dah sakitkan hati Zafi, tapi still fikirkan lagi pasal perasaan orang). Tapi aku still nak minta pendapat kau. Sebab dalam keadaan macam ni, aku takut kalau buat keputusan terburu-buru, lain pula jadinya.

- Why not kali ni kau jangan fikir pasal dia orang? Erm aku ni tak layak nak nasihat kau. Takut nanti makin teruk pula. Haih..how come dia ni. Mak ayah kau tahu tak?

* Entah lah Ji. Mereka tak tahu lagi. Tunggu aku balik cuti nanti lah aku bagitahu.

- Macam mana eh Zafi. Kalau aku just let him go. Tapi mungkin kau berat sikit nak buat kan.

* Aku pun rasa macam tu. Tapi bukan senang. It takes time.

Messages between me and Jiji. Thanks JIJI for always lending me your ears and support me.

Monday, March 22, 2010

Happy Birthday : I Lost The Battle

I lost the battle. Nothing is left. It's over and done. Very clear. I tried to be strong and try to forget him. Thanks so much to my two younger sisters who are willing to tell me the truth. Even its really hurt me so bad. You dont know how I feel. Because you are not in my shoes.

All this time we are very close, even we are so far. The distance its not the major problem for us, but in a few months, around 3 months to be exact, something popped out. It's like a bomb. You never know what will happen in the future.

Although I told myself to accept all the possibilities that might happen, but it still made me shocked. I tried to figure out what and where it wrong, either from me or someone else? But I failed. Failed. I have tried. I really have tried.

And Im not crying. First I had remind myself if anything happen, dont cry. Because it looks stupid. Cry over the particular thing. And I did it. Eventhough my heart broke into pieces, but not the single tear come out. I dont want pampered myself for crying over such thing. There are to many things to do than to cry. Things will not change.

Second, what will I get if I keep crying? Because every single thing happened for a reason. I might not know the reason for now, but if ALLAH wants show the truth, HE will. And at that time, HE might send me the better, the perfect, and the one for me. * THANK YOU SO MUCH TO JIJI BECAUSE REMIND ME THAT *. I almost forget about it. <3 you.

Im tired of thinking why is he chooses that girl. O ALLAH please show me the truth. If he's the one for me Im very thankful to you. But if he not the one for me, please help me to face this hard time. I wish our relationship will not end like that even we are not mean to be together.

Today is his birthday. But I will wish him around 730AM-800AM later. This is because he is not here. So its depend the time over there.

For my Mommy and Daddy. I will explain them later. What left now is memory. Hope the memory will last forever in his heart. Thank you so much for coming into my life. Thanks for the great and also the bad times that we shared. Just go on with your own way and I will go with mine. If one day you are lost, got no where to run, I'm always here. To help you as your emergency exit.

You are always in my heart and my pray. I hope our bond is still strong, eventhough we are in the different situation now. THANK YOU FOR EVERYTHING.

Sunday, March 21, 2010

HAPPY MOTHER'S DAY :I DONT WANT SOMEONE ELSE, I WANT HER


This post is DEDICATED TO THE PERSON WHO IS : THE LIGHT WHEN I'M IN THE DARK, THE SONG WHEN I'M FORGET HOW TO SING, THE STAR WHO ALWAYS SHINING MY LIFE, and THE PERSON WHO IS ALWAYS BE THERE FOR ME NO MATTER THE SITUATION I AM. SHE IS NONE OTHER THAN : MY BELOVED AND BLESSED MOMMY - RAHMAH BINTI ALYASAK.

* THANK YOU FOR BROUGHT ME TO THIS WORLD.
* THANK YOU FOR WILLING TO SPEND YOUR TIME TO TAKE CARE OF ME AND SIBLINGS WHEN DADDY'S WAS AWAY FROM US.
* THANK YOU FOR YOUR PATIENCE. YOU SENT ME AND SIBLINGS WENT TO SCHOOL. ON FOOT. BECAUSE OUR HOME IS NEAR THE SCHOOL.
* THANK YOU FOR ALWAYS STAND WITH OUR ATTITUDE.
* THANK YOU FOR ALWAYS FULLFIL OUR DEMANDS.
* THANK YOU FOR YOUR ADVICES ABOUT EVERYTHING : EITHER IN LIFE OR LOVE.
* THANK YOU FOR WILLING TO HEAR ME AND 'HIS' STORY.
* THANK YOU FOR WILLING TO KNOW MY CLOSE FRIENDS.
* THANK YOU FOR LETTING ME BE FRIENDS WITH THEM. AS LONG AS THEY ARE GOOD ENOUGH FOR ME.


Tears please stay in eyes. Or else, I cant type this post. * Take a deep breath *.

Allah dah bagi Zafi seorang emak yang sangat penyayang, yang sangat baik, yang sentiasa menjaga rumahtangganya, suaminya, dan adik-beradik Zafi. Allah tolong panjangkan usia Mommy. I cant imagine how my life is going to be if you take her before me. Aku rela kalau nyawa aku ditarik sebelum emak. * Air mata tolonglah berhenti keluar *. Tapi izinkan aku bahagiakan Mommy and family. Izinkan aku balas jasa mereka. Izinkan aku jaga mereka sebagaimana Mommy and Daddy jaga aku.

Terlalu banyak yang baik pasal Mommy. Tidak terucap dalam blog ini. Masa kecil-kecil dulu, Mommy akan hantar Zafi dan abang ke sekolah. Jalan kaki. Walaupun Mommy pandai drive kereta. Sebab dekat je dengan sekolah. Tapi Mommy tak pernah merungut. Dua tahun Daddy left us to further his study in The UK dan selama tu juga lah Mommy menjaga kami.

Masa tu kami tiga beradik je. Daddy pergi UK selepas 6 bulan adik Zafi lahir. Mommy tak nak ikut Daddy pergi UK sebab masa tu adik kecil lagi. Tambahan pula masa pregnant kan adik Zafi tu, Mommy ada darah tinggi. Jadi Mommy fikir nanti susah pula and tiada orang yang akan jaga Mommy. Sekarang pun adik Zafi tu dah berumur 17 tahun.

Bayangkan selama dua tahun berjauhan, tidak mudah untuk Mommy and Daddy berjauhan. Tapi Daddy kerap balik. Bila cuti je, Daddy akan balik. Pernah sekali tu, Daddy cakap dia tak dapat balik, tapi tup tup masa kami tengah makan malam, muncul Daddy depan pintu. Daddy cakap tak kan lah Daddy tak balik walaupun cuti sekejap. Masa tu Zafi macam freeze kat meja makan. Terkelip-kelip mata. Tak sangka Daddy balik. Biasanya kalau Daddy balik, Daddy lah yang akan ganti Mommy hantar Zafi and abang ke sekolah. Mommy pula akan 'berehat'. :)

Mommy jenis yang tak boleh duduk diam. Walaupun tak kerja tapi Mommy ramai kawan. Pernah sekali ada kenalan Mommy nak hantar Mommy pergi kursus untuk jadi kontraktor, tapi Mommy tolak. Mommy cakap, nanti Mommy tahu Mommy akan busy, siapa nak jaga makan pakai Daddy and adik-adik? Tersentuh Zafi. Dapatkah Zafi jadi isteri sebaik Mommy kepada suami Zafi nanti?

Bangun pagi Mommy akan siapkan adik-adik Zafi nak pergi sekolah. Adik-adik Zafi walaupun dah besar, 17 and 13 tahun, tapi baju sekolah still Mommy yang iron kan. Kadang-kadang Zafi bising juga, biarlah mereka iron sendiri, tapi Mommy cakap tak apa lah. Dia orang nak buat kerja sekolah. Macam tu juga kalau nak air, si bongsu tu mesti minta tolong Mommy buatkan. Zafi cakap kat adik-adik Zafi, biasakan diri dengan perkataan 'tolong' sebab tu menandakan kita minta pertolongan bukannya memberi arahan. Nasib baik mereka dengar kata. Kalau tak, Zafi cakap, jangan buat kan dia orang air atau apa-apa saja lah.

Oh ya lupa nak mention, umur Mommy bakal 52 tahun, tahun ni. Tapi Mommy still aktif. Selalu pergi meeting club, and ikut lawatan. Malam-malam pula, Mommy temankan Daddy pergi lecture kat UiTM. You people tell me, ada siapa-siapa sanggup temankan husbandnya pergi lecture? Tunggu dalam kereta lagi. Dalam seminggu 3 kali Daddy pergi lecture and 3 kali juga lah Mommy temankan Daddy. Balik rumah almost 11PM. Lepas tu bila dah sampai rumah, Mommy akan sambung tugasnya pula, basuh kain baju, iron baju Daddy and adik-adik, haaa and must thing she will do is massage Daddy. I wish I can be like Mommy who is always put her family first before everything else. I wish I could be as cool as you. ;).. Nyanyi pula.


HAPPY MOTHER'S DAY MOMMY!!!


Saturday, March 20, 2010

But...No Buts...

* Voice record tak buat lagi.
* Nak surprise kan apa kat dia tak tahu lagi.
* Dah hampir dua bulan tak bagi-bagi lagi my recorded voice kat dia.
* Lama ouh.
* Rasa suara jadi lain kalau record and tak record.
* Kalau record macam tak natural je. Lagi kasar ada.
* Ha kalau record nak cakap apa ye?
* Adoii pening-pening.
* Fikir-fikir macam nak bagi dia more than two recorded voices.
* As a redeem due to my mistake.
* Lambat send record tu.
* Nak cakap apa ni? Arrghhh.
* I hate making promise.
* Because I dont know either I can fullfil it or not.
* I have to rush, record and send it.
* Easy right?
* But....no buts.
* MUST do it.
* Oh idea come to me now.
* NOW.
* So that I can record 'you' = the idea.
* Counting how many days left.
* Errrkkk 3 more days left?
* Help meee!!!!!

Cemas Cemas

Cemas cemas. Tadi ada friend request dalam FB la. And as always I'll go through his or her FB before accept the request. But this time, yang nak add Zafi ni tak ada pula mutual friends. It's strange.

Tapi sebab nak tahu juga, Zafi pun accept la request that boy. Bila dah approved tu, FB the boy tu langsung tak ada kawan. Maknanya Zafi lah his 1st friend in the list. His picture pun tak ada. His profile picture pun still fresh lagi. Bukan terbaik dari ladang ke sebab fresh tu, tapi baru je upload tak sampai sejam. Lagi Zafi pelik.

I just... dont know. Im confused. The boy yang add Zafi ni kenal Zafi ke. Ok lah namanya Ali. Nanti keliru la kalau cerita tak ada state nama kan. Baru buat FB then add Zafi as his friend. Umur pun sama. Tapi Ali punya tarikh lahir sama macam hari Krismas.

Ali ni ada link dengan siapa-siapa ke? Sebab kan before this adik angkat 'dia' tu buat FB then terus add Zafi. Tu lah yang lagi buat Zafi syak. Haiishhh prejudis betul Zafi ni.

Haaa lepas tu, masa pergi kat FB kawan tadi, Zafi tersentap kejap. Erkkk lama sebenarnya. Tersentap campur dengan dada nak kebaboom. Coz I've found someone name. Macam nama dia. In another FB. Lagi buat Zafi tak senang duduk bila tengok location and his birthday. Location lebih kurang macam kat kampung halaman dia lah, and D.O.B lak 23!!! Haih tapi bila Zafi try to calm down, oh bukan. 23 hari bulan August. Lain bulannya. Fuhh nasib baik.

Then baru lah Zafi tengok picture anonymous tu. Then once again, not him. Bukan bukan. Orang lain. Hadoiii cemas cemas.

Friday, March 19, 2010

Am I Look Like Her?

Pagi tadi masa tengah iron baju Zafi asyik terfikir je pasal arwah moyang Zafi. Zafi tak pernah jumpa. Tapi kadang-kadang Zafi selalu membayangkan macam mana lah wajah arwah moyang. Bukan setakat Zafi je. Daddy pun tak pernah jumpa arwah moyang tu. Kiranya arwah nenek Daddy la.

Masa balik Klang sempena CNY hari tu, one of my aunty cakap muka Zafi macam muka arwah moyang!!! Sumpah Zafi rasa terkejut. Macam ni ke muka arwah moyang?

Ceritanya begini, Mommy suruh Zafi tunjukkan pictures kahwin Jana yang Zafi save dalam lappy ni. Then bila dah habis tunjuk tu, Mommy cakap, tunjuk lah pula pictures masa Zafi kat Uni. So I had showed them all the pictures. Masa ni lah aunty cakap muka Zafi macam arwah Cik. Aunty panggil arwah moyang and arwah nenek Zafi dengan panggilan Cik. Lebih kurang macam Encik lah.

Bila aunty cakap macam tu terus Zafi pandang Mommy. Zafi tanya betul ke? Mommy cakap Mommy pun tak pernah jumpa arwah moyang. Daddy pun sama. Lagipun Daddy anak bongsu. 'Terlambat' la juga. Muka Mommy terkejut juga. Sebab tak tahu pun selama ni pasal hal ni.

Aunty cakap, arwah moyang dulu cantik, kalau sanggul rambut tu tinggi-tinggi. Muka macam Arab. Arwah moyang sentiasa nampak cantik dan kemas. Masa dengar tu Zafi rasa macam kagum. Sebab tak sangka arwah moyang cantik. Lagi-lagi bila aunty cakap sampai ke tua arwah moyang bergaya. * But please, Zafi tak maksudkan yang Zafi ni cantik macam arwah moyang. She's way to pretty and beautiful than me. I'm just ordinary girl. *

Zafi tanya arwah moyang nama Sharifah ke? Aunty cakap tak pasti lah pula. Ye lah orang dulu-dulu kan tak hiraukan sangat nama penuh apa. Panggil nama manja je. Aunty pun sempat tengok arwah moyang tak lama. Sebab masa tu aunty kecil lagi and arwah moyang pula dah tak berapa muda.

Aunty cakap cuba tengok muka Daddy. Hidung mancung Daddy tu macam arwah moyang juga. Patutlah Zafi rasa Zafi macam lain sikit dari family Zafi. Sebab adik-beradik Zafi semua rambut lurus. Tapi rambut Zafi ikal mayang. Ikut siapa? Arwah moyang. Sebelum ni Zafi memang pernah dengar, dalam satu family tu mesti akan ada yang lain sikit. Akan ikut keturunannya yang dulu-dulu. Tak tahu lah boleh percaya sepenuhnya atau tak. Maybe yes maybe not.

Wednesday, March 17, 2010

Empty Soul

Ok mari kita mulakan sesi merepek kita pada kali ini. Rasanya dah berapa hari tak post entry. Sebab apa? Yeah tepat sekali, sebab tak ada apa yang nak ditypekan and internet ni yang slow.hhhffpptt..

Ok hari Isnin hari itu, Safra and Wana call. Tapi masa tu dalam jam 12AM something. Dah masuk hari baru. Selasa. Safra bilang (bilang di sini bukan bermaksud mengira, menghitung, or count atau apa-apa yang berkaitan dengan Math. Sebab ini bukan class Math. Tapi maksudnya adalah cakap a.k.a bagitahu. Faham?) dia messaged and bagitahu hari tu dia rasa down sangat. Some of his friends also noticed that he quite quiet and laugh less on that day.

Safra tanya sebab apa. Dia cakap dia rasa kosong and lonely. Hati dia rasa kosong. Haaaa apakah maksudnya itu? Dia cakap mungkin dah tiba masanya dia cari pengganti. Safra balas (bukan bertumbuk ye masa ni, tapi memberi respon kepada statement dia) maybe yes. Then after that dia terus tukar topik. Nak tahu pasal apa? Pasal 'boleh-tak-kalau-message-jangan-cakap-atau-sebut-pasal-that-girl?-sebab-boleh-buat-orang-hilang-mood' topik. Agak-agak dapat teka kan? Haa tepat sekali. Membazir kredit je kalau message, then cerita pasal his bff tu. Oh come on lah bored tahu tak bored? Haih..

But to tell you the truth, masa Safra cerita tu Zafi dah tak rasa apa-apa. Bagi Zafi 'dah lama'. Zafi tanya Safra habis nak suruh kakak buat apa? Isi borang? Cakap saya nak isi kekosongan tu? Entah la. Masa tu Zafi tak teruja pun masa Safra cakap dia sedang jiwa kosong. I dont know why. I just let it be. The way that it should be.

Sebenarnya masa bulan January dulu dia pernah bagitahu yang dia rindukan dirinya yang dulu. Before his 'big mission'. Zafi pun perasan yang dia macam dah lain. Nak-nak masa dia suruh panggil nickname barunya tu. Lepas tu dia cakap dia macam missing something but he dont know what it is. Bila Zafi cakap maybe dia lonely, dia cakap tak. Sebab everybody's around him. Memang lah semua orang ada, tapi, kamu semua pernah rasa tak feeling macam ni, semua orang ada dengan kita, tapi kita tetap rasa macam ada yang tiada? Jiwa kosong. Mesti pernah kan? Ha tengok mesti pernah punya. Tapi Zafi malas nak explain lebih-lebih kat dia. Sebab masa tu dah late at night.

And another thing sebab dia pernah bagi message in Lebanon's dialect. But I still dont get the opportunity to ask him what he's trying to say. Maksudnya apa.

Sunday, March 14, 2010

Ok Dia Balas Balik

Fine. Nak balas dendam la konon-kononnya tu? Tadi awak message saya. Saya tanya merajuk ke. Awak cakap mula-mula merajuk. Tapi dah ok. Jadi saya cakap tak perlu nak pujuk. Tapi awak cakap kalau nak pujuk go on. Saya cakap tak ada tak ada peluang dah tertutup. Then kita message macam biasa.

Tapi entah message yang ke berapa awak tiba-tiba tak reply. After sejam message not delivered. Haih awak pun nak buat macam saya buat kat awak hari Jumaat tu ke? Awak memang pandai kan? Bila awak terasa hati awak mesti buat benda yang sama. Padahal saya bukan sengaja pun.

Aduhhh awak ni memang lah. Suka buat macam ni. Ok baiklah kalau awak nak juga macam ni, saya ikut je. Saya tak nak reply message awak. Biar awak rasa. Biar saya pula yang merajuk. Selalu dia je nak menang. Padahal bukan hal besar pun. Kecil je.

Saturday, March 13, 2010

MANJA

Ishhhhh tak suka la macam ni. Sah-sah la dia merajuk tu. Sebab tadi Zafi bagi lagi sekali message say sorry kat dia. And dalam masa sejam not delivered pula.

Mesti buka card sim lain. Boleh tahan juga mamat ni kalau merajuk. Mengalahkan perempuan. Manja betul. Tu belum tengok lagi kalau Zafi merajuk. Silap-silap 3 atau 4 bulan baru bertegur sapa. Nak macam tu?

Nanti kalau Zafi buat tak tahu, baru tahu. Lagi pula birthday dia lagi 11 hari. Orang nak baik-baik dengan dia, dia merajuk pula. Manja lah awak ni. Kalau marah ke merajuk ke ape ke cakap lah. Sebab saya tak nampak awak kat sana tu.

Kalau awak depan mata je, dekat sini je, boleh lah saya detect awak merajuk ke marah ke. Ini jauh. Saya tak tahu nak buat apa. Rasa macam nak gigit-gigit je awak ni. Geram tahu tak geram? Haih.

Awak memang MANJA MANJA MANJA. Tak ada word lain yang sesuai saya rasa. Sebab pasal hal tu pun nak merajuk. Lain kali cakap kalau ya pun merajuk. Ini diam je. Macam budak kecil.

Budak kecil kalau ada sesuatu yang tak kena dia mula lah buat hal. Asyik nangis je. Bila tanya tak nak bagitahu. Awak ni childish. Your son pun tak macam ni. Bayangkan kalau awak and your son buat hal. Siapa yang susah? Saya lah. Kalau Hakimi tu tak apa lah juga. Sebab ada depan mata.

Tapi awak? Jauh. Terlalu jauh. Beribu batu. Tak nampak pula tu keadaan awak. Nanti kalau rasa dah ok bawa-bawa lah ringan jari nak message and tell me what you're not satisfied with me. Pening-pening.

Friday, March 12, 2010

Dia Merajuk Ke?

Alaaaa macam mana ni? Dia merajuk ke? Sebab tadi sebelum pergi class Zafi message dia. Saja je lah. Sebab dah hampir 2-3 minggu tak message on Friday.

Lepas tu lect tak datang lagi. Jadi seronok lah bermessagenya. Tapi dia ada berpesan dalam Arabic. Zafi tak faham. Then Zafi suruh la dia translate. Lepas tu dia bagitahu lah maksudnya, 'please dont go far from me'. Tapi masa tu lect dah masuk.

Jadi tak sempat nak inform dia. Dalam setengah jam, dia message and tanya tak dapat message ke? Tapi macam mana nak reply sebab Zafi duduk depan lect je. Mesti lah nampak.

And masa dia tanya dapat message ke tak lagi sekali dia cakap 'pesanan dari ***** sdn.bhd, please dont go far from me'. Terharu.

Balik je class terus Zafi message dia. Explained everything. Tapi dia tak reply pun. Dia merajuk ke? Atau dia panas hati? Dia tu kalau panas hati boleh tahan juga. Urmmm....

Wednesday, March 10, 2010

Bulu Tangan Oh Bulu Tangan

Malu memang malu. Apa perasaan awak kalau ada orang tegur pasal bulu roma awak yang banyak kat tangan tu?

Kisah ni jadi pada Zafi semalam. Macam biasa lah bila malam mahu turun untuk pergi cafe. Beli makanan. Zafi pun malas nak siap beria-ia jadi sarungkan je lah baju-T lengan pendek. Alah baju futsal Zafi pakai. Baju tu memang selalu Zafi pakai. Sebab senang and bukan lengan panjang.

Then masa nak tulis untuk order minuman, Zafi order air Milo Cincau, pengambil order minuman tu secara spontan cakap, 'banyaknya bulu tangan'!. Masa tu juga Zafi terkejut campur malu, apalagi terpelanting lah pen yang dipegang. Cepat-cepat Zafi sorok tangan kat belakang. Malunya masa tu. Tak pernah-pernah ada orang yang tegur on the spot macam tu. Nak-nak pula lelaki. Kalau kawan-kawan tu tak kisah lah. Masa bagi kertas order tu, Zafi tanya pengambil order tu, cincau ada tak? Dia cakap ada. Sebab malam sebelum tu, Zafi order Milo Cincau juga, tapi cincau tak ada, jadi Milo Ais je lah.

Lepas je bagi order tu, Zafi duduk lah. Zafi tanya Sue banyak sangat ke bulu tangan Zafi ni? Sue cakap tak lah. Biasa je. Tak lama lepas tu, order pun siap. Zafi pun pergilah kat kaunter nak ambil minuman tu.

Pengambil order (PO): Tadi kenapa gelak?
Me: Malu lah. Tegur bulu tangan orang. Mata tu tak boleh duduk diam. (Ambil kau kena sound terus). Sempat lagi tengok tangan orang.(Masa ni kawan PO datang and tak tahu apa-apa, terus ulang balik 'malu-malu' yang Zafi cakap).
PO: Tak lah bulu tangan budak ni banyak macam aku juga. (Ha PO tu punya bulu tangan lagi banyak dari Zafi. Muka dia pun tak nampak Melayu sangat). Ada keturunan mamak ke?
Me: Urmmmm...(dengan kening berkerut-kerut nak jawab ke tak nak jawab ke tak), sikitlah. (Mamak?Kalau Pakistan tu cepat lah juga Zafi angguk. Ini mamak, agak keberatan sikit. Hehehe.) :P
PO: Atau nama Syarifah?
Me: Eh tak lah. Tak ada tak ada.
PO: Tak ada ye. Oh ingatkan Syarifah tadi.

Balik tu, nak tahu apa jadi? Milo tu TIADA CINCAU!!! Ya Allah dah lah malam sebelum tu tak ada cincau ni pun tak ada juga. Padahal masa nak bagi order tu, Zafi siap tanya cincau ada tak. Zafi cakap kat Sue, dia pun terkejut. Tak apa lah ni bulu tangan punya pasal lah cincau tak ada. Then Zafi tuangkan milo tanpa cincau tu dalam gelas. And guess what had happen? Milo tanpa cincau tu rasa TAWAR!!! Haih ni memang betul-betul buat Zafi rasa blur and apa kena dengan PO tu. Dah lah tak ada cincau, air milo tu pula tawar. Ini semua bulu tangan punya pasal lah ni.

I Want POLO T-Shirt!!!

Cerita ni 'berlaku' (macam penting je kan?), hari Ahad. Alah 7 March hari tu. On my birthday. Masa ni tengah jalan-jalan di Open Day KHAR. Handphone Zafi berbunyi. Tengok-tengok ada nombor yang tak dikenali. Konon-konon berdebar lah tu. Manalah tahu kalau-kalau dia kan. Hehehe. Tapi.....bukan lah.

Me: Hello ni siapa?
Hisyam: Ni aku lah. Syam.
Me: Nombor siapa kau pakai ni?
Hisyam: Nombor aku lah. Aku pakai dua nombor.
Me: Oh ok. Wey ko ni, last sekali wish kat aku. Lina and Zuar dah wish pun. Tadi Zuar baru je called. Dia ada kat Kuantan. Dia cakap nanti nak belanja aku makan kek coklat. Weee..
Hisyam: Hahaha aku memang saja pun nak wish last. Sebab last year kau wish aku pun lambat. Wey Happy birthday ya. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berjaya kat dunia and akhirat.
Me: (Masa ni Zafi terkejut lah juga sebab bukan main banyak yang Syam ucapkan dan doakan.) Insha Allah. Ameen Ya Rabbal Alameen. (Tu je mampu Zafi ucapkan). Kau kerja ke? Wey Lina cakap kau dah jadi Manager POLO dekat East Coast Mall. Wahhhh best betul.
Hisyam: Hahaha ha ah. Pandai Lina ni bagitahu kau. Datanglah sini. Tengok baju. Nanti aku bagi discount.
Me: Alah aku ni student lagi. Tak kan nak pakai POLO tu pula.
Hisyam: Tak lah. Kau datang je. Tuntut hadiah kau ni.
Me: Tuntut? Kau nak bagi aku T-shirt POLO?
Hisyam: Ye lah. Kira bagi kat kau lah. Tapi kau kena tuntut masa cuti lah. Cuti bila?
Me: Hujung bulan 4 nanti. Betul ke kau nak bagi T-shirt POLO?(Banyak kali tanya sebab macam shocked sekejap.Tingtingting).
Hisyam: Yup. Kau boleh tuntut sampai habis cuti sem nanti. 2 bulan kan?
Me: Ha ah. 2 bulan. Tak sabarnya nak ambil hadiah tu.
Hisyam: Kau mesti datang tau. Ambil juga hadiah ni. Kira 0-0 lah ye. Aku dah bagi hadiah kat kau ni.
Me: Ok nanti aku drag abang aku drive pergi EC Mall.

Seronok sangat sebab nanti balik cuti sem dapat hadiah. Kek and T-shirt. Tapi Zafi pun pelik kenapa Syam cakap 0-0. Sebab Zafi tak pernah pun bagi hadiah dekat Syam. Dia je yang pernah bagi hadiah Pooh kat Zafi. 4 years ago. Maybe sebab lambat wish kot. Tapi tak apalah. Nanti cuti nak suruh abang Zafi drive and ambil hadiah tu. Yay!!!

Tok Tok Tok

Balik class petang semalam (Selasa) rasa nak marah je semua orang. Mana tak nya nak masuk bilik sendiri pun kena pakai kunci. Pada hal bukan tiada orang dalam bili tu. Ada orang. Tapi saja je kunci. Cuba bayangkan kalau dalam keadaan letih-letih balik class jam 7PM, then nak masuk bilik sendiri pun susah. Kena keluarkan kunci dalam beg lagi. Kalau sekali dua boleh la tahan. Tapi kalau dah selalu dan kerap sangat? Siapa yang akan rasa selesa?

Apa yang takutnya duduk dalam bilik tu? Kalau takut duduk seorang-seorang, duduk la kat ruang tamu. Dengan housemates lain. Bila Zafi dah masuk bilik pandai pula dia nak bersembang dengan housemates yang dah memang duduk kat ruang tamu tu. Zafi bising juga tadi. Tapi still cakap dalam keadaan macam bergurau-merajuk lah. Nanti kalau cakap serious, tersinggung pula.

Hari ni banyak betul perkara yang buat Zafi panas. Kenapa ye?

Tuesday, March 9, 2010

Panas Hati

Hati ni kalau berdebar-debar ada lah sebabnya. Hati tak pernah menipu. Rasa macam panas hati pula. Stalker aku ke apa? Dulu hantar 'orang-orang' dia, then add aku. Agaknya sebab macam tak puas hati dengan 'hasil kerja' orang-orangnya jadi suruh adik aku pula tanya. Adik aku tak ada FB, suruh tanya through phone lah. Sebab jauh. Entah-entah lepas ni suruh adik aku buka account FB pula. Apa kes? Kalau ada apa-apa yang memang tak puas hati ke, nak cakap apa ke, apa-apa saja lah bagitahu sendiri tak boleh?

Apa yang nak dimalukan? I dont know you anymore. You are like a totally different person to me. Whan kind of game you try to play? This game is so complicated. It is. It really is. Its hard to understand. Nobody will understand it. Nobody.

Lepas tu apa yang aku add, semua dia pun nak add sama. Macam mana ye nak hide friends kat FB ni? Biar dia tak tahu siapa kawan aku. Dah lah FB tu aku buat unprivate. Hilang hak privasi aku. Ingat aku suka ke bagi orang lain tengok privasi aku tu? Tapi sebab panas hati kan.

Lagi satu, benar kata orang, kalau sekali menipu, akan ada penipuan yang seterusnya. Aku? Aku tak pernah menipunya. Aku cakap je kat dia aku ada FB. Tapi dia dengan selamba cakap dia dah tak involve in any kind of social networks!!!

Dia hanya bagitahu adik aku je yang dia ada FB. Tapi tiba-tiba adik aku cakap dia boleh tanya pula macam mana adik aku tahu dia ada FB. And from there dia suruh adik aku tanya, aku ni pernah tengok page dia tak? Apa ni? Bukan ke dia sendiri yang cakap kat adik aku dia ada FB tapi jangan bagitahu aku. Aku tak kisah kalau nak rahsiakan, sebab aku memang dah tahu. Tapi aku pasti dia akan fikir bukan-bukan pasal aku. Suka stalk page dia. Oh man please lah.

Dont lie to me. I already knew you have FB. Not 1 but 2!!! Tapi aku buat-buat tak tahu je. Aku malas nak cakap. Sebab kalau aku cakap, 1 thing for sure, mesti lepas ni dia akan segan dengan aku. And pasti komunikasi antara kami makin dingin. Percaya lah. Walau hati ini sakit, walau hati ini pedih, walau hati ini panas, aku diamkan saja. Aku cuba tenangkan diri, aku cuba sejukkan sendiri hati ni. Ada sesiapa kisah? Tak ada. No one.

Kalau post tadi aku macam happy, tapi sebab aku pergi tengok page dia and mutual friends kami jadi 19, aku rasa panas hati. Jadi aku ni stalker juga lah kan? Tapi at least aku tak hantar siapa-siapa untuk stalk or spy apa-apa. Lagi 1 sebab aku dah cakap aku ada FB. Dan dia cakap dia tak ada. Tapi stalk pula. I knew everything. But this time it's getting so complicated.

Tapi aku terfikir juga, agaknya dia nak orang or friends kat FB dia tu wish birthday dia tak lama lagi kot. Sebab tu add ramai-ramai. So that nanti penuh wall dia sebab wish. Masa birthday aku hari tu, aku publish je wall kat public. Maybe dia stalk page aku masa tu.

All of you might think kenapa lah aku ni negative thinking pasal dia kan? But, tiap apa yang aku fikir kan tu walaupun negative, tapi sebenarnya betul. BENAR. Tak salah untuk berfikiran negative. Sebab kalau nak fikir positive je, kita tak tahu mungkin hasilnya akan jadi sebaliknya. Masa tu kita akan totally in shocked. Tak bersedia untuk terima hasil yang tidak kita jangka. Tapi kalau kita fikir dari negative side, sekurang-kurangnya kita dah bersedia untuk tengok hasilnya. Walaupun akan mengejutkan kita. Am I right?

Aku dah bosan dengan game ni. Apa-apa semua cerita kat adik aku. Aku tak camburu kalau dia nak cerita kat adik aku. Cuma jangan menipu. Kat aku cakap lain, bila cerita kat adik aku cakap lain. Aku paling tak suka kalau orang menipu. Tak nak cerita kat aku tak apa, tapi tolong lah cakap benda yang betul. Aku bukan naive sangat. Cuma aku saja nak tunjukkan aku macam tak tahu apa-apa. Nak tengok game yang dia mainkan ni macam mana. But this game is SUCKS!!!! It makes me SICK!!!

Aku dah letih dengan semua ni. Maaf kalau guna word 'aku'. Sebab rasanya word tu paling sesuai dengan keadaan sekarang. Jangan sesiapa terasa. Sebab tak ada state nama sesiapa pun. Thank you. Im sorry if I waste your time to read all this nonsense. Good bye all...

ROS Di London?

Haih susah betul nak sign in untuk blog ni tadi. Hampir 3 4 kali juga lah. Ingatkan dah tak boleh nak sign in kat blog sendiri dah tadi. Mana lah tahu kalau-kalau kena spam ke sabotage ke kan? Risau juga. Lagi satu sebab internet ni sangat lah lembab dan slow. Erkkk bukan ke lembab dan slow tu sama maksud? Whatever.

Semalam dah daftar untuk ROS. Oh bukan bukan. Bukan bunga ros tu, tapi Rancangan Orientasi Sekolah. Lbih kurang macam praktikum lah juga. Tapi dalam tempoh 2 minggu saja. Bersediakan aku ni? Hurmmm rasa macam tak je. Ok-ok back to the story. Masa nak online apply tu called Daddy. Petang dalam jam 4PM. Walaupun dah tahu masa macam tu Daddy sedang tidur tapi called juga.

Nak tanya, patut ambil sekolah mana. Nanti kalau ambil sekolah luar dari Pahang/ sekolah jauh, Daddy bising pula. Tanya kenapa tak ambil sekolah lama je. Dekat dengan rumah. Jadi kena called dulu lah.

Me: Are you sleeping Daddy?
Daddy: Yup. Why? (Dengan suara yang, macam orang tidur lah).
Me: Nak isi ROS ni. Which school should I choose?
Daddy: Its up to you. Tengah apply ke ni?
Me: Yup. Tak lah saja je tanya. Sebab nanti kalau orang pilih sekolah jauh-jauh, Im sure, you'll asking me why didn't choose my previous school.
Daddy: Yeah. Nak pilih previous school pun tak apa. Tapi kalau nak buat ROS kat LONDON pun ok juga.
Me: Hahahahaha. Mana ada ROS buat kat situ. (Masa tu rasa nak gelak lagi kuat. Tapi sebab duduk kat cafe, jadi kena cover sikit lah gelak tu).
Daddy: Hahahahaha. Why? (Saja je tanya kenapa. Padahal nak kenakan Zafi. Masa ni, gelak Daddy pun tak habis lagi. And suara baru bangun tidur pun hilang!).

Lepas tu Zafi pun apply lah untuk ROS. Haih Daddy-daddy sempat lagi fikir pasal London tu. Agak-agak macam mana kisah Zafi ni? Urm.... :) ;) :P :D. Lalalalalala...

Sunday, March 7, 2010

Happy Birthday For Me : Syukran Jazilan Ya Kareem

Alhamdulillah...Im so much thankful to ALLAH because gives me another day to feel what is like to be 22 years old girl/lady/woman.

Syukur Zafi masih lagi diberi peluang untuk mendengar dan menerima ucapan ulang tahun kelahiran pada tahun ini. 22. Sekejap je masa berlalu. Sudah hampir suku abad hidup di dunia ini. Tapi masih banyak khilaf yang Zafi masih lakukan. Secara sedar atau tidak. Yang pasti Zafi nak jadi insan yang lebih baik. Pada SEMUA. DUNIA dan AKHIRAT. YA KAREEM SEMOGA HATI INI TIDAK AKAN PERNAH SEKALI BERPALING DARI-MU. AMEEN YA RABBAL ALAMEEN.

4 minit sebelum jam 12AM, dapat message dari dia. Am so surprised and touching. Masa nak balas message dia tu, my family called and sang Happy Birthday's song. Arghhhh double surprised. Allah terima kasih atas segalanya ini.

Then dalam 10 minit family call, tengok dalam inbox and FB dah penuh dengan ucapan. Yeahhh the 3rd surprised. Tak tahu mana satu nak balas. So I decided balas message dia dulu. Sebab tergendala masa family call.

Haaa masa family call my Mommy dah tidur. So I asked Daddy to wake Mommy up. Lepas je Mommy bangun tidur, Zafi suruh Mommy nyanyi lagu Happy Birthday. Sebab masa Daddy and two sisters nyanyi Mommy tidur. Hahahaha nakal .

Then my bro pula call. Dia baru habis dari training tennis for MASUM. Ingat juga dia birthday adiknya yang seorang ni. Sayang Abang Ain sangat-sangat.

Then Lina pula call. Dia bising-bising sebab asyik call waiting je. Zafi cakap biasalah, family and Abang Ain call. Lina cakap dia nak jadi yang first wish. Tapi tak dapat. Hehehe masa dia nak call Zafi kena beratur line dah tu. Sebab tu lambat dapat call. Lama juga berborak dengan mak cik tu. Bergosip je lebih. :P. Masa tengah berborak dengan Lina, Wan bagi message. *Hug*. Tapi line Lina asyik terganggu je. Berkali-kali juga lah asyik terputus line. Sampai panas telinga bersembang dengan Joyah tu. Sebab lama phone melekat dekat telinga. Aduiii...

SAYA SANGAT SAYANG : MOMMY, DADDY, ABANG AIN, SAFRA, & ADIK WANA. *and yeah not to forget HIM :)*

TO MY FRIENDS : NORALINA ABD.LATIFF
WAN JUHARNIWATI WAN MUSTAFA
SITI HAJAR MUSTAFA
HISYAM ZAINUDDIN
ABDULLAH SIRAJUDEEN
MOHD. NORAZUWAR ABU BAKAR ASARI
AZIAH ARBIN
NURUL FITRIAH AFIFI BAHARUD-DIN
FARAH AZREEN BAHAROM
HAMIMAH JAMIAN
ZARINA YAACOB
SITI ASMAQ MUHAMMAD
NURUL SURIA YUSUF
NOR FARHANA YUSOF
NUR HAKIMAH HASSAN
LIYANA ZAMALULLAH
JANE SYAEBY
GUS YAHYA
ZAHID ROSLI
SURIEANIE SAIDIN
SITI NURUZANNAH MOHAMMAD
ZAKEEYAH

THANK YOU SO MUCHACHAS FOR COMING INTO MY LIFE!!! AM SO MUCH HUMBLED OF ALL YOUR THOUGHTS GUYS!!!

Friday, March 5, 2010

Berbunga Hati?

BERBUNGA HATI.

Urmmm bila Jiji cakap dah lama tak guna word ni baru Zafi perasan. Dulu kami selalu guna word 'berbunga hati'. Sebab masing-masing dalam hati rasa 'sesuatu'. 'Sesuatu' apa? Adalah. :)

Haiii tiba-tiba rasa rindu pula nak sebut word tu. Tapi banyak kaitan dengan hati ni. Hati ni sukar nak tafsirkan. Bila ada perkara yang menyentuh perasaan, hati yang akan terasa dulu. Biar pun hati ni macam nampak dan tidak kewujudannya, tapi bila dah 'terasa hati' ambil masa untuk pulih. It takes time to heal.

Kadang-kadang kita selalu cuba untuk menjaga hati orang, tapi pernah ke orang akan jaga hati kita balik? Kadang-kadang mereka tidak sedar itu semua. Mereka fikir kita tidak akan terasa. Tapi siapa tahu? Sebab yang merasakannya hati ini. Terlalu halus. Tak nampak. Bukan pada fizikal. Konkrit.

Tapi hati yang terasa ni sedaya upaya tak nak tunjukkan yang kita sedang terasa. Sebab nanti keadaan akan bertambah rumit. Sebab nanti keadaan tidak akan sama seperti sebelumnya. Berkemungkinan renggang.

Jadi, walaupun terasa hati, selagi boleh simpan, simpan je lah. Tapi andai kata hati itu sudah tidak mampu untuk bertahan, apa-apa boleh terjadi. Tidak mungkin berpaling lagi pada hati itu. Hati itu lembut, halus, tidak nampak, sebab itu harus menjaganya dengan berhati-hati. Supaya tidak pecah.

*Tiada kaitan dengan sesiapa. No offense.*

Thursday, March 4, 2010

No!!! Its March!!!

Sekejap betul hari berlalu. Hari ni dah masuk hari keempat dalam bulan March. Tapi semakin banyak pula assignments yang muncul. Erkkk muncul??? Bukan ke aku yang selalu tangguh-tangguh kerja?? Okkay okkay I admit it.

Minggu ni je ada 3 presentations. Then kena buat beberapa assingnments. Dalam 3 kot. Sabtu nanti ada test tarian. Petangnya pula kena ganti kelas tarian untuk CNY. Tapi tak apa sebab Ahad boleh pergi Cyberjaya. Ada Perjumpaan Mahasiswa Anak-anak Pahang. Tak sabar mahu pergi. Boleh jumpa geng-geng Pahang dari Uni lain.

When I called my Daddy about this, he asked me, 'Are you sure are you from Pahang? Orang Pahang? Zafi gelak je. Alah sekali-sekala mengaku kan. Hekhekhek.

*Post ni nampak macam tergantung. Memang pun. Sebab masa tengah seronok type tiba-tiba wireless buat hal. Jadi post ni ter'draft' lah. And idea pun dah tiada. Sigh*

Wednesday, March 3, 2010

Amora said (3) :

Amora said:
''Fifi Zafirah dear, pay attention on Tuesday for an admirer will surprise you. Enjoy it and give in to the romantic moment.''

Terkejut ok sebab memang surprise pun. Tiba-tiba je dia online. And tak lama lepas tu invite photo sharing. After failed nak send files, baru lah dapat share. Pouting's picture. I pun bagi pouting's picture masa dekat BTS tu juga la. Dia pun asyik tanya surprise tak? I cakap surprise je. Dia cakap ada udang disebalik mee kan? Nanti la. Ok Im waiting.