Pages

Friday, March 19, 2010

Am I Look Like Her?

Pagi tadi masa tengah iron baju Zafi asyik terfikir je pasal arwah moyang Zafi. Zafi tak pernah jumpa. Tapi kadang-kadang Zafi selalu membayangkan macam mana lah wajah arwah moyang. Bukan setakat Zafi je. Daddy pun tak pernah jumpa arwah moyang tu. Kiranya arwah nenek Daddy la.

Masa balik Klang sempena CNY hari tu, one of my aunty cakap muka Zafi macam muka arwah moyang!!! Sumpah Zafi rasa terkejut. Macam ni ke muka arwah moyang?

Ceritanya begini, Mommy suruh Zafi tunjukkan pictures kahwin Jana yang Zafi save dalam lappy ni. Then bila dah habis tunjuk tu, Mommy cakap, tunjuk lah pula pictures masa Zafi kat Uni. So I had showed them all the pictures. Masa ni lah aunty cakap muka Zafi macam arwah Cik. Aunty panggil arwah moyang and arwah nenek Zafi dengan panggilan Cik. Lebih kurang macam Encik lah.

Bila aunty cakap macam tu terus Zafi pandang Mommy. Zafi tanya betul ke? Mommy cakap Mommy pun tak pernah jumpa arwah moyang. Daddy pun sama. Lagipun Daddy anak bongsu. 'Terlambat' la juga. Muka Mommy terkejut juga. Sebab tak tahu pun selama ni pasal hal ni.

Aunty cakap, arwah moyang dulu cantik, kalau sanggul rambut tu tinggi-tinggi. Muka macam Arab. Arwah moyang sentiasa nampak cantik dan kemas. Masa dengar tu Zafi rasa macam kagum. Sebab tak sangka arwah moyang cantik. Lagi-lagi bila aunty cakap sampai ke tua arwah moyang bergaya. * But please, Zafi tak maksudkan yang Zafi ni cantik macam arwah moyang. She's way to pretty and beautiful than me. I'm just ordinary girl. *

Zafi tanya arwah moyang nama Sharifah ke? Aunty cakap tak pasti lah pula. Ye lah orang dulu-dulu kan tak hiraukan sangat nama penuh apa. Panggil nama manja je. Aunty pun sempat tengok arwah moyang tak lama. Sebab masa tu aunty kecil lagi and arwah moyang pula dah tak berapa muda.

Aunty cakap cuba tengok muka Daddy. Hidung mancung Daddy tu macam arwah moyang juga. Patutlah Zafi rasa Zafi macam lain sikit dari family Zafi. Sebab adik-beradik Zafi semua rambut lurus. Tapi rambut Zafi ikal mayang. Ikut siapa? Arwah moyang. Sebelum ni Zafi memang pernah dengar, dalam satu family tu mesti akan ada yang lain sikit. Akan ikut keturunannya yang dulu-dulu. Tak tahu lah boleh percaya sepenuhnya atau tak. Maybe yes maybe not.

No comments:

Post a Comment