Pages

Thursday, February 4, 2010

Malas

Tak tau lah petang ni nak merepek apa pula. Urmmm...tak berapa nak ada idea tapi tangan gatal-gatal (bukan allergic okkay) nak berblog. Minggu ni memang sibuk. Tapi still ada masa juga kan nak menulis? Haih...

Malam ni dengan ada meetingnya. Then esok ada class. And malamnya pula mau pergi tengok wayang! Cerita Semerah Cinta Stiletto. Saja je nak pergi tengok. Sebab since duduk sini tak pernah pun pergi tengok film. Oh ya bukan jauh pun panggung wayangnya. Dekat Panggung Budaya Uni ni juga.

Lepas tu Sabtu ada class juga. Two classes. Dua-dua tu class tarian. Aduh seronok memang seronok tapi kalau semua dah penat tak rasa juga keseronokan tu. Next week dah masuk week ke-7 untuk sem ni. Lagi best (kenapa mesti guna lagi best? Betul ke best?) ada dua assignments kena submit. *Sigh* Sabar Zafi. Be strong. And kalau sempat maybe my group kena buat presentation juga. Minta-mintalah tak sempat. Bahan untuk buat slide dah ada tapi MALAS. Oh semangat ku kemana kau pergi?

Ahad pula ada dua aktivitas. Ok jangan nak guna Bahasa Indonesia ye. Maksudnya aktiviti lah. Pagi ada Family Day untuk Blok C. Sampai tengah hari agaknya. Lepas tu dalam jam 4:00PM kena pergi kampus pula. Ada perbarisan untuk Sukan KEJORA. Ni buat semua semata-mata untuk kolej tau. Untuk Family Day Sabtu ni kena in-charge bahagian peralatan. Dah settle isi borang and bayar deposit apa semua. Tunggu nak pergi angkut barang-barang je.

But I couldn't make it. Ada meeting jam 8:30PM ni. Rasa macam malas pergi. Tapi kalau tak pergi orang lain cakap apa pula. Susah susah. Arghhh kenapa chaos sangat minggu ni? Bukan minggu ni je. But everyweek. Apalah kan pasal ni pun nak merepek. Life is always like this.

No comments:

Post a Comment