Saturday, February 27, 2010
From BTS to LY
Semalam temankan my housemate pergi KL. Dia nak beli handphone baru. So kami bertolak dari kolej jam 11AM. Itu pun bus tu sampai setengah jam. Penat menunggu. Then nak sampai ke KL pula lama betul. Dalam sejam setengah. Biasanya dalam sejam je dah sampai. Banyak buang masa kan? Tak pelah sebab kesian kat kawan tu.
Then dari Pudu kami naik LRT ke Hang Tuah. Sampai Hang Tuah jalan kaki ke Times Square. Agak jauh la juga. Then kena lintas jalan lagi. And kebetulan pula semalam cuti umum sebab sambutan Maulidur Rasul. 12 Rabiulawal tahun Gajah lahirlah zuriat yang syahadah. Hahahaha ada kan lagu macam tu? Lantaklah Zafi. :D
Then dalam BTS tu kat lobbynya ada decoration sempena CNY, wahhh rasa macam kat Hong Kong pula. Merah sana merah sini. Apa lagi task paling utama, SNAP PICS!!! Hahaha pantang jumpa tempat cantik mesti nak snap. Alah kenangankan. Apa salahnya. Bila tengok jam almost 1PM. Oh kami kena rush pergi Low Yatt. Nanti ambil masa lagi nak pilih HP.
Then dari BTS kami jalan kakai ke LY. Ina ambil duit and then, Zafi suruh dia teman Zafi nak pergi solat. Sebab nanti senang tak payah tangguh-tangguh. After solat, kami pun memulakan ekspedisi (beg berat ni. Ekspedisikan. :P), survey HP. Ina cakap dia nak model SE Cyber-Shot. Jadi kerja akan senang lah sebab dah tau nak model apa kan. Bila dah puas survey, entah dalam berapa kedai, finally jumpalah the latest model. Tapi pelik lah sebab kat sini USB jual asing-asing. Masa Zafi beli dekat Kuantan Parade semua set ada. Complete.
Zafi cakap nasib baik dah beli awal-awal. Lagipun Zafi pergi dengan family. And as always, Daddy akan tolong pilih sekali. Baru puas hati. Biasanya kalau Zafi ok, dia ok and macam tu lah sebaliknya. Sependapat. Eceh. Kami keluar dari LY jam 3PM. Penat sangat-sangat ok. And kami masuk semula BTS. Hehehe nak tau buat apa? Sambung snap lagi lah. :D
Lepas tu nampak kedai kasut. Cantik kasut tu. RM10 je. Zafi pun trylah. Tapi besar lah pula. Then tanya pekerja tu size 37 ada tak? Dia cakap dah tak ada. Alahhhhh time nak beli mesti dah habis. Sebenarnya sebelum pergi LY Zafi dah masuk dulu kedai kasut tu, and berkenan kasut color hitam. Tapi biar dulu sebab malas nak bawa masuk LY. Berat sangat lah konon. Last-last, ambil kau, dah tak ada kasut tu. Haih.
Masa nak jalan kaki semula ke station LRT, kaki rasa dah tak larat. Macam jauuuuh betul berbanding datang. Sampai Pudu dalam 4 lebih, lebih kurang 445PM bus yang kami naik bertolak nak balik semula ke Tanjong Malim. Oh ya kami langsung tak makan pun. Sebab nak balik cepat. Tak larat and tak sabar nak sampai rumah. Katil dah terbayang-bayang kat kepala masa tu.
Sampai di rumah tepat jam 6PM. Tapi malamnya housemates ajak pergi Open Day KAB pula. Ya Allah aku punya letih lagi mahu ajak pergi situ. Nak tak nak, lepas Isyak, pergi lah Open Day. Tak jauh pun. Bawah rumah je. Ha part paling best, masuk rumah hantu. Housemates beria-ia ajak masuk, Zafi cakap tak nak lah. Nanti silap-silap Zafi ketawakan hantu tu je. Hahahaha. Cakap besar. Tapi dia orang paksa juga. Zafi pun masuk lah. Ambil kau, sekali masuk terus Zafi tutup mata. Zafi pegang kawan. Dia jalan depan. Yang Zafi nampak ada mayat and ala-ala Suster Ngesot tu. Yang lain dah tak tahu. Tutup mata kan. Keluar dari rumah hantu, dada rasa nak pecah. Menjerit. Balik rumah terus mandi, sebab takut mengigau. Kelakar kelakar.
Oh, semalam juga family Zafi balik KL. Balik lagi. Tapi Zafi tak balik sebab tadi ada class. Jadi yang baliknya berempat je lah. My parents and 2 sisters.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment