Pages

Saturday, October 23, 2010

2nd Anniversary Again

Sayang ini hanya untuk mu.
Rindu ini hanya untuk mu.
Terima kasih kerana kembali.
Walau dulu pernah terluka, perit, pedih.

Tak siapa dapat meramal selepas apa yang terjadi antara kita.
Sungguh dulu aku hampir mengalah.
Hampir terduduk.
Kecewa.
Ingin aku tinggal semua itu.

Tapi hati ini tidak tegar.
Hati ini tidak kuat.
Hati ini tidak mampu untuk meninggalkan mu.
Mungkin kerana hati ini telah retak pada saat itu.
Retak hingga hampir membawa pergi segala kekuatan yang ada.

Dan pada ketika itu juga, aku belajar untuk berkongsi sekelumit rasa yang ada.
Rasa yang ada aku luahkan pada teman-teman yang mengerti.
Yang mengetahui kisah kami.
Yang sentiasa memberi sokongan kepada diri ini.

Terima kasih JIJI.
Terima kasih kerana mengingatkan aku bahawa setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.
Padahal saat itu, aku hampir lupa akan kata-kata itu.
Sedangkan aku selalu saja mendengar kata-kata itu.
Mungkin aku terlupa kata-kata itu kerana ketika itu aku kusut.
Aku tidak hiraukan orang di sekeliling pada ketika itu.
Aku hanya cari JIJI.
Mungkin kerana aku percayakan dia.

Terima kasih GUS.
Terima kasih kerana mendengar cerita aku dan dia.
Terima kasih kerana sentiasa memberikan aku semangat, dan Doa.
Aku akan sentiasa ingat Doa ini, " Ud uni astajib lakum ".
Mintalah kepadaKU. Nescaya AKU perkenankan.

Terima kasih LINA.
Terima kasih kerana sentiasa ada untuk aku.
Berkongsi cerita.
Berkongsi rasa.
Berkongsi duka.

Terima kasih FARAH.
Kerana meluahkan rasa amarah mu tentang dia.
Aku tau kau tidak bermaksud membenci dia.
Kau hanya tidak mahu aku terus sedih dan kecewa.

Kalian membuatkan aku lega selepas berkongsi rasa.
Kalian membuatkan aku kuat untuk bangkit sedikit demi sedikit.
Kalian membuatkan aku beruntung mempunyai teman-teman seperti kamu.
Hingga membuatkan aku bersalah kerana menyusahkan kalian.

2 tahun kami bersama.
Semoga kisah kami akan terus berkembang dan tiada penghujung.
Hati ini secara jujurnya takut untuk diberikan kepada kamu.
Hati ini pernah retak kerana kamu.
Namun kamu juga yang menjaga hati ini kembali. :')


Ya ALLAH semoga hati ini dan hatinya tidak akan berpaling antara satu sama lain.
Dan tidak akan berpaling dariMU.
Semoga hati kami sentiasa melengkapi dan diberkati.
Ameen Ya Rabb. :)

2 comments: