Pages

Saturday, April 17, 2010

Saya Bukan Perigi

Tiba-tiba kan petang ni Zafi and kawan bermesej pasal perigi mencari timba. Atau dalam bahasa lainnya, bahasa apa tu?, perempuan melamar/mencari/mengatakan/menyatakan dia suka pada lelaki.

Ha isu macam ni agak sensitif. Tapi pada Zafi memang agak segan lah kalau kita nak cakap kita suka kat seseorang lelaki tu. Nanti mesti orang ingat macam desperate kan? Lepas tu kita, I mean girls yang segan ni, akan tunggu je lah lelaki yang kita suka tu cakap dia suka kita.

Tapi, (kalau Zafi bersembang dengan Farah cakap pasal 'Dia', lepas tu guna word 'tapi', mesti Farah cakap, kau ni negatip sangat la. Buang jauh-jauh fikiran negatip tu), kalau kita tunggu je dia nak cakap sampai bila? Mungkin lelaki tu suka kita juga, tapi dia orang mesti akan ingat, kita ni macam tak suka kat dia. Kalau dia cakap, then girls tu menolak? Ha tu salah satu sebabnya, boys/guys tak nak ditolak.

Then guys/boys ni pula maybe ada pengalaman dari kisah lalu mereka, ditinggalkan oleh girlfriend. Sampai serik untuk berada dalam satu perhubungan. Mereka juga tak nak ditipu and ditinggalkan lagi.

Dan bagi girl yang berani pula, dia orang akan cakap je kat lelaki yang mereka suka. Lelaki pula, bila ada girl lain yang cakap macam tu, ditambah pula girl yang memendam perasaan ni tak berterus terang, mesti akan pergi pada girl yang berani tu. Sebab mereka tak tau girl yang memendam ni ada perasaan padanya.

Macam mana kalau suatu hari nanti, the boy find out yang girl ni pernah ada hati padanya? Keadaan akan jadi bagaimana? Patut dia bersama dengan girl yang cakap dia suka pada boy tu, atau pergi kepada girl yang pemendam tu, kerana dulu boy tu juga pernah ada rasa suka with that girl? Satu pihak pasti akan terluka kan?

Tapi sebenarnya tak salah kan kalau girl cakap dia suka pada boy? Cuma sifat pemalu dan segan itu terlalu tebal menggunung. Lagi satu, kita kena sedia dengan risikonya. Either accepted or rejected. Pedih memang pedih, but at least, kita dah luahkan perasaan kita. Sedangkan Nabi dulu dipinang oleh Siti Khadijah. Namun, kita, masyarakat Melayu ni je yang masih kuat berpegang pada adat ketimuran.

Some boys/guys say, tak jatuh pun saham girls kalau mereka cakap mereka suka pada lelaki. Sebab sesetengah lelaki juga kadang-kadang tak punya keberanian untuk cakap benda yang sama. Kalau difikirkan semula, tak kira perigi cari timba ke atau timba cari perigi ke, at the end of the day, perigi dan timba tetap akan bertemu juga kan? Lagi elok kalau guna orang tengah. At least kurang sikit rasa malu tu.

Tak semestinya kalau girl tu cantik kena tunggu di tepian je, tak buat apa-apa. Hanya menunggu. Berusahalah untuk berenang ke tengah selagi termampu. Berani sikit. ( Cheh Zafi pun ada rasa segan dan malu lagi ni ). Nanti tak lah melopong dan ternganga bila tengok seseorang yang kita suka diambil orang. Macam tu juga pada yang rasa kurang yakin dengan penampilan diri sendiri tu, buang sifat malu. Bergaul dengan orang di sekeliling supaya mereka merasa senang dan suka dengan sikap kita. Dari situ, kita dapat tunjuk kelebihan kita.

Zafi? Zafi ni agak konsevatif dalam hal macam ni. Sifat malu dan segan tu sangat tebal. Zillion inci tebalnya. And hell yeah, kadang-kadang terlepas banyak peluang sebab hal ni lah. ;). Farah siap pesan lagi, buang lah sikap ego Zafi ni. Kalau tak nak berterus terang, berkias lah. Tapi jangan berkias dalam-dalam sangat!!! Nanti susah pula dia nak faham, hanya berkias di tepian je. Atau berkias di permukaan. Supaya dia nampak petunjuk yang Zafi bagi tu. Urmmmmm *dalam hati ada nekad baru* ;)

2 comments:

  1. memang seharusnya a boy terlebih dahulu yang bersuara namun jika ditunggu-tunggu tak kunjung bersuara, ya haruslah dipancing biar bersuara tapi jika tak kunjung bersuarapun ya mau tidak mau harus mengalah...

    apa salahnya sih mengalah..
    mungkin dia malu...
    mungkin juga dia tak berani..
    bahkan mungkin juga takut...

    namun mungkin itu dapat kita tepis dengan bersyukur, optimis, and khusnudzon dg apapun jawabannya...hehehee..

    OK fi..Hayo semangat..
    fi apa yg zafi critakan ni sama dengan apa yg ane alami...

    ReplyDelete
  2. thx ya atas pandangan tu...Insha Allah smoga saya ada keberanian utk itu.. :)...

    ReplyDelete