Pages

Thursday, March 10, 2011

Ibu Bapa - Anak

Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun untuk seminit:

  • Sebelum tidur;
  • Sedang tidur (bisikkan di telinga);
  • Selepas bangun tidur;
  • Selepas mandi;
  • Selepas solat;
  • Selepas baca al-Quran;
  • Selepas berdoa;
  • Selepas riadah;
  • Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).


    Ayat al-Quran yang digalakkan diamalkan:
  • Surah al-Baqarah (satu malam baca, tiga malam syaitan tidak masuk rumah);
  • Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan).

    Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”

  • Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah)

    Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”
  • No comments:

    Post a Comment