Pages

Tuesday, December 7, 2010

Andai

Andainya lelaki tahu dalam hati seorang perempuan ada naluri untuk disayangi, ada rasa ingin diberi perhatian, ada rasa untuk didengari keluh kesahnya, ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan.


Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta dipujuk, marah seorang perempuan perlu didekati, sedih seorang perempuan harus didengari, gembira seorang perempuan ingin dikongsi.


Andainya lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu, ada sekeping hati nan lembut, bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh, bukan jua untuk dimanjai. Hanya perlu sedikit perhatian, agar rasa kasih itu terasa wujud, walau saat jauh.


Kerana andainya lelaki tahu hati itu akan senantiasa bertanya pada diri seorang perempuan. Wujudkah cinta itu di hati lelaki bila saat jauh tanpa perkhabaran. Sebagaimana mekarnya cinta itu tetap di hati seorang perempuan. Biarpun berkali ombak menghempas, tak sekali pantai hati itu berubah.


* As always, one of my friends in FB shared this with me. *


Insha Allah, my heart is always with you Sayang. Biar waktu silih berganti, musim datang dan pergi, dugaan datang tanpa henti, hati ini tetap tegar untukmu Sayang. Moga-moga Allah sentiasa memelihara hati kita.

No comments:

Post a Comment