Pages

Friday, June 4, 2010

Tak Tipu Kan?

Pagi tadi before Safra pergi sekolah dia tanya, " Kak, puasa seorang-seorang ke hari ni? ". Ha ah la. Tak kan pulak dengan Abah. Kenapa?. " Akak sebenarnya puasa nazar kan? ". Oh dalam hati masa tu macam mana nak cover ni? Yang tau saya berpuasa ganti hanya Mommy. Because she will make sohuur (sahur) for me. Lepas tu jawab la juga, puasa ganti kan boleh jadi seminggu. Hahahaha padahal puasa ganti saya dah berbayar tahun lepas lagi. Ouuuhhh Allah berdosakah saya kerana 'menipu'? Saya tak nak bagitau sebab nanti macam-macam dia orang tanya. Sebab apa puasa, itu lah, ini lah.

Dan kalau tak silap, kelmarin, seorang kawan tanya, " puasa lagi ke? Puasa nazar sebab 'dia' ye? ". Hahahaha haih dalam hati pelik juga macam mana kawan ni boleh tau. Bila tanya dia cakap, " banyak sangat entries pasal 'dia'. Kalau tak sebab 'dia', siapa lagi kan? ". Finally, I admitted it.

Oh dan semalam, godek-godek kat PhotoBucket. Cari kot-kot kalau ada pictures yang cantik. Memang ada dan banyaaakkk sangat. Tapi kalau nak save pictures tu kena sign up, saya pun lah sign up lah. Tapi bila dah sign up, tak boleh pulak nak save. HUH susah sangat PhotoBucket ni. Tak sampai 10 minit, saya cancel account PhotoBucket. Habis cerita.

No comments:

Post a Comment