Pages

Wednesday, March 10, 2010

Bulu Tangan Oh Bulu Tangan

Malu memang malu. Apa perasaan awak kalau ada orang tegur pasal bulu roma awak yang banyak kat tangan tu?

Kisah ni jadi pada Zafi semalam. Macam biasa lah bila malam mahu turun untuk pergi cafe. Beli makanan. Zafi pun malas nak siap beria-ia jadi sarungkan je lah baju-T lengan pendek. Alah baju futsal Zafi pakai. Baju tu memang selalu Zafi pakai. Sebab senang and bukan lengan panjang.

Then masa nak tulis untuk order minuman, Zafi order air Milo Cincau, pengambil order minuman tu secara spontan cakap, 'banyaknya bulu tangan'!. Masa tu juga Zafi terkejut campur malu, apalagi terpelanting lah pen yang dipegang. Cepat-cepat Zafi sorok tangan kat belakang. Malunya masa tu. Tak pernah-pernah ada orang yang tegur on the spot macam tu. Nak-nak pula lelaki. Kalau kawan-kawan tu tak kisah lah. Masa bagi kertas order tu, Zafi tanya pengambil order tu, cincau ada tak? Dia cakap ada. Sebab malam sebelum tu, Zafi order Milo Cincau juga, tapi cincau tak ada, jadi Milo Ais je lah.

Lepas je bagi order tu, Zafi duduk lah. Zafi tanya Sue banyak sangat ke bulu tangan Zafi ni? Sue cakap tak lah. Biasa je. Tak lama lepas tu, order pun siap. Zafi pun pergilah kat kaunter nak ambil minuman tu.

Pengambil order (PO): Tadi kenapa gelak?
Me: Malu lah. Tegur bulu tangan orang. Mata tu tak boleh duduk diam. (Ambil kau kena sound terus). Sempat lagi tengok tangan orang.(Masa ni kawan PO datang and tak tahu apa-apa, terus ulang balik 'malu-malu' yang Zafi cakap).
PO: Tak lah bulu tangan budak ni banyak macam aku juga. (Ha PO tu punya bulu tangan lagi banyak dari Zafi. Muka dia pun tak nampak Melayu sangat). Ada keturunan mamak ke?
Me: Urmmmm...(dengan kening berkerut-kerut nak jawab ke tak nak jawab ke tak), sikitlah. (Mamak?Kalau Pakistan tu cepat lah juga Zafi angguk. Ini mamak, agak keberatan sikit. Hehehe.) :P
PO: Atau nama Syarifah?
Me: Eh tak lah. Tak ada tak ada.
PO: Tak ada ye. Oh ingatkan Syarifah tadi.

Balik tu, nak tahu apa jadi? Milo tu TIADA CINCAU!!! Ya Allah dah lah malam sebelum tu tak ada cincau ni pun tak ada juga. Padahal masa nak bagi order tu, Zafi siap tanya cincau ada tak. Zafi cakap kat Sue, dia pun terkejut. Tak apa lah ni bulu tangan punya pasal lah cincau tak ada. Then Zafi tuangkan milo tanpa cincau tu dalam gelas. And guess what had happen? Milo tanpa cincau tu rasa TAWAR!!! Haih ni memang betul-betul buat Zafi rasa blur and apa kena dengan PO tu. Dah lah tak ada cincau, air milo tu pula tawar. Ini semua bulu tangan punya pasal lah ni.

No comments:

Post a Comment