Pages

Monday, February 22, 2010

The Proposal







Salam semua..Its been for ages since I dont post entries right? Cuti CNY la..So I went to Klang. Plan sampai 14 Feb je nak balik. Tapi tunda sampai 17 Feb. Seronok dapat duduk Klang lama. Dah lama tak cuti and habiskan masa kat situ lama-lama. Paling lama pun just 2 days je. My daddy panjangkan tempoh balik Klang sebab 14 Feb tu mak cik ada buat sikit kenduri kesyukuran. Hari jadi mak cik. Yup its on 14 Feb.

Majlis tu belah malam. After Isyak kami bertolak ke Raja Musa. Dalam sejam je. Sampai sana banyak betul kereta. Jadi kami kena parking kereta luar kawasan rumah la. Sampai-sampai terus pergi dapur. Sebab ruang tamu penuh sesak. Mak cik panggil ustaz dari mana entah and ada la juga anak-anak yatim. Lepas baca doa kesyukuran apa semua time untuk kami anak-beranak and saudara mara pula untuk celebrate. Ada cake. Eh no..cakes!!! Cup cakes pun ada. Sedap ouh!

Masa potong kek tu semua tetamu dah balik. Tinggal kaum kelurga kami je. Lepas tu yang mana saudara mara yang agak lama tak jumpa, bila bersembang lama lah kan. Then bila seorang mak cik Zafi nak balik, Mak Cik Jah namanya, ke rumah peranginannya kat Janda Baik (sebenarnya Mak Cik tinggal di Sri Andalas), dia salam lah dengan Zafi and mom. Lepas tu Zafi tengok dia macam peluk mom and berbisik. Tapi boleh dengar lagi tau dia bisik apa. Nak tau apa dia? Boleh lah kita berbesan!!! Mommy hanya senyum je. Tak mengiakan and tak pula menolak. Mungkin mommy tak nak buat keputusan terburu-buru. Ya Allah terkedu kejap Zafi kat situ. Dulu masa Zafi dalam form 2 dia pernah cakap macam tu. Tapi macam main-mainlah. Saja-saja je kot. Tapi yang ni Mak Cik Jah cakap lagi pasal hal tu. Mula-mula Zafi terfikir juga dalam 2-3 hari betul ke apa yang Mak Cik Jah cakap ni. Lepas tu Zafi just let it go and take it easy. Mungkin Mak Cik Jah saja je cakap-cakap macam tu.

Lagi pun Zafi fikir anaknya mesti dah ada special ones. Tak kan lah tak de. Berlambak kot kat tempat anaknya belajar kat UTHM tu. Semoga hati Zafi tetap pada 'saya sayang kamu' tu, and hati 'saya sayang kamu' tetap pada Zafi juga. Ameen Ya Rabbal Alameen.

* Pics ni masa kenduri kesyukuran hari ulang tahun mak cik. Then yang rumah tu pula tu lah rumah peranginan Mak Cik Jah kat Janda Baik.

4 comments:

  1. hoho....

    cupcake "A"....A for..Ngeh3x..

    ReplyDelete
  2. hahaha..mse 2 aku pkai amik je cup cake 2..kazen aku hulurkan..pas2 aku pndang adik aku,dorg pndang aku..sme2 gelak...hahaha..paham2 je la kan..msg2 pk bnde yg sme..:D

    ReplyDelete
  3. haha..kebetulan ea. petanda baek tu hehe

    ReplyDelete