Pages

Monday, February 8, 2010

Main Hujan

Semalam adalah hari yang sangat loco. Sebab pagi ada Family Day Blok C. Dengan panas yang teriknya lepas tu selepas Zohor rushing pergi kampus. Ada perbarisan untuk KEJORA pula. KEJORA stands for Kejohanan Olahraga. Memang penat yang amat sangat. Sebenarnya masa Family Day berlangsung, Zafi dah balik awal. Sebab nak rest kejap. Simpan tenaga dulu untuk perbarisan. Then lepas Zohor baru gerak. Tapi sebab tak makan lagi jadi pergi lah makan dulu. Minta makanan kat AJK Family Day lah. Dapat makanan free kan. Rugi bayar kalau tak makan.

After makan berkejar pula ke kampus. Sampai sana hujan!!!!!! Habis basah semua baju. Macam mana nak marching ni? Padang pula dah jadi macam sawah bendang dah ni. Tapi bila tengok semua orang dah basah pedulikan je lah. Masa marching depan stage yang Datuk VC ada rasa sangat bangga tau. Sebab nampak dari stage tu Datuk VC cakap basah. Masa tu tengok Datuk VC waves kat ahli-ahli marching dengan dua-dua tangannya. Excited.

Lepas tu Datuk VC sanggup turun dari stage dan berhujan dengan kami semua. Walaupun ramai escorts Datuk VC yang nak payungkan tapi beliau tak nak. Bila beliau datang je kat barisan kami terus buat 'give me ten' bukan 'give me five' ye. You peeps tell me VC Uni mana yang sanggup berhujan sampai basah habis satu badan walaupun ada escorters yang nak payungkan? Bangga dapat VC macam ni. Ni baru contoh yang terbaik. Beliau letakkan dirinya seperti kami walaupun jawatannya kedua tertinggi dalam Uni. If you respect people, people will respect you more.

No comments:

Post a Comment