Pages

Wednesday, February 3, 2010

Guilty

Hurmmm pening-pening...Tiba-tiba jadi tak faham pula kalau orang berkias ni. Selalunya kalau orang cakap berkias cepat je aku faham. Kalau cakap terus-terang apatah lagi. Mestilah lagi faham dengan jelas.

Tapi semalam tiba-tiba je dia bagi message. Message tu membawa maksud yang dia sangat menghargai aku sebab hadir dalam hidupnya. Itu aku boleh terima. Tapi yang buat aku tertanya-tanya dia ada selitkan words ni 'One last thing'. Kalau orang lain pun dah keliru kan? 'One last thing'? Perkara terakhir? Kenapa selepas ni akan jadi yang terakhir ke? Nauzubillah aku tak nak ianya berakhir.

Then aku balas la kenapa tulis macam tu? Tapi dia balas lebih kurang macam ni. *He texted in English*. Kita tak tahu bila kita jadi rapat dan mesra. Dan kita juga tak tahu bila ia akan berakhir. (SUMPAH aku sangat tersentap dan keliru kenapa dia text macam tu.) Tapi bila kemesraan ini berakhir, aku tak kan melupakan mu yang pernah membuatkan aku tersenyum.

Jujur waktu tu aku rasa nak menangis. Aku buntu dan keliru apa maksudnya. Adakah petanda yang baik atau sebaliknya? Adakah dia tulis macam tu sebab ada kaitan dengan record 'Saya Sayang Kamu' yang dia sent through email tu. Aku cuba tanya dia kenapa dia tulis macam tu? Dia cakap cubalah try to figure out sendiri. Aku jawab when Im tired of figure out, I'll figure in. But still I can find the answer. Sebenarnya dalam hati aku tak pasti sama ada dia texted macam tu untuk penghargaan kepada aku atau apa?

Kemudian dia cakap lupakan saja. Masakan boleh lupakan saja apa yang dia tulis? Mestilah terselit rasa tak puas hati dan berbuku-buku sebab tak dapat penjelasannya. Oh apa patut aku buat ni? Lepas tu dia minta pendapat aku pada satu sentence ni. Agaknya berkaitan dengan course nya. Tapi masa tu pula aku ada meeting. Jadi aku cakap habis je meeting aku akan text dia. I did. Nak tau dia reply jam berapa? 2:47AM pagi tadi, dah masuk hari Rabu. Maybe kat sana dalam jam 6:47PM hari Selasa. Dia cakap dia baru balik dari kelas. And dia cakap sentence tu ada kaitan dengan quiz. Ya Allah agaknya dia tanya tu sebelum pergi quiz. Tapi aku manalah tahu dia ada quiz. Kalau tak masa meeting tu aku akan text je. Biarlah orang lain bercakap dalam meeting. Aku layan je lah message dia tu. *Guilty*.

Mungkin dia pun rasa bersalah agaknya sebab aku balas lambat. Sebab tu dia balas juga jam 2 tu. Walaupun dia tahu aku dah tidur. Tapi aku biarkan je message tu. Kalau balas pun kacau dia tidur pula. Tunggu dia bangun dulu lah. But 1 thing for sure I'll ask him why did he texted like that. I just want to make thing clear.

2 comments: