Pages

Sunday, January 31, 2010

Shawlalalala




Finally selepas 2 malam berjaya juga beli barang yang diidam-idamkan. Apakah barang itu? Berapa harganya? Beli kat Paris ke? Jeng jeng jeng...

Kan dah beritahu kat kolej Zafi ni ada Hari Terbuka, jadi masa malam pertama lagi dah berkenan (chewah macam nak meminang pula guna perkataan 'berkenan'.ehehe) pada satu shawl ni. Actually dua shawl. Ala shawl yang macam Pashmina tu. Kain tebal ala-ala blanket. Hahaha. And satu lagi net shawl. Coraknya kotak-kotak. Unik kan?

Tadi dah rambang mata nak pilih yang mana satu. Toing toing toing. Kalau boleh nak cari colour coklat. Sebab kebetulan baju punjab Zafi baru siap. Colour coklat. Jadi nak matching lah dengan baju tu. Tapi tak ada pula colour coklat. Yang ada colours merah-putih-hitam, dan hitam-putih. Kalau beli merah-putih-hitam kena pakai baju yang colour tu je. Especially merah lah. Nak beli hitam-putih typical sangat. Bila tanya Sue dia cakap ambil hitam-putih la ok sikit.

Tapi bila ambil je net shawl tu entah macam mana ternampak net shawl yang colournya ala-ala coklat dan krim. Terus ambil coklat-krim tu. ;). Lagipun sesuai nak padankan dengan banyak colours. Yay! dah dapat apa yang dihajati selama 2 malam. (Bunyi macam lama sangat nak shawl tu. Heee) Ye lah kalau dah suka 2 malam pun rasa lama ouh.

Sebenarnya dari hari Khamis dah nak beli shawl tu. Tapi tangguh dulu. Lagi pula nak cakap kat parents dulu. Yes kalau nak beli apa-apa barang pun mesti minta pendapat mereka. Walaupun mereka akan cakap kalau suka belilah tapi nak juga cakap. Rasa macam tak sedap pula kalau tak bagitahu parents. Oh Daddy duit yang Daddy masukkan telah selamat anakanda gunakan. Hehehe. Tapi tak apa sebab bukan selalu pun keluarkan duit. (Mana taknya. Sekali keluar berapa. Tak banyak pun. Malas nak berulang ke ATM banyak kali.). Terima kasih 'bank ku'. Eh bukan-bukan, terima kasih Daddy ku. ;)

* So excited sebab tadi siang my Daddy told me that he and family will picking me up for CNY* Yay!!!! tak perlu balik sendiri.*

2 comments: